Showing posts with label Fantasi Media. Show all posts
Showing posts with label Fantasi Media. Show all posts

12 Nov 2015

PitasKini akan diaktifkan !


Saya bercadang mewujudkan sebuah PORTAL ONLINE khas untuk Pitas sahaja yang boleh dilayari oleh semua orang di seluruh dunia yang akan beroperasi suku pertama 2016 dan ia adalah PERCUMA.

Saya akan beri akses kepada seluruh jabatan di Pitas, Persatuan mahupun orang perseorangan dan juga pemimpin untuk menulis dan mengemaskini setiap aktiviti mereka di Pitas agar semua orang mendapat maklumat dan info yang tepat setiap peristiwa berlaku di Pitas. Ia ADIL bukan ? berita baiknya ia FREE tiada bayaran apa-apa.

Ia lebih kurang portal berita daerah di mana ia akan dikemaskini oleh mereka sendiri. Kami hanya penyedia plarform dan akan menyenaraikan jabatan yang ambil bahagian dan menolak portal ini.

Seandainya ada pihak yang terlebih dahulu buat hal ini, saya dan rakan-rakan akan menyokong dan akan bantu yang termampu untuk publisiti juga secara percuma melalui medium yang kami wujudkan sejak 7 tahun lalu.

** Cadangan ini tidak memerlukan kelulusan dari mana-mana pihak dan terpulang kepada pihak2 yang berkenaan mahupun pemimpin untuk mengambil bahagian atau tidak.
Orang Pitas ada kemahiran itu. Jika perlu adakan bengkel untuk mengajar mereka kami juga boleh buat dan sekali lagi ia adalah PERCUMA.

Teruskan membangun Pitas !!

Betulkah saya boleh buat semua ini ? Bunyinya mcam pandai dan tersalah dengar macam memandai-mandai pula kan ? Lihat Video di bawah ini.





PORTAL PitasOnline yang pernah kami dan rakan-rakan bangunkan di Pitas pada 2008 kini sudah berkubur atas sebab tertentu.Ia bukan sekadar omong kosong, ia sudah dibuktikan. Sebelumnya ia lebih kepada Portal Komuniti dan Forum. Untuk kali ini ia lebih menjurus kepada ADUAN, berita dan info terbaru di Pitas.
Posted by MYusuf Ahmad Shukri on Wednesday, November 11, 2015
Baca selengkapnya

8 May 2014

Pengalaman | Reka Bentuk Grafik yang Pertama

Assalammualaikum dan Salam Perpaduan kepada anda yang melewati blog saya. Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda adalah rekabentuk grafik pertama daripada saya iaitu pada sekitar tahun 2010. Pada ketika itu saya menjadi Setiausaha untuk Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Pitas. 

Berdasarkan pengalaman bukan mudah apabila memikul tanggungjawab tersebut. Banyak perkara yang perlu disediakan dan disiapkan mengikut tempoh yang sudah ditetapkan. Pengerusi Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Pitas pada ketika itu adalah En. Ruddy Awah. Bagi saya beliau adalah seorang ketua yang mudah didekati dan dibawa berbincang dalam apa perkara sekalipun. 

Alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan walaupun saat-saat terakhir terdapat beberapa perubahan tetapi tidak menjejaskan kerana saya sudah bersedia untuk itu (bagi yang biasa jadi S/U mungkin lebih faham kan..)

Lebih kurang beginilah termasuk backdrop dan sijil peserta.

Baca selengkapnya

3 May 2014

[PENIAGA/PEMBELI ONLINE WAJIB BACA] Kenapa Laman web Penting

KES PENIPUAN BERLELUASA

Hampir Setiap hari ada sahaja kes penipuan di internet melibatkan pembeli yang menjalankan urusan jual beli secara atas talian. Mereka mudah terpedaya dengan pujukan dari peniaga yang mengambil kesempatan di atas kelemahan anda. Anda yang baru bermula untuk membuat transaksi jual beli online haruslah berhati-hati untuk memilih peniaga yang betul-betul serius dalam perniagaan/perkhidmatan mereka untuk mengurangkan risiko ditipu.

Menyelidik Terlebih dahulu

Apabila anda ditawarkan dengan barangan/perkhidmatan dengan harga yang lebih murah jangan mudah terpengaruh. Anda harus menyelidik dahulu kerana mereka yang menjalankan perniagaan melalui "Media Sosial" ini ada yang tidak serius dan ambil kesempatan. Sebagai pengguna kita berhak untuk memilih berurusan dengan mereka yang Profesional. Jangan sampai anda menjadi mangsa kepada penipu-penipu. 



Anda Serius dalam perniagaan ONLINE ? Mahu perniagaan ONLINE anda diyakini oleh pelanggan kamu? JIKA YA, kamu memerlukan TAPAK/KEDAI atau LEBIH JELAS, WEBSITE.

 Kenapa website sangat penting untuk perniagaan?

  -  Meningkatkan imej dan kredibiliti perniagaan anda.
  -  Menjual atau mempromosi produk/perkhidmatan secara atas talian (online).
  -  Di dalam website juga anda boleh membuat blog.
  -  Pelanggan adalah aset berharga. Perlu disajikan dengan persembahan berkualiti.
  -  Pusat maklumbalas pelanggan untuk meningkatkan mutu produk atau  perkhidmatan.
  - Media sosial adalah kuasa promosi berkesan. Tarik perhatian rakan sosial ke website perniagaan anda dan kawal mereka sepenuhnya.
  - Memperbesarkan pemasaran ke peringkat global.
  - Potensi tinggi untuk melonjakkan jualan.

Ramai peniaga mahukan website sendiri tetapi kurang kemahiran dan pengetahuan menyebabkan mereka tidak mampu mengadakannya. 

KAMI PAKAR DALAM BIDANG INI [KLIK SINI] 
Hubungi untuk pertanyaan WhatsApp : 013-888 0089 
FantasiMedia ditubuhkan sejak tahun 2008

Bagitahu Kami Berapa Budget anda !!! Kami Bantu


Baca selengkapnya

1 May 2014

Membuat Laman Web / BLOG Profesional pada HARGA Murah | Perkhidmatan Membuat Laman WEB di SABAH


TAWARAN TERHAD
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MEMILIKI LAMAN WEB / PROFESIONAL BLOG PADA HARGA YANG SANGAT MURAH !!!!
SANGAT BERBALOI !!!!

Berita Baik kepada Pengusaha SHAKLEE sahaja jika anda TEMPAH sekarang, Beri kami 60 MINIT dan "anda akan dapat BLOG idaman anda. Untuk pertanyaan Lanjut sila INBOX : https://www.facebook.com/fantasimedia.

Kenapa website sangat penting untuk perniagaan?


  • Meningkatkan imej dan kredibiliti perniagaan anda.
  • Menjual atau mempromosi produk/perkhidmatan secara atas talian (online).
  • Di dalam website juga anda boleh membuat blog.
  • Pelanggan adalah aset berharga. Perlu disajikan dengan persembahan berkualiti.
  • Pusat maklumbalas pelanggan untuk meningkatkan mutu produk atau  perkhidmatan.
  • Media sosial adalah kuasa promosi berkesan. Tarik perhatian rakan sosial ke website perniagaan anda dan kawal mereka sepenuhnya.
  • Memperbesarkan pemasaran ke peringkat global.
  • Potensi tinggi untuk melonjakkan jualan.

Ramai peniaga mahukan website sendiri tetapi kurang kemahiran dan pengetahuan menyebabkan mereka tidak mampu mengadakannya.

KAMI PAKAR DALAM BIDANG INI.
Jangan SUSAH kamu hubungi kami untuk pertanyaan WhatsApp sahaja : 013-888 0089 atau layari laman  hantar Mesej anda melalui Facebook kepada https://www.facebook.com/fantasimedia


Terima Kasih

<ADS>
Baca selengkapnya

28 Apr 2014

Blog Dj Kupang Berwajah Baru

Paparan sebelum ini

Assalammualaikum dan Salam Perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog ini samaada disengajakan atau tidak.

Selepas lebih 3 tahun kini barulah berpeluang untuk 'update' blog sendiri sesuai dengan peredaran masa mengikut citarasa masakini. Semoga anda semua akan selesa dan terhibur apabila bersama dengan kami.

Baca selengkapnya

21 Feb 2011

Menemubual Timbalan Ketua Menteri Sabah : YB Datuk Seri Yahya Hussin

Pengalaman Temubual Live di Khalayak Ramai
Ini adalah pengalaman pertama kali untuk menemubual YB Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah secara langsung melalui Radio Online Sabah UtaraFM sempena perlawanan akhir antara pasukan Putatan FC dan White Sand dalam Pertandingan Bola Sepak Remaja Putatan yang diadakan di Stadium Penampang. Terima kasih kepada Kelab Penyokong Bolasepak Sabah kerana memberikan kepercayaan kepada UtaraFM untuk menjadi Media Online Rasmi.

YB Datuk Seri Yahya Hussin diberi sedikit penerangan tentang aduan penduduk setempat.
Datuk yahya Hussin menarik perhatian wartawan

Radio Online Sabah Utara.FM


Baca selengkapnya

31 Jan 2011

Penyampai Radio Online beraksi di Konti radio berfrekuensi?


Salah satu impian bagi penyampai Radio atas talian (online) adalah untuk menjadi penyampai di radio yang sebenar yang mempunyai frekuensi sendiri seperti KKFM dengan membawakan tagline 'Bukan Sekadar Muzik' yang boleh didengar melalui frekuensi 91.1 mhz di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

Peluang kini sudah dibuka apabila pihak KKFM membuat segmen terbaru awal Februari 2011 iaitu Online Radio At KKFM yang mana setiap penyertaan haruslah melalui Konsortium Radio Online Sabah (KROS) kerana pihak KKFM memberikan kepercayaan kepada KROS untuk menguruskannya bagi melancarkan setiap kali segmen ini ke udara bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari Sabtu. Hanya Radio Online yang menghantar permohonan kepada KROS dan menghadiri Bengkel Penerbitan Radio yang akan diberi peluang bersiaran untuk Fasa pertama selama 6 bulan.

Penaung KROS Tuan Jelani Hamdan ketika ditemubual di KKFM

Penyampai Radio Online melawat Konti KKFM

Bengkel Penerbitan Radio yang dianjurkan oleh KKFM dengan kerjasama KROS yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penyampai-panyampai di radio online sebelum mereka diberi peluang untuk duduk di Konti KKFM. Selain mendengar ceramah, mereka yang terlibat juga berpeluang untuk melihat sendiri Konti KKFM.

Nantikan kemunculan penyampai-penyampai radio online di KKFM yang boleh juga didengar secara online KLIK SINI. Untuk mengetahui lebih lanjut lawati KROS.


Gambar-gambar adalah daripada Sang Semut Hijau, Illie Jaymon dan Nazri Aldusuni penyampai dari Radio Online Sabah UtaraFM "macam biasa juga bah.


Baca selengkapnya

28 Jan 2011

Bengkel Asas Penerbitan Radio-KKFM

Satu Bengkel Asas Penerbitan Radio akan diadakan yang mana mereka yang terlibat akan berpeluang untuk bersiaran dari Konti KKFM (dengar melalui frekuensi 91.1) bagi mereka yang tinggal di kawasan Kota Kinabalu.

Tujuan bengkel ini diadakan antara lain adalah untuk memberi peluang kepada radio-radio online yang bertapak di negeri ini untuk mengembangkan pengetahuan mereka dalam bidang ini. Mereka yang terlibat akan diberi tunjuk ajar untuk menyelia sistem ketika berada di dalam konti yang sebenar.

Hanya mereka yang berdaftar di bawah Konsortium Radio Online Sabah yang layak mengikuti bengkel ini. Konsortium ini ditubuhkan untuk menyatukan semua radio online Sabah di dalam satu rumpun. Berikut adalah beberapa faedah yang dinikmati apabila menjadi sebahagian daripada Konsortium :

  1. Merasai sendiri menjadi penyampai di radio komersil.
  2. Belajar teknik sebagai penyampai.
  3. Berpeluang bermain dengan sistem radio komersil.
  4. Menaiktaraf kredebiliti radio online sendiri.
  5. Menimba ilmu dalam dunia penyiaran radio.
Berikut adalah masa yang telah ditetapkan :

Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Konti KKFM, UMS Kota Kinabalu

Baca selengkapnya