14 Oct 2010

Respon Pengarah DBKK pasal gaji Pembanci

Sebelum itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para sahabat saya yang turut memberikan kata-kata semangat dan komen dalam pos saya di FB. Adapun saya berharap kepada semua pihak yang terlibat agar dapat bersabar dalam sedikit masa lagi.

Kembali kepada cerita berkaitan gaji pembanci, siang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada pihak DBKK bertanya "bukankah kamu sudah mendapat gaji kamu?" saya jawab "iya". Dia bertanya lagi "Apa masalah kamu?" Saya beritahu sebenarnya saya hanya membantu kepada rakan-rakan pembanci yang lain untuk memperjuangkan hak mereka yang sehingga kini belum nampak bayangnya lagi. Bukanlah mau "busy body" tapi namanya pun tolong kawan.

Seorang peniaga yang sudah melaburkan modalnya pasti mahu mengaut keuntungan segera daripada hasil kerjanya begitulah juga dengan pembanci mereka sudah menggunakan wang sendiri untuk menjayakan Banci Penduduk dan Perumahan 2010 dan sudah pasti mereka mahukan pulangan semula. Sudahlah pembayaran lewat dilakukan sedangkan pada mulanya mereka berjanji akan membuat pembayaran sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sabar.. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada mereka tetapi sampai bila? Saya menerima banyak luahan daripada rakan-rakan saya yang rata-rata adalah lepasan SPM dan juga graduan pusat pengajian tinggi yang baru menjinakkan diri dalam bidang pekerjaan. Kalau maki hamun tu memang tidak dapat dielakkan setiap kali bertemu dengan mereka. Sudah pasti mereka ini sangat terkilan dan serik untuk bekerja di masa akan datang. Saya beritahu mereka jadikan ini sebagai pengalaman.

Apapun kepada datuk Boon Hai Yeo tindakan pantas datuk ini saya lihat boleh melegakan kepada para pembanci. Terima kasih atas kerjasama daripada pihak datuk.

Persoalan : Pembanci ada dijanjikan dengan wang saguhati (bonus) kakitangan kerajaan semasa Raya yang lalu tetapi Pihak DBKK belum mengesahkan hal ini sedangkan Pembanci di daerah Pitas dan Kota Belud sudah mendapat bonus tersebut (maklumat diperolehi daripada pembanci yang lain). Hal ini akan diupdated di masa akan datang juga.


Bagikan

Jangan lewatkan

Respon Pengarah DBKK pasal gaji Pembanci
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"