Showing posts with label Daerah Tenom. Show all posts
Showing posts with label Daerah Tenom. Show all posts

14 Nov 2014

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

djkupang & Friends
Daerah Tenom akan mencipta sejarahnya sendiri apabila berlangsung program yang akan mempromosikan hasil pertaniannya iaitu Kopi Tenom.

Pesta kopi selama tiga hari bermula hari ini 12 hingga 14 November 2014 ialah ‘Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records’.

Sebagai INFO sebelum ini rekod meminum kopi secara serentak ialah seramai 3068 orang dan pada kali ini rekod tersebut akan dipecahkan iaitu dianggarkan 4000 orang yang mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung hari ini.

Selain memperkenalkan kopi Tenom, acara itu juga memperkenalkan pelbagai tarikan pelancongan di Tenom yang kaya dengan kebudayaan suku kaum Murut. Program itu akan dimeriahkan dengan acara hiburan yang mana akan diadakan Konsert Sabah VFM sempena penganjuran pesta ini. 
Antara barisan artis yang menjayakan konsert ini Janrywine J. Lusin, Dayang Noraini, Sharin Amud, Francis Landong, Lum Kong Yaw, Ronie Bahan, Dino dan Wiwie Daunah. Selain itu, ada juga pertandingan mencipta kopi Tenom, Pesta Ratu Kopi Tenom dan mencipta lagu kopi tenom pada acara julung kali itu diadakan.

Pengurus penyiaran Keningau FM yang merupakan Pengerusi Penganjur iaitu Encik Razali Bin Haji Baba memaklumkan seramai 10 orang pencipta lagu akan berentap pada pertandingan mencipta lagu bertemakan kopi sempena Pesta Kopi Tenom di pentas utama padang Pekan Tenom. 

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang untuk kategori lirik terbaik berupa wang tunai RM1,500, sijil dan piala. Bagi persembahan dan vokal terbaik membawa pulang wang tunai RM500, sijil dan piala. Manakala, pemenang saguhati pula membawa wang tunai RM300 dan sijil.

Tenom kini semakin menyerlah sebagai satu daripada destinasi pelancongan di Sabah selain mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian bagi memenuhi keperluan negara memandangkan Tenom mempunyai produk tanaman dan buah-buahan yang ada nilai komersial tinggi.

Baca selengkapnya