Showing posts with label featured. Show all posts
Showing posts with label featured. Show all posts

14 Nov 2014

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

djkupang & Friends
Daerah Tenom akan mencipta sejarahnya sendiri apabila berlangsung program yang akan mempromosikan hasil pertaniannya iaitu Kopi Tenom.

Pesta kopi selama tiga hari bermula hari ini 12 hingga 14 November 2014 ialah ‘Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records’.

Sebagai INFO sebelum ini rekod meminum kopi secara serentak ialah seramai 3068 orang dan pada kali ini rekod tersebut akan dipecahkan iaitu dianggarkan 4000 orang yang mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung hari ini.

Selain memperkenalkan kopi Tenom, acara itu juga memperkenalkan pelbagai tarikan pelancongan di Tenom yang kaya dengan kebudayaan suku kaum Murut. Program itu akan dimeriahkan dengan acara hiburan yang mana akan diadakan Konsert Sabah VFM sempena penganjuran pesta ini. 
Antara barisan artis yang menjayakan konsert ini Janrywine J. Lusin, Dayang Noraini, Sharin Amud, Francis Landong, Lum Kong Yaw, Ronie Bahan, Dino dan Wiwie Daunah. Selain itu, ada juga pertandingan mencipta kopi Tenom, Pesta Ratu Kopi Tenom dan mencipta lagu kopi tenom pada acara julung kali itu diadakan.

Pengurus penyiaran Keningau FM yang merupakan Pengerusi Penganjur iaitu Encik Razali Bin Haji Baba memaklumkan seramai 10 orang pencipta lagu akan berentap pada pertandingan mencipta lagu bertemakan kopi sempena Pesta Kopi Tenom di pentas utama padang Pekan Tenom. 

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang untuk kategori lirik terbaik berupa wang tunai RM1,500, sijil dan piala. Bagi persembahan dan vokal terbaik membawa pulang wang tunai RM500, sijil dan piala. Manakala, pemenang saguhati pula membawa wang tunai RM300 dan sijil.

Tenom kini semakin menyerlah sebagai satu daripada destinasi pelancongan di Sabah selain mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian bagi memenuhi keperluan negara memandangkan Tenom mempunyai produk tanaman dan buah-buahan yang ada nilai komersial tinggi.

Baca selengkapnya

1 Jul 2014

DJ Kupang Utara.FM Kongsi Pentas dengan Mus May

Siapa yang tidak terpegun dengan penyanyi yang memang dikenali kehebatan vokalnya apabila menyanyikan lagu bernada tinggi. Malah, tidak keterlaluan dikatakan vokal penyanyi May ini masih mantap jika dibandingkan dengan vokalis kumpulan rock seusia dengannya. Pengalaman bersama dengan Otai Rockers Malaysia ini menjadi inspirasi kepada saya apabila berada di atas pentas.

Mus bergandingan dengan Deejay Kupang sebagai 'Emcee' pada persembahan yang disaksikan oleh lebih 500 orang peminat setianya. Kupang yang juga dikenali sebagai pengulas bolasepak di Stadium Likas mengakui agak gemuruh berkongsi pentas dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu "Cintamu Mekar Di Hati" ini. "Bukan mudah bekerja dengan rockers yang mempunyai ramai pengikut ini kerana kita perlu menyesuaikan diri dengan kehendak peminatnya. Mujur abang Mus banyak memberikan dorongan dan tips ketika berada atas pentas yang sama", kata djkupang.

Bro Mus seorang yang ramah dan tidak sombong melayan peminatnya kerana pada malam itu ada seorang makcik yang mahu bergambar dengannya tetapi agak uzur tidak dapat naik ke atas pentas, abang Mus sanggup turun ke bawah semata-mata untuk memenuhi permintaan peminatnya", tambah DJ Kupang menceritakan pengalamannya bersama Mus.

Pada malam itu Mus mendendangkan lapan buah lagu bermula dengan lagu gadis bertudung putih dan melabuhkan tirai persembahannya dengan menyampaikan lagu pelayaran yang dipetik dari album "Hakikat (1989)". Semua orang berpuas hati dengan persembahan Mus pada malam itu kerana mereka memang sudah lama menanti kemunculan Mus di tempat mereka. 

"Bro Kupang, kalau panjang umur kita  jumpa lagi sebab gua memang suka buat persembahan di Sabah jika diberi peluang lagi," Kata Mus penyanyi yang berasal dari Perak ketika Deejay Kupang menghantarnya balik ke hotel penginapannya.


dipetik dari Utarafm.net
-djkupang.com
Baca selengkapnya

18 May 2014

Izinkan Saya BERZINA Dengan Anak Pakcik

IZINKAN SAYA BERZINA NGAN ANAK PAKCIK?”

Gadis (G) : Masuk lah dulu, jumpa dengan ayah saya
Teruna (T) : Boleh ke?
G : Masuk je lah, saya nak siap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengaluka-alukan kedatangan si Teruna.

T : Assalamualaikum.
Bapa G : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu.Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

G : Mari, duduk kat kerusi

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa G : nak jalan kemana hari ni?
T : Bandar je cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak tau lah saya
Bapa G : oh..

Hampir 5 minit senyap tanpa suara.Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering.Si teruna senyum kelat.

Ibu G : minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?
T: ehh. Sudah cik.Terima kasih.
Ibu G : kamu malu-malu pula dengan kami.
T : segan cik. Hehe
Bapa G : bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu G : eh. Apa ayahnya ni?
T : ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa G : kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti
T : (eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit
Bapa G : boleh takda masalah
T : pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?
Bapa G : kalau boleh 20 ribu
Ibu G : ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh acik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
T : Berapa tu cik?
Ibu G : dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 keatas pihak lelaki
T : (amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa..25 ribu.Mana nak dapat, aduh) Tingginya acik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa G : itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit.Nak grand-grand camtu.

Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

T : nak Tanya lagi, kenapa anak acik tak pakai tudung?
Bapa G : itu kenalah Tanya maknya
T : (ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu G : ehh. Awak lah.Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak
Bapa G : saya kan kerja. Mana ada masa
T : (pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik.Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak.Maksudnya lebih kurang jugaklah.Nak Tanya lagi, anak acik pandai masak?
Bapa G : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari.Terus makan tengahari.
Ibu G : apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa G : maknya pun sama suka bangun lambat juga.
Ibu G : abahnya!
T : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Ehh..acik sekarang saya da tau. Okeh.Soalan lagi.Boleh tak dia baca quran?
Ibu G : boleh sikit-sikit kot
T : kali terakhir bila?
Ibu G : err. Darjah 1 agaknya.
T : hmm.
Ibu G : kenapa?
T : takda apa makcik. Soalan cepumas.Dia solat tak?
Bapa G : apa motif kamu Tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
T : kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan.Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu.Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

T : boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi.Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lain lah dia ni hafizah, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar.Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar.Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis.Keduanya senyap tanpa suara.Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan.Adat mengatasi agama.Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai.Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami.Amatlah rugi.Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri.Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.
Bapa G : tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.
T : pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?
Ibu G : tentulah kami berdua pun turut gembira.
T : yeke? Saya sambung lagi ya. Acik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung.esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.
Bapa G : kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.
T : ehh. Sory pakcik.Bukan saya nak cakap pasal agama.Tapi itulah hakikat sebenar.Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.
Bapa G : camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!
T : lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang.Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa G : hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
T: Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda nil ah pakcik.Selalu ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampai pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia.Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina.Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya.Tapi lama-lama jadi berat-berat.Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa G : Apa kaitan kamu nak berzina pula ?
T : yalah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin.kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya.Susah pakcik.Nafsu.Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik.Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err..berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa G : hmm. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan
T : hehe. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau.

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan. Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa G : kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.
T : bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda.Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung.Boleh nikah masa tu jugak.Bagus-bagus.
Bapa G : serius lah sikit.
T : betul dah tu pakcik. Hehe.Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus.Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin.itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu ha. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik.,Sory lah pakcik kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang ngan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis.Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama.Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya.Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya.Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat.Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya.Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu G : apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.
Bapa G : hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi.Satu-satu kena.Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.
G : takde mood nak pegi la ayah. Ntah,,

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.
petang ni takde mood nak keluar, Sorry.
Minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”
Baca selengkapnya

3 Dec 2010

Bila cerita pasal seks - Kisah benar

PALING HANGAT !! Di sini ada cerita panas yang mahu aku kongsikan dengan semua ging-ging blogger.
 
djkupang Friends
 
Bila cerita pasal seks pasti ramai yang tertarik dan ingin tahu. Sesetengah orang menggambarkan apabila menyebut perkataan seks di khalayak ramai menganggap itu sebagai lucah dan adakah apa yang ingin aku sampaikan ini juga dianggap sebagai lucah?

Ini adalah sebuah kisah benar mengenai seks. Bila terlihat tajuk cerita di atas pasti ada di kalangan rakan-rakan memikirkan sesuatu. Inilah sebenarnya kisah yang mahu aku kongsikan iaitu bagi sesetengah orang yang lebih cenderung untuk mengetahui cerita yang berunsur gosip, seks dan lain-lain berbanding hal yang lebih mendatangkan faedah dalam kehidupan.

Jika tajuk di atas ialah tips untuk menjaga bayi, belum tahu kamu akan masuk ke blog ini untuk mengetahui tips tersebut kerana menganggap perkara tersebut sebagai remeh tetapi sebenarnya berguna untuk masa hadapan. Bukan semua tetapi ada yang berfikiran begitu. Kenapa mesti berfikiran begitu? Sebabnya mudah, mahukan keseronokan dalam hidup.

Dalam kita mengejar keseronokan duniawi jangan lupa Tuhan. Jadikan apa yang berlaku semalam dan hari ini sebagai pengalaman untuk melalui hari esok. Belum tentu apa yang kita fikirkan seronok itu sebenarnya menyeronokkan kerana mungkin di sebalik keseronokan itu tersembunyi penderitaan. Gunakanlah akal yang dikurniakan untuk berfikir kerana bak pepatah melayu ikut rasa binasa ikut hati mati.


APA MACAM SIUK KAN?
Baca selengkapnya

13 Oct 2010

TIPS KESELAMATAN UNTUK WANITA

djkupang & Friends
TipS Keselamatan Untuk Wanita ini saya fikir perlu untuk dikongsikan Selepas kejadian ngeri yang menimpa mendiang Annie John. Sebelum ini saya sudah poskan di facebook page 1Sabah. Tips ini saya kutip dari seorang blogger yang lain.

SEMASA BERJALAN
  • Berjalanlah di kawasan yang mempunyai cukup kadar cahaya dan elakkan jalan-jalan atau kaki lima yang gelap atau samar-samar.
  • Berjalan dalam langkah yang yakin. Jangan menggunakan telefon bimbit atau tercari-cari beg duit ketika itu kerana ia akan menghilangkan tumpuan anda pada apa yang berlaku di sekeliling.
  • Tangan anda mesti sentiasa bebas daripada memegang sesuatu yang akan menyukarkan anda daripada melawan apabila diserang. Elakkan memakai beg tangan bertali panjang yang boleh terhayun ke sana ke mari.
  • Berjalanlah bertentangan daripada arah trafik supaya anda tidak diserang dari belakang.

SEMASA MEMANDU
  • Jangan letakkan beg tangan atau briefcase di tempat duduk penumpang tetapi sebaliknya letakkan di lantai kereta. Pastikan kesemua pintu kereta dikunci.
  • Sekiranya anda rasa sedang diekori pandulah terus ke balai polis berdekatan dan jika mempunyai telefon bimbit buatlah panggilan ke balai polis untuk memberikan keterangan. (Simpanlah nombor telefon Balai Polis yang berdekatan sama kamu)

SEMASA MENAIKI KENDERAAN AWAM
  • Sentiasa ingat nama pemandu dan nombor teksi yang anda naiki. Jika anda mempunyai telefon bimbit SMS kan nama dan nombor itu kepada salah seorang kawan anda.
  • Pastikan kenderaan awam itu tidak dikunci.
  • Jika di dalam bas seboleh-bolehnya duduklah berhampiran dengan pintu untuk turun.

SEMASA DALAM BANGUNAN ATAU TEMPAT LETAK KERETA
  • Letak kereta di tempat yang ada kemasukan cahaya serta sberhampiran pintu masuk dan keluar atau lif.
  • Jika anda ternampak sesiapa yang mencurigakan berulang alik berhampiran kereta anda, menimbulkan syak atau ada seseorang yang duduk bersendirian di dalam kereta berdekatan kereta anda, segera minta pengawal bertugas di situ menemankan anda ke kereta.
  • Sebelum pergi ke kereta pastikan kuncinya telah anda pegang di tangan. Ia boleh dijadikan senjata sekiranya anda tiba-tiba diserang.
  • Periksa kereta anda sesegera mungkin sebelum memasukinya bagi memastikan tidak ada sesiapa berada berhampiran. Sebaik berada di dalam kereta kunci terus pintu dan pandu keluar segera. Berlengah-lengah di tempat letak kereta akan menjadikan anda sasaran penyerang.

SEKIRANYA DISERANG
  • Menjeritlah sekuat-kuat hati. Jeritan seperti "Api... api..." akan menarik perhatian orang segera kepada anda.
  • Peralatan kecemasan peribadi yang anda ada juga berkesan untuk mengejutkan perhatian sekeliling serta orang yang cuba menyerang.
  • Sekiranya penyerang itu meminta barangan milik anda seperti telefon bimbit, wang, barang kemas; serahkan sahaja. Yang penting, jika anda boleh lari buang sahaja barang berharga itu ke satu arah dan larilah ke arah yang bertentangan dengannya.
  • Jika anda dicampak ke dalam kereta tendang cermin bahagian sisi belakang dan lambaikan tangan anda ke luar dari lubang itu.

SEKIRANYA ANDA TINGGAL DI KONDOMINIUM DAN MENGGUNAKAN TEMPAT LETAK KERETA
  • Buat laporan mengenai orang-orang yang disyaki dan sebagainya kepada pengawal yang bertugas. Kemudian buat ulangan pertanyaan untuk mengetahui apa tindakan yang telah diambil.
  • Awas dengan keadaan sekeliling serta tempat di mana anda selalu meletak kereta.
  • Elakkan situasi yang merbahaya.
  • Jangan sekali-kali membenarkan orang yang tidak dikenali memasuki kondominium anda.
  • Minta bukti pengenalan diri untuk orang asing yang datang tiba-tiba dan mengakui dia pengawal kondominium, pekerja pencuci di situ dan sebagainya.
  • Akhir sekali anda perlu sentiasa tahu di mana tempat untuk melaporkan sebarang kejadian yang berlaku di sekitar premis anda

Semoga bermanfaat kepada semua untuk hari ini dan di masa akan datang
Baca selengkapnya