Showing posts with label JENAYAH. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH. Show all posts

6 Nov 2014

ANGGOTA POLIS POSITIF DADAH DITAHAN

Tiada kompromi termasuk terhadap polis jika terlibat aktiviti langgar undang-undang

djkupang & Friends
ANGGOTA POLIS POSITIF DADAH DITAHAN
Tiga anggota polis berpangkat koperal termasuk dua Polis Gerakan Am (PGA) ditahan selepas dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine dalam operasi Sistem Kawalan Disiplin Narkotik (SKDN) di sini, semalam.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan anggota polis Bahagian Narkotik daerah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang, seorang anggota PGA berusia 35 tahun ditahan pada jam 9.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, seorang lagi anggota PGA berusia 30 tahun ditahan pada jam 9.50 pagi.

“Yang ketiga, polis di IPD Limbang berusia 35 tahun ditahan sekitar jam 12.25 pagi semalam di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Limbang di bawah kesalahan sama.

“Ketiga-tiga suspek berpangkat koperal dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine selepas ujian saringan awal dilakukan,” katanya lagi.

Mohd Bukhori berkata, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 15 (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 ( Pin.1980).

Tegasnya, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu termasuk anggota polis yang terlibat aktiviti bertentangan undang-undang dan penyalahgunaan dadah.

“Operasi ini akan diterus dari semasa ke semasa dalam usaha kita memerangi gejala dadah di daerah ini,” katanya lagi.

SAKSIKAN HARITH ISKANDAR KENAKAN MANGSANYA
Baca selengkapnya

27 Oct 2014

KES CULIK DAN ROGOL PELANCONG VIETNAM

KES CULIK DAN ROGOL PELANCONG VIETNAM

Anggota polis antara tiga lelaki yang ditahan kerana didakwa menculik dan merogol seorang pelancong warga Vietnam berusia 22 tahun.


Anggota berpangkat lans koperal yang berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan beberapa jam selepas wanita itu membuat laporan polis.

Dua lagi rakannya yang berusia 30-an dan 50-an ditahan dalam serbuan di sini, pada Ahad.

Sumber berkata, sisatan mendapati wanita itu yang juga penuntut kolej di Vietnam tiba di pangsapuri Jalan Pasir Pelangi menaiki teksi bersama seorang lagi rakan wanita pada pukul 3 pagi, Sabtu.

Difahamkan, kedua-duanya kemudiannya didekati tiga lelaki yang mendakwa sebagai polis berpakaian preman yang meminta mereka mengemukakan pasport.

Sumber berkata, rakan mangsa bertindak melarikan diri dan meninggalkannya keseorangan kerana mereka yang bercuti ke sini sejak sebulan lalu tidak membawa dokumen peribadi atau dokumen perjalanan ketika itu.

Difahamkan, mangsa cuba menjelaskan bahawa pasportnya ditinggalkan di rumah tetapi tidak dihiraukan tiga lelaki itu.

Sebaliknya, mereka memaksa mangsa masuk ke dalam kereta dan membawanya ke rumah salah seorang daripada mereka sebelum bergilir-gilir merogol wanita berkenaan.

Sumber berkata, lelaki terbabit juga mengurung mangsa selama 12 jam sebelum membawanya pulang ke pangsapurinya pada keesokkannya.

Mangsa bertindak membuat laporan polis dan dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pasukan khas polis dibentuk dan dalam masa beberapa jam dapat mengesan suspek berdasarkan visual rakaman kamera litar tertutup dari pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan.

Semua tiga lelaki terbabit kini ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Johor Baru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan penahanan lelaki terbabit tetapi enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini Kes yang berlaku di Sandakan melibatkan anggota keselamatan.
Baca selengkapnya

26 Oct 2014

SEMASA : Pelajar UMS Mati Dipercayai Dibunuh Adik Kandung

Seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) berusia 22 tahun ditemui mati di rumah keluarganya awal pagi ini dan dipercayai dibunuh adik kandungnya sendiri.

djkupang & friends

Toh Wei Teen, pelajar tahun tiga jurusan Sains Makanan pada mulanya dipercayai membunuh diri selepas pihak polis menerima panggilan 999 kira-kira pada pukul 3 pagi daripada seorang lelaki yang mendakwa sebagai jiran, memberitahu mangsa cuba untuk membunuh diri.

Bagaimanapun setelah tiba di rumah mangsa yang terletak di Kemuning Utama, Shah Alam, pihak polis diberitahu oleh pasukan keselamatan dari Hospital Klang yang Wei Teen mati akibat kecederaan di leher.

Pemeriksaan di tempat kejadian kemudiannya menemui mangsa yang memakai baju tidur terbaring di hadapan pintu bilik tidurnya berlumuran darah.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, adik kandung mangsa yang berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan mabuk dan merupakan orang yang bertanggungjawab mengejutkan ibu bapa mereka yang masih tidur.

“Suspek yang sepatutnya mendaftar masuk ke sebuah kolej swasta di Subang, Selangor pada tahun depan memberitahu ibu bapanya yang kakaknya mati akibat bunuh diri.

“Kami kemudiannya membawa suspek ke Hospital Klang bagi mendapatkan rawatan dan menahan suspek sementara siasatan dijalankan,” katanya.

Polis kemudiannya menemui sebilah pisau, sebotol minuman keras beserta kotak di tempat kejadian.

Motif di sebalik pembunuhan itu masih belum diketahui, walaupun mereka dikatakan berkelahi sebelum suspek dipercayai membunuh mangsa.

“Kami mengetahui suspek mabuk pada ketika itu dan mereka telah berkelahi antara satu sama lain tetapi punca perkelahian berkenaan masih belum diketahui,” ujar Azisman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. -THERAKYAT POST

INI ADALAH MODEL TOYOTA PALING DIMINATI
Baca selengkapnya

Samseng Jalanan : Lelaki Ditumbuk dan Diperas Ugut

djkupang & Friends
Beralasan tidak berpuas hati selepas motosikalnya dipintas motosikal lain, seorang lelaki bertindak mengejar motosikal tersebut dan memeras ugut penunggangnya semalam.

Insiden dilaporkan menimpa seorang lelaki, 27, yang dikatakan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di tHe Spring, Jalan Simpang Tiga di sini.

Menurut mangsa, dia ketika itu menunggang motosikal dari rumahnya di Taman Samarindah, Kota Samarahan sebelum memintas motosikal yang ditunggangi oleh suspek di bulatan Tabuan Jaya sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Selepas saya memintas motosikal dia (suspek), saya menyedari dia terus mengekori saya sehingga di Jalan Wan Alwi. Saya terus memasuki satu simpang perumahan untuk bersembunyi.

“Bagaimanapun, dia (suspek) berjaya mengejar saya dan mengarahkan saya berhenti. Dia terus memarahi saya kerana katanya, saya berlagak ketika memintas motosikalnya.

“Bukan itu sahaja, dia turut menyuruh saya menyerahkan telefon bimbit saya kepadanya, tapi saya tidak mahu menyebabkan dia terus menumbuk saya dan kemudian meminta saya membayar ganti rugi,” kata mangsa.

Tambahnya, suspek hanya beredar dari tempat kejadian selepas dia menyerahkan wang RM40 kepadanya.

Mangsa yang risau akan berlaku perkara tidak diingini kemudian pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

SUDAHKAH ANDA MELIHAT MODEL TERBARU TOYOTA ?
Baca selengkapnya

17 Oct 2014

TEKNIK TERBARU PEROMPAK : PAKAI TOPENG ULTRAMAN DAN BOGELKAN MANGSA

Djkupang & Friends
TEKNIK TERBARU PEROMPAK : PAKAI TOPENG ULTRAMAN DAN BOGELKAN MANGSA
Tidak hanya diacu pistol malah seorang lelaki turut dibogelkan oleh sekumpulan empat perompak yang muncul dengan memakai topeng watak animasi Ultraman.

Suspek membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita sebelum itu bertindak menceroboh kediaman mangsa di Brickfields, di sini, sekitar jam 4 pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 30-an yang ketika itu berada di ruang tamu terkejut apabila diserang suspek bertopeng yang menyerbu masuk melalui pintu hadapan kediaman.

Menurutnya, suspek mengacukan pistol dan mengarahkan mangsa berdiam diri.

"Mangsa yang sebelum itu sedang melayari Internet dipaksa memindahkan wang tunai ke dalam akaun diberikan suspek.

"Bagaimanapun mangsa enggan akur dengan arahan itu menyebabkan suspek yang berang mengarahkan mangsa membuka baju dan seluar," katanya.

Menurutnya, suspek kemudian merakam gambar dan video bogel mangsa.

"Penjenayah mengugut menyebar video itu ke laman sesawang jika mangsa terus berdegil enggan menyerahkan wang diminta.

"Suspek memberi tempoh sehingga jam 7 pagi kepada mangsa supaya memindahkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek," katanya.

Difahamkan suspek terus beredar dari kediaman itu tanpa mencederakan mangsa.

"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Brickfields di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.

HMETRO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

SEMASA : Hajat Perompak Tidak Kesampaian, Penjual Burger Cedera Ditembak

djkupang & Friends
Hajat Perompak tidak kesamaian apabila disembur Aerosol
JASIN: Dua perompak perlu akur bahawa ada masanya mereka tidak bernasib baik.

Tiba di sebuah pasar mini di Taman Bukit Tembakau di sini dengan motosikal pada pukul 8.15 malam Rabu, salah seorang daripada mereka yang bersenjata bergegas masuk ke pasar mini tersebut.

Malangnya, dia disembur dengan aerosol serangga oleh isteri pemilik pasar mini yang sedang berada di kaunter juruwang.

Ketika dia sedang berjalan keluar, suspek telah dipukul oleh penjual burger yang mendengar teriakan bantuan daripada wanita itu.

Penjual burger itu bagaimanapun ditembak oleh perompak di bahagian kaki. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, penjual burger, 30, mendengar teriakan bantuan isteri kepada pemilik pasar mini dan melihat seorang lelaki bergegas keluar dari kedai itu pada pukul 8.15 malam.

"Dia menyambar sebatang kayu dan mengejar. Dia berjaya memukul perompak yang telah melompat menaiki sebuah motosikal yang sedang menunggu dalam jarak 100 meter. 

"Perompak kemudian menembak di kaki kanannya," katanya sambil menambah suspek melarikan diri ke arah Lebuhraya Alor Gajah - Jasin Melaka.

Raja Shahrom berkata perompak itu sebelum ini telah memukul wanita itu dengan pistol apabila mukanya disembur dengan aerosol dan berteriak minta tolong.

Katanya, perompak melarikan diri tanpa mendapat sebarang hasil.

Mangsa-mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Baca selengkapnya

23 Jul 2014

TERKINI SABAH : Kereta Rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ditemui Semula di Tawau

Kereta Rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ditemui Semula di Tawau
Kenderaan rasmi Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah yang dilapor hilang 27 Jun lepas di Taman Ujana Kingfisher ditemui semula di Kg Sungai Buaya Batu 3 Jalan Apas, di sini Jumaat lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah, kenderaan jenis Proton Inspira terbabit berjaya dirampas oleh unit khas IPD Tawau.

“Kita turut menahan dua suspek berusia 32 tahun yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri semasa serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengahari,” katanya di sini kelmarin.

Awang berkata, serbuan itu dijalankan atas maklumat awam sebelum sepasukan anggota unit khas IPD Tawau bergegas ke sebuah rumah tidak bernombor di penempatan terbabit.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan di dalam rumah terlibat dan beberapa barangan rampasan turut direkodkan di dalam serbuan berkenaan.

“Selain kereta Inspira warna hitam dengan plat nombor palsu SS5253T (plat asal SAB2294J), kita juga merampas sebuah beg bimbit warna hitam TOPAO.

“Kita juga merampas seikat kunci rumah, sebuah beg diari hitam jalur merah PERFECT dan tiga buah buku akaun simpanan bank Maybank, Alliance Bank dan ASB,” katanya.

Beliau berkata, barangan lain yang turut dirampas adalah satu kad Perbadanan Pinjaman Sabah, sebuah telefon bimbit Nokia X2, dua buah dairi dan satu pendrive Kingston.

Dalam pada itu, Awang meminta orang awam yang hendak meninggalkan rumah atau bercuti pada Hari Raya Aidilfitri supaya memaklumkan balai polis berdekatan.

“Kita harap mereka yang hendak keluar pada suatu jangka masa yang lama supaya dapat mengisi borang balik kampung yang disediakan di balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, pada 27 Jun lepas media melaporkan Pengarah JKDM Sabah Datuk Dr Janathan Kandok mengalami kerugian kira-kira RM70,000 selepas rumahnya dipecah masuk.
UTUSAN BORNEO
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

Polis Kota Kinabalu Tumpaskan "GENG MENGGATAL"

Kumpulan yang terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu


Polis Kota Kinabalu berjaya menumpaskan 'Geng Menggatal' yang terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu dengan penahanan 4-lelaki tempatan baru-baru ini.  

Modus operandi geng berkenaan bermula pada 4 Jun hingga awal Julai ini. Keempat-empat penjenayah lelaki berusia 23 hingga 30-tahun itu berjaya ditangkap pada 8 dan 9 Julai di Hotel Tang Dynasty, Sepanggar dan Inanam. 

Kumpulan itu berpangkalan di Menggatal terlibat dalam 6-kes pecah rumah dan curu kereta yang melibatkan kerugian sebanyak 730-ribu ringgit. 

Kejayaan merampas kembali barang-barang yang dicuri itu dianggarkan bernilai 670-ribu ringgit termasuk 5-buah kenderaan jenis Landcruiser, Honda CRV, Vios, Hilux dan Isuzu Pick-up.  

Kereta-kereta itu dipercayai untuk dijual dan digunakan untuk melarikan diri dengan menukar nombor plat! sebelum mencuri semula.  Turut ditemui ialah cukai jalan, matawang asing, komputer riba, dompet, telefon bimbit dan senjata tajam.  

KREDIT : RTM SABAH
Baca selengkapnya