31 Jul 2014

BERITA TERINI SABAH | KEBAKARAN DI KAMPUNG SERI PANDAN PUTATAN RAGUT NYAWA

Seorang Lelaki Rentung dalam Kebakaran di Putatan Sabah

Kebakaran di Putatan

Peristiwa Pagi Raya Keempat : Seorang lelaki rentung selepas rumah yang didiaminya di Kampung Seri Pandan, Putatan, musnah dalam kebakaran melibatkan lima buah rumah awal Khamis.

Mayat mangsa, Kadir Ghani yang berumur lingkungan 50-an, ditemui di bahagian ruang tamu rumah berkenaan dalam kejadian kebakaran kira-kira 3 pagi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.14 pagi sebelum menggegaskan tiga jentera bomba berserta 24 anggota dan pegawai.

Operasi memadam kebakaran melibatkan anggota bomba dari Balai Bomba Putatan dan Kota Kinabalu itu berjaya mengawal kebakaran kira-kira 4 pagi.
MSTAR ONLINE

Bagikan

Jangan lewatkan

BERITA TERINI SABAH | KEBAKARAN DI KAMPUNG SERI PANDAN PUTATAN RAGUT NYAWA
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"