TipS Keselamatan Untuk Wanita ini saya fikir perlu untuk dikongsikan Selepas kejadian ngeri yang menimpa mendiang Annie John. Sebelum ini saya sudah poskan di facebook page 1Sabah. Tips ini saya kutip dari seorang blogger yang lain.
SEMASA BERJALAN
SEMASA MEMANDU
SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM
SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA
SEKIRANYA DISERANG
SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA
Semoga bermanfaat kepada semua untuk hari ini dan di masa akan datang
SEMASA BERJALAN
- Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.
- Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.
- Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang. Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.
- Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.
SEMASA MEMANDU
- Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.
- Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan. (Simpanlah nombor telefon Balai Polis yang berdekatan sama kamu)
SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM
- Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.
- Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.
- Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.
SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA
- Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sberhampiran pintu masuk dan keluar atau lif.
- Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.
- Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.
- Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.
SEKIRANYA DISERANG
- Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.
- Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.
- Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.
- Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.
SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA
- Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.
- Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.
- Elakkan situasi yang merbahaya.
- Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.
- Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.
- Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda
Semoga bermanfaat kepada semua untuk hari ini dan di masa akan datang
Bagikan
TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA
4/
5
Oleh
Unknown
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"