Showing posts with label Rekod. Show all posts
Showing posts with label Rekod. Show all posts

14 Nov 2014

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records

djkupang & Friends
Daerah Tenom akan mencipta sejarahnya sendiri apabila berlangsung program yang akan mempromosikan hasil pertaniannya iaitu Kopi Tenom.

Pesta kopi selama tiga hari bermula hari ini 12 hingga 14 November 2014 ialah ‘Minum Kopi Tenom Malaysian Book of Records’.

Sebagai INFO sebelum ini rekod meminum kopi secara serentak ialah seramai 3068 orang dan pada kali ini rekod tersebut akan dipecahkan iaitu dianggarkan 4000 orang yang mengambil bahagian dalam acara yang berlangsung hari ini.

Selain memperkenalkan kopi Tenom, acara itu juga memperkenalkan pelbagai tarikan pelancongan di Tenom yang kaya dengan kebudayaan suku kaum Murut. Program itu akan dimeriahkan dengan acara hiburan yang mana akan diadakan Konsert Sabah VFM sempena penganjuran pesta ini. 
Antara barisan artis yang menjayakan konsert ini Janrywine J. Lusin, Dayang Noraini, Sharin Amud, Francis Landong, Lum Kong Yaw, Ronie Bahan, Dino dan Wiwie Daunah. Selain itu, ada juga pertandingan mencipta kopi Tenom, Pesta Ratu Kopi Tenom dan mencipta lagu kopi tenom pada acara julung kali itu diadakan.

Pengurus penyiaran Keningau FM yang merupakan Pengerusi Penganjur iaitu Encik Razali Bin Haji Baba memaklumkan seramai 10 orang pencipta lagu akan berentap pada pertandingan mencipta lagu bertemakan kopi sempena Pesta Kopi Tenom di pentas utama padang Pekan Tenom. 

Hadiah yang bakal dibawa pulang oleh pemenang untuk kategori lirik terbaik berupa wang tunai RM1,500, sijil dan piala. Bagi persembahan dan vokal terbaik membawa pulang wang tunai RM500, sijil dan piala. Manakala, pemenang saguhati pula membawa wang tunai RM300 dan sijil.

Tenom kini semakin menyerlah sebagai satu daripada destinasi pelancongan di Sabah selain mempunyai potensi tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertanian bagi memenuhi keperluan negara memandangkan Tenom mempunyai produk tanaman dan buah-buahan yang ada nilai komersial tinggi.

Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Piala Dunia 2014 : MIROSLAV Klose Pecahkan Rekod Ronaldo Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Piala Dunia 2014 : MIROSLAV Klose Pecahkan Rekod Ronaldo Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Jaringan Miroslav Klose minit ke-23' membolehkan beliau disenarai penjaring terbanyak selepas mengumpul 16 GOL sepanjang penyertaannya dalam kempen Piala Dunia, meranapkan rekod dipegang bekas bintang Brazil, Ronaldo dengan 15 GOL sejak beberapa tahun lalu.

Lebih Menarik lagi gol tersebut dicipta ketika Pasukan Negaranya Jerman menentang Brazil, negara yang diwakili Ronaldo (pemegang rekod sebelum ini). 

Pemain berumur 36 tahun itu membuat penampilan sulungnya pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun, dengan mencetak lima gol.

Klose kemudian menambah lima gol lagi dalam edisi Piala Dunia 2006 yang dianjurkan oleh negara kebangsaannya lalu meraih but emas dalam temasya tersebut.

Penyerang Lazio itu terus membuktikan sentuhan berbisanya apabila mengumpul empat gol di Afrika Selatan pada 2010, di mana pasukan Jerman terkandas di peringkat separuh akhir selepas ditumpaskan oleh Sepanyol.

Pencapaian Klose ini bermakna pemain Jerman kembali mengungguli carta jaringan Piala Dunia selepas Gerd Muller memegang rekod tersebut dari tahun 1974 hingga 2006 menerusi ledakan 14 gol.

Ketika ini perlawanan Peringkat Separuh Akhir TAMAT dengan Jerman mengatasi Brazil 7-1 hasil jaringan Thomas Müller (minit 11), Miroslav Klose (Minit 23), Toni Kroos (Minit 24,26) Sami Khedira (Minit 29), André Schürrle (69, 79). Sementara gol saguhati Brazil dijaringkan pada minit ke-90 oleh Oscar.

Sumber : olabola/djkupang.com
dikemaskini pada 6:46 AM, 09 Julai 2014
Baca selengkapnya