Showing posts with label djkupang. Show all posts
Showing posts with label djkupang. Show all posts

1 Jul 2014

DJ Kupang Utara.FM Kongsi Pentas dengan Mus May

Siapa yang tidak terpegun dengan penyanyi yang memang dikenali kehebatan vokalnya apabila menyanyikan lagu bernada tinggi. Malah, tidak keterlaluan dikatakan vokal penyanyi May ini masih mantap jika dibandingkan dengan vokalis kumpulan rock seusia dengannya. Pengalaman bersama dengan Otai Rockers Malaysia ini menjadi inspirasi kepada saya apabila berada di atas pentas.

Mus bergandingan dengan Deejay Kupang sebagai 'Emcee' pada persembahan yang disaksikan oleh lebih 500 orang peminat setianya. Kupang yang juga dikenali sebagai pengulas bolasepak di Stadium Likas mengakui agak gemuruh berkongsi pentas dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu "Cintamu Mekar Di Hati" ini. "Bukan mudah bekerja dengan rockers yang mempunyai ramai pengikut ini kerana kita perlu menyesuaikan diri dengan kehendak peminatnya. Mujur abang Mus banyak memberikan dorongan dan tips ketika berada atas pentas yang sama", kata djkupang.

Bro Mus seorang yang ramah dan tidak sombong melayan peminatnya kerana pada malam itu ada seorang makcik yang mahu bergambar dengannya tetapi agak uzur tidak dapat naik ke atas pentas, abang Mus sanggup turun ke bawah semata-mata untuk memenuhi permintaan peminatnya", tambah DJ Kupang menceritakan pengalamannya bersama Mus.

Pada malam itu Mus mendendangkan lapan buah lagu bermula dengan lagu gadis bertudung putih dan melabuhkan tirai persembahannya dengan menyampaikan lagu pelayaran yang dipetik dari album "Hakikat (1989)". Semua orang berpuas hati dengan persembahan Mus pada malam itu kerana mereka memang sudah lama menanti kemunculan Mus di tempat mereka. 

"Bro Kupang, kalau panjang umur kita  jumpa lagi sebab gua memang suka buat persembahan di Sabah jika diberi peluang lagi," Kata Mus penyanyi yang berasal dari Perak ketika Deejay Kupang menghantarnya balik ke hotel penginapannya.


dipetik dari Utarafm.net
-djkupang.com
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

Blog DJ Kupang Capai 1 JUTA HIT

Pada 26 Jun 2014 Blog DJ Kupang akhirnya mencapai HITS Satu Juta, selepas sebulan lebih menumpukan pada "updated" Blog sambil membuat kerja yang lain.

Kebetulan pada ketika mula-mula aktif, mendapat satu isu pada ketika itu blog djkupang menjadi rujukan iaitu kes Wanita Bunuh Diri di Pusat Beli-Belah di Kota Kinabalu iaitu Centre Point. 

Pada ketika itu pengunjung tidak putus-putus untuk membaca artikel yang saya tulis berdasarkan gambar dan maklumbalas ahli keluarga mangsa.

Jumlah Pelawat yang sempat saya Print Screen pada hari tersebut
Maklumat Lanjut [KLIK SINI]
Baca selengkapnya

21 Feb 2011

Menemubual Timbalan Ketua Menteri Sabah : YB Datuk Seri Yahya Hussin

Pengalaman Temubual Live di Khalayak Ramai
Ini adalah pengalaman pertama kali untuk menemubual YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah secara langsung melalui Radio Online Sabah UtaraFM sempena perlawanan akhir antara pasukan Putatan FC dan White Sand dalam Pertandingan Bola Sepak Remaja Putatan yang diadakan di Stadium Penampang. Terima kasih kepada Kelab Penyokong Bolasepak Sabah kerana memberikan kepercayaan kepada UtaraFM untuk menjadi Media Online Rasmi.

YB Datuk Seri Yahya Hussin diberi sedikit penerangan tentang aduan penduduk setempat.
Datuk yahya Hussin menarik perhatian wartawan

Radio Online Sabah Utara.FM


Baca selengkapnya

3 Feb 2011

Tahniah Kepada Pemenang Karaoke 2011|Kampung Salimpodon Laut

Ruddy Awah

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang Pertandingan Karaoke Keluarga Tuan Ruddy Awah (BK). Acara yang bermula pada jam 11.00 malam tadi berlanjutan sehingga jam 3 pagi berlangsung dalam suasana cukup meriah dengan penyertaan yang menggalakkan daripada ahli keluarga Tuan Ruddy Awah.

Dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Karaoke Terbuka Lelaki, Karaoke Terbuka Wanita, Duet, Kanak-kanak dan Karaoke Veteran (untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas). Ini adalah kali pertama acara Pertandingan Karaoke keluarga Tuan Ruddy Awah berlanjutan sehingga pagi tetapi ini tidak menjejaskan sedikitpun perjalanan majlis tersebut kerana pertandingan ini menjanjikan sejumlah wang tunai kepada pemenang.

Sebelum acara bermula, Tuan Ruddy Awah telah bermurah hati memberikan Ang Pow kepada tetamu yang datang dan ini bukanlah kali pertama beliau melakukannya kerana setiap tahun menjelang Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Salimpodon Laut, Pitas pasti beliau akan mengadakan sambutan untuk semua. Boleh dikatakan "pesta 1Malaysia" Kampung Salimpodon kerana berbilang bangsa dan kaum yang bersatu untuk menjayakan sambutan ini.

Hari ini 3 Februari 2011 sehingga 6 Februari 2011 pelbagai acara menarik yang akan berlangsung termasuk pertandingan SepakTakraw yang berjaya menarik penyertaan dari luar daerah Pitas iaitu daerah Kota Marudu dan Kota Belud. Selain itu, pertandingan lawak jenaka (ala-ala rajalawak), Pertandingan Pencak Silat, Battle Of The Band dan Pertandingan Karaoke Terbuka juga akan dijalankan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya dan jangan lupa beritahu kepada kawan-kawan kamu yang berminat untuk datang ke Kg. Salimpodon Laut, Pitas.

P/S : Ada juga ikut bertanding pagi tadi tapi tewas.. Tidak mengapa tahun hadapan cuba lagi..

Baca selengkapnya

2 Feb 2011

Karnival Alam Sekitar|Pantai Pimping Membakut


Mari datang beramai-ramai ke Pantai Pimping Membakut pada 4 & 5 Februari 2011 untuk sama-sama memeriahkan Karnival Alam Sekitar bersama Petronas dan Gabungan NGO Membakut. Pastinya pelbagai aktiviti menarik yang telah dirancang oleh pihak penganjur (Klik Gambar di atas) termasuk persembahan gandingan artis baru dan artis lama iaitu Felix Agus AF3 dan Dato Ahmad Jais.

Krew-krew Radio Online Sabah UtaraFM juga akan berada di sana untuk membuat liputan dan pastikan anda terus mendengar Radio Online Sabah Utara.Fm untuk mengikuti perkembangannya ataupun layari MesraOnline (KLIK SINI).
Baca selengkapnya

31 Jan 2011

Penyampai Radio Online beraksi di Konti radio berfrekuensi?


Salah satu impian bagi penyampai Radio atas talian (online) adalah untuk menjadi penyampai di radio yang sebenar yang mempunyai frekuensi sendiri seperti KKFM dengan membawakan tagline 'Bukan Sekadar Muzik' yang boleh didengar melalui frekuensi 91.1 mhz di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Peluang kini sudah dibuka apabila pihak KKFM membuat segmen terbaru awal Februari 2011 iaitu Online Radio At KKFM yang mana setiap penyertaan haruslah melalui Konsortium Radio Online Sabah (KROS) kerana pihak KKFM memberikan kepercayaan kepada KROS untuk menguruskannya bagi melancarkan setiap kali segmen ini ke udara bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari Sabtu. Hanya Radio Online yang menghantar permohonan kepada KROS dan menghadiri Bengkel Penerbitan Radio yang akan diberi peluang bersiaran untuk Fasa pertama selama 6 bulan.

Penaung KROS Tuan Jelani Hamdan ketika ditemubual di KKFM

Penyampai Radio Online melawat Konti KKFM

Bengkel Penerbitan Radio yang dianjurkan oleh KKFM dengan kerjasama KROS yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penyampai-panyampai di radio online sebelum mereka diberi peluang untuk duduk di Konti KKFM. Selain mendengar ceramah, mereka yang terlibat juga berpeluang untuk melihat sendiri Konti KKFM.

Nantikan kemunculan penyampai-penyampai radio online di KKFM yang boleh juga didengar secara online KLIK SINI. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati KROS.


Gambar-gambar adalah daripada Sang Semut Hijau, Illie Jaymon dan Nazri Aldusuni penyampai dari Radio Online Sabah UtaraFM "macam biasa juga bah.


Baca selengkapnya

28 Jan 2011

Bengkel Asas Penerbitan Radio-KKFM

Satu Bengkel Asas Penerbitan Radio akan diadakan yang mana mereka yang terlibat akan berpeluang untuk bersiaran dari Konti KKFM (dengar melalui frekuensi 91.1) bagi mereka yang tinggal di kawasan Kota Kinabalu.

Tujuan bengkel ini diadakan antara lain adalah untuk memberi peluang kepada radio-radio online yang bertapak di negeri ini untuk mengembangkan pengetahuan mereka dalam bidang ini. Mereka yang terlibat akan diberi tunjuk ajar untuk menyelia sistem ketika berada di dalam konti yang sebenar.

Hanya mereka yang berdaftar di bawah Konsortium Radio Online Sabah yang layak mengikuti bengkel ini. Konsortium ini ditubuhkan untuk menyatukan semua radio online Sabah di dalam satu rumpun. Berikut adalah beberapa faedah yang dinikmati apabila menjadi sebahagian daripada Konsortium :

  1. Merasai sendiri menjadi penyampai di radio komersil.
  2. Belajar teknik sebagai penyampai.
  3. Berpeluang bermain dengan sistem radio komersil.
  4. Menaiktaraf kredebiliti radio online sendiri.
  5. Menimba ilmu dalam dunia penyiaran radio.
Berikut adalah masa yang telah ditetapkan :

Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Konti KKFM, UMS Kota Kinabalu

Baca selengkapnya

8 Dec 2010

Sambutan Pesta Jagung 2010 - Kota Marudu Sabah

Alhamdulillah pada tahun ini berkesempatan lagi bertemu dengan rakan-rakan dari Radio Online Sabahan Utara.FM dan Shine PhotoVideo untuk bersama di Pesta Jagung 2010 yang berlangsung selama 3 hari bermula 3 Disember 2010 dan berakhir pada 5 Disember 2010. Acara perasmian disempurnakan oleh MP P 168 Bandau, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia.

Menariknya pada kali ini satu rekod Malaysia telah tercipta di sini iaitu Rekod memakan Jagung (Largest Corn Eating Simultaeously) sebanyak 2010 tongkol jagung yang telah direkodkan dalam The Malaysia World Book Of Recod.

Selain daripada itu satu lagi acara yang menjadi tumpuan ialah Pertandingan Ratu Jagung. Kehadiran Miss Malaysia Tourism Queen 2009 iaitu Cassandra Patrick sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada peserta yang mengambil bahagian kali ini di mana beliau adalah antara juri bertanggungjawab untuk menentukan Ratu Jagung kali ini.

Tidak ketinggalan juga kepada krew-krew Utara.Fm yang berusaha untuk membawakan acara ini secara langsung melalui Radio Online Sabahan Utara.FM (www.utarafm.net). Tahniah diucapkan kepada semua.

Saya sertakan gambar untuk tontonan rakan-rakan. Terima kasih ShinePhotoVideo.






Baca selengkapnya

30 Nov 2010

Pengakuan - Aku HIPOKRIT


Kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi di mana terpaksa menjadi HIPOKRIT kepada ibu bapa, keluarga, rakan taulan serta orang yang kita sayangi yang mana akhirnya mengundang ketidakselesaan dalam kehidupan. Mengapa harus ini terjadi ? Aku tanya aku jawab berdasarkan pengalaman dan pemerhatian. Antaranya untuk menutup kelemahan diri, untuk menggembirakan seseorang, untuk memenuhi keinginan nafsu, supaya kelihatan baik di mata orang lain dan biasanya adalah untuk menjaga hati orang lain supaya tidak terluka. Perlukah sifat ini ada dalam diri Kita?

Aku juga tidak terlepas dari menjadi seorang hipokrit kerana terpaksa menjadi orang lain yang bukan aku pada waktu itu untuk menghiburkan orang lain. Contohnya ketika aku ke udara bersama dengan rakan pendengar di UFM kadangkala walaupun dalam keadaan sedih, aku cuba bergembira untuk menggembirakan orang lain pada ketika itu. Menjadi satu kesalahankah ini?

Bagi aku hipokrit ialah apabila seseorang yang terpaksa menjadi orang lain yang bukan dirinya atau pendek kata talam dua muka dan seorang yang berpura-pura baik padahal di belakang hanya Tuhan saja yang tahu. Bagi mereka yang mempunyai alasan berpura-pura baik untuk menjaga hati orang lain tetapi sebenarnya dalam masa yang sama tidak menyukai orang itu ada baiknya berterus terang saja. Jangan sampai keburukan terbongkar akibatnya memakan diri.

Akhir sekali sebagai manusia kita tidak akan terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan tetapi apabila menyedarinya segeralah mohon kemaafan dan jangan mengulanginya kepada orang lain. Kalau sudah minta maaf dan buat perkara yang sama juga sudah sah kamu memang seorang HIPOKRIT.

P/S : Apa yang aku kongsikan hari ini adalah untuk renungan bersama. Jika selepas ini orang cakap aku hipokrit aku terima jak... Hehehe
Baca selengkapnya

28 Nov 2010

Polis Kudat Saman - Tetap Saman


Ini merupakan pengalaman kedua aku disaman dan kedua-duanya di daerah Kudat tetapi kali ini oleh Polis Peronda (menaiki motorsikal) berbanding pada kali pertama disaman oleh Polis Trafik. Ketika kembali dari kedai membeli barang yang tidak sampai 5 minit, aku melihat seorang anggota Polis sedang menulis saman betul-betul depan kereta aku. Dengan hati yang sayu aku pun mendekatinya yang kebetulan baru selesai menulis saman dengan tenang aku pun meminta surat saman sambil mengucapkan terima kasih sebelum beredar dari situ.

Jam ketika itu menunjukkan 8.45 malam. Aku disaman atas kesalahan menghalang lalulintas dan memang salah aku sebab "parking" di luar kotak belakang sebuah kereta lagi walaupun sebenarnya pada waktu begini boleh dikira kereta yang lalu lalang di kawasan ini. Salah tetap salah dan ini aku jadikan pengalaman untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.

P/S : Jadikan cerita ini sebagai ikhtibar. Tidak kira masa, tempat dan keadaan kalau memang Polis mahu saman tetap akan saman juga.
Baca selengkapnya

27 Nov 2010

Hujan turun menjelang Subuh


Kusangkakan cuaca yang baik pada malam tadi akan berkekalan ke siang hari tetapi sangkaanku meleset apabila HUJAN turun menjelang Subuh. Sememangnya itu adalah satu rahmat pada pagi ini tetapi bagaimana pula dengan nasib pakaian yang aku basuh malam tadi? Jika aku keluar pasti aku akan basah sama seperti pakaianku. Aku hanya mampu menjeling ke arah jemuran yang berada di sebalik tingkap dan membiarkan ia terus basah kerana aku percaya hujan juga pasti akan berhenti,  matahari akan kembali memancar sinarnya.

Bilaku berfikir tentang hujan yang tadi, ilham pun muncul untuk aku mencoretkan sesuatu di ruangan ini, di lembaran yang tiada pernah ketemu penghujungnya namun setia menemaniku. 

Bersyukurlah kerana hujan yang turun tadi sebenarnya banyak membantu untuk kita meneruskan kehidupan di muka bumi ini kerana dengan adanya hujan maka tumbuhan akan menjadi subur, bekalan air akan bertambah dan sebagainya.

Keadaan ini berhubungkait dalam kita menempuh kehidupan di mana apabila kita disakiti, dikhianati dan didustai pasti ada hikmah di sebalik perkara yang berlaku. Perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan mendekati Allah S.W.T memohon keredhaannya dan bersabar menghadapi ujianNya. Memang berat kerana namanya juga UJIAN


Bersyukur pada orang yang tak mengendahkanmu kerana dia yang memupukmu bersabar, Bersyukur pada orang yang menjatuhkanmu, kerana dia yang memperhebatkan kemampuanmu, Bersyukur pada orang yang menyeksamu mu kerana dia yang menguji Kesabaran dan ketabahan mu.

Akhirnya ketika jam di laptopku menunjukkan 6:36 minit pagi, hujan sudah berhenti dan kelihatan matahari mulai menerangi alam semesta dan burung juga mula berkicauan. Bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana pada hari ini masih diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan diri.

P/S : Harap-harap hujan jangan turun dulu lepas ini kalau tidak alamat tidak kering pakaianku..
Baca selengkapnya

25 Nov 2010

Aishiteru - Bahasa pilihan

Aishiteru - Bahasa pilihan

Bila dialih bahasa ke bahasa melayu membawa maksud aku cinta padamu (inilah yang kawan-kawan cakap) sebab saya sendiri pun tidak fasih berbahasa Jepun... Hehehe... Apa yang ingin saya kongsikan di sini sebenarnya adalah sebuah lagu dari negara seberang iaitu kumpulan Zivilia di mana tajuk lagunya adalah aishiteru (menunggu). Lagu ini adalah antara lagu yang popular di UFM ketika ini.

Sebenarnya kali pertama saya mendengar lagu ini adalah melalui permintaan salah seorang rakan pendengar di UFM dan bila mendengar sekali, teringin mahu dengar lagi. Akhirnya jadilah saya salah seorang daripada peminat lagu ini... Hihihi...

Ada kawan cakap melodi lagu ini yang membuatkannya seronok tetapi ada kawan cakap lagi pasal lirik lagu ini. Nah.. Saya berada di tengah-tengah dalam hal ini.. Hahaha...



Ni labah kunu lagu dia. Bah.. Pelan-pelan saja layan ah..
Baca selengkapnya

19 Oct 2010

Kemalangan kecil - Perjalanan balik Kudat

Kemalangan kecil - Perjalanan balik Kudat

Malang tidak berbau mungkin inilah pepatah melayu yang paling sesuai saya katakan dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Kudat pada jam 9 malam tadi. Nasib baik hanya bumper kereta saja yang mengalami kerosakan.

Ceritanya bermula apabila dalam perjalanan tadi ada tayar lori 10 tan yang tidak tahu dari mana datangnya berada di tengah jalan raya. Saya yang memandu dalam kelajuan 90Km/J terkejut dan mengambil jalan mudah dengan melanggar saja benda tersebut kerana jika saya elakkan mungkin sesuatu yang lebih buruk lagi akan berlaku.

Semasa berhenti memeriksa keadaan kereta, rupanya ada lagi kereta lain yang turut terlanggar benda yang sama dan keretanya turut mendapat kerosakan yang sama di bahagian hadapan. Ish.. enda buli jadi ni. Atas rasa tanggungjawab bagi mengelakkan kereta yang lain berhadapan dengan situasi yang merbahaya ini DJ rumputt pergi mengalihkan tayar tersebut ke tepi jalan dengan harapan kereta yang lalu di kawasan itu tidak mengalami nasib serupa kami.

Apapun kami tetap bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kami hanya menerima ujian kecil daripadanya dan kami masih dalam keadaan sihat walafiat pada ketika ini.

P/S Hati-hati di jalan raya kepada semua.
Baca selengkapnya

13 Oct 2010

24 Sept 2009

19 Sept 2009

Streamyx down


Inilah hal yang paling tidak disukai oleh kaki internet. Apa tidaknya terpaksalah menanggung kesunyian. Suka atau tidak terpaksa juga terima. Inilah yang berlaku 3 hari yang lepas dan bukan saya seorang sahaja yang kena tapi satu kampung. Alhamdulillah malam ini macam beransur baik dan dapatlah saya buat pos di sini dan mendownload movie untuk malam ini.

selepas cuti raya selama tiga hari mau beraksi semula ni.. Hehe
Baca selengkapnya