Showing posts with label Piala Dunia 2014. Show all posts
Showing posts with label Piala Dunia 2014. Show all posts

14 Jul 2014

Piala dunia 2014 : Pasukan Jerman Juara Baru Selepas Tewaskan Argentina 1-0 dalam aksi Final

RIO DE JANEIRO – Jerman muncul juara Piala Dunia 2014 tewaskan Argentina 1-0 menerusi gol Mario Gotze pada minit ke-113 di Stadium Maracana sebentar tadi.

Pemain gantian Jerman, Mario Goetze menolak masuk kemas satu jaringan cantik tujuh minit sebelum tamat masa tambahan untuk membantu pasukan menewaskan Argentina 1-0 dalam final untuk menjulang trofi Piala Dunia di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Ini adalah mahkota kejuaraan kali keempat untuk jagoan Eropah yang memenanginya hasil satu kelekaan benteng Argentina yang sehingga detik itu bermain baik menandingi baik lawan.

Perlawanan ini seperti mahu menuju ke penentuan sepakan penalti sehingga Andre Schuerrle berjaya mencuri bola dari sayap kiri sebelum melambungkan kepada Goetze yang mengawal bola dengan dada sebelum merembat masuk gol penting Jerman.
Baca selengkapnya

9 Jul 2014

Piala Dunia 2014 : Kekalahan 1-7 Rekod Terburuk Brazil Dalam Tempoh 100 Tahun

Piala Dunia 2014 : Kekalahan 1-7 Rekod Terburuk Brazil Dalam Tempoh 100 Tahun

Ketua Pasukan Brazil David Luiz
BELO HORIZONTE: Air mata, kapten Brazil, David Luiz menceritakan segala-galanya. Dia memohon maaf kepada seluruh negara selepas skuad kebangsaan dibelasah Jerman 7-1 dalam saingan separuh akhir di Stadium Mineirao, sebentar tadi. 

“Maaf kepada semua, maaf kepada setiap rakyat Brazil,” kata Luiz yang menangis selepas dia dan rakan sepasukan menanggung aib besar di laman sendiri. 

“Saya hanya mahu melihat semua orang kita senyum. Kami semua bagaimana penting untuk kami melihat semua rakyat Brazil gembira, sekurang-kurangnya untuk bola sepak. 

“Mereka (Jerman) lebih baik daripada kami. Persiapan mereka lebih baik. Mereka bermain lebih baik. 

“Ia satu hari paling sedih tapi ia juga hari untuk belajar sesuatu.” 

Kekalahan 1-7 adalah yang terburuk pernah ditanggung Brazil dalam sejarah 100 tahun bola sepak mereka. - AFP
Baca selengkapnya

Piala Dunia 2014 : MIROSLAV Klose Pecahkan Rekod Ronaldo Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Piala Dunia 2014 : MIROSLAV Klose Pecahkan Rekod Ronaldo Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman

Jaringan Miroslav Klose minit ke-23' membolehkan beliau disenarai penjaring terbanyak selepas mengumpul 16 GOL sepanjang penyertaannya dalam kempen Piala Dunia, meranapkan rekod dipegang bekas bintang Brazil, Ronaldo dengan 15 GOL sejak beberapa tahun lalu.

Lebih Menarik lagi gol tersebut dicipta ketika Pasukan Negaranya Jerman menentang Brazil, negara yang diwakili Ronaldo (pemegang rekod sebelum ini). 

Pemain berumur 36 tahun itu membuat penampilan sulungnya pada 2002 di Korea Selatan dan Jepun, dengan mencetak lima gol.

Klose kemudian menambah lima gol lagi dalam edisi Piala Dunia 2006 yang dianjurkan oleh negara kebangsaannya lalu meraih but emas dalam temasya tersebut.

Penyerang Lazio itu terus membuktikan sentuhan berbisanya apabila mengumpul empat gol di Afrika Selatan pada 2010, di mana pasukan Jerman terkandas di peringkat separuh akhir selepas ditumpaskan oleh Sepanyol.

Pencapaian Klose ini bermakna pemain Jerman kembali mengungguli carta jaringan Piala Dunia selepas Gerd Muller memegang rekod tersebut dari tahun 1974 hingga 2006 menerusi ledakan 14 gol.

Ketika ini perlawanan Peringkat Separuh Akhir TAMAT dengan Jerman mengatasi Brazil 7-1 hasil jaringan Thomas Müller (minit 11), Miroslav Klose (Minit 23), Toni Kroos (Minit 24,26) Sami Khedira (Minit 29), André Schürrle (69, 79). Sementara gol saguhati Brazil dijaringkan pada minit ke-90 oleh Oscar.

Sumber : olabola/djkupang.com
dikemaskini pada 6:46 AM, 09 Julai 2014
Baca selengkapnya

6 Jul 2014

Piala Dunia : Argentina Buat 3 Pertukaran Bertemu Belgium

BRASILIA: Argentina membuat tiga pertukaran dalam pertemuan suku akhir menentang Belgium, sebentar tadi dengan Jose Maria Basanta, Martin Demichelis dan Lucas Biglia disenaraikan dalam kesebelasan pasukan. 

Basanta mengisi kekosongan bek kiri, Marcos Rojo manakala jurulatih, Alejandro Sabella menyelitkan pemain berpengalaman, Demichelis (bek tengah) dan pemain tengah, Biglia menggantikan Federico Fernandez dan Fernando Gago. 

Dengan Sergio Aguero belum cergas, Ezequiel Lavezzi akan mengisi tempatnya untuk menjana jentera serangan bersama Gonzalo Higuain dan kapten, Lionel Messi. 

Jurulatih Belgium, Marc Wilmots hanya membuat satu pertukaran dengan Kevin Mirallas mengambil alih tempat Dries Mertens di sayap kanan. 

Argentina 
Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Martin Demichelis, Ezequiel Garay, Jose Maria Basanta; Lucas Biglia, Javier Mascherano, Angel Di Maria; Gonzalo Higuain, Lionel Messi (kapten), Ezequiel Lavezzi 

Belgium 
Thibaut Courtois; Toby Alderweireld, Daniel Van Buyten, Vincent Kompany (kapten), Jan Vertonghen; Axel Witsel, Marouane Fellaini; Kevin Mirallas, Kevin De Bruyne, Eden Hazard; Divock Origi 
Pengadil: Nicola Rizzoli (ITA)
Baca selengkapnya

5 Jul 2014

Berita Semasa : Jejambat Di Stadium Piala Dunia Runtuh

Berita Semasa :  Jejambat Di Stadium Piala Dunia Runtuh

BELO HORIZONTE, Brazil: Sebuah jejambat yang sedang dibina untuk penganjuran Piala Dunia runtuh dan menimpa beberapa kenderaan di bandaraya Belo Horizonte di tenggara Brazil, membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan 22 yang lain.

Imej yang disiarkan Globo TV menunjukkan bahagian depan sebuah bas kuning remuk di bawah satu bahagian besar lebuh raya yang jatuh itu, kira-kira lima kilometer dari stadium Piala Dunia dan sedang dibina sebagai sebahagian pembangunan prasarana untuk kejohanan itu tetapi tergendala. 

Seperti gempa bumi. Tanah bergegar kuat," kata Daniel Magalhaes yang berada berhampiran tempat kejadian. "Saya dengar bunyi yang kuat. Saya lihat dan nampak jejambat runtuh." 

Menurut pegawai perubatan, dua orang terbunuh manakala 22 yang lain cedera, Pihak bomba sebelum ini menyatakan seorang maut dan 13 cedera.  

LIHAT VIDEO

a
-djkupang.com
Baca selengkapnya

World Cup 2014 Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir

World Cup 2014 Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir

Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir. Perlawanan suku akhir di antara Jerman menentang Perancis berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Jerman. Pasukan Perancis akhirnya tunduk dengan jaringan tipis 1-0. Kemenangan ini membolehkan Jerman menempah slot pertama untuk beraksi dalam saingan separuh akhir Piala Dunia 2014 Brazil.

Pertemuan Perancis dan Jerman ini sememangnya sangat dinantikan oleh semua peminat sukan bola sepak. Kedua-dua pasukan ini adalah diantara pasukan hebat dalam kancah sukan bola sepak dunia sejak dari dahulu lagi. Tahniah kepada pemain pasukan Jerman dan tidak lupa juga kepada pengurusnya Joachim Low. Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir.

Permulaan perlawanan Jerman vs Perancis ternyata begitu perlahan dengan kedua-dua pasukan nampak begitu berhati-hati dengan sesekali menguji kekebalan kubu lawan masing-masing. Namun gol pasukan Jerman telah diperolehi menerusi tandukan Mats Hummels pada minit ke-13 membuatkan pemain Perancis tersentak. Itulah satu-satunya gol yang terhasil dalam perlawanan ini yang menyebabkan Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir.

Ketinggalan 1-0 menyebabkan pemain Perancis mula menggandakan asakan ke kubu pasukan Jerman. Beberapa percubaan pemain mereka ternyata begitu mencemaskan. Kelibat Karim Benzema sentiasa mengkucar kacirkan pertahanan pasukan Jerman. Namun segala serangan pemain Perancis ternyata buntu unutk menghasilkan sebarang gol. Akhirnya Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir.

Pasukan Perancis terpaksa menerima hakikat bahawa perjuangan mereka di Piala Dunia 2014 Brazil telah berakhir. Riak kekecewaan jelas kelihatan pada wajah setiap pemainnya. Pengurus pasukan Perancis iaitu Didier Deschamps juga nampak begitu kecewa dengan keputusan ini. Beberapa pemain Perancis juga kelihatan menitiskan air mata kesedihan.

Segalanya telah tersurat Perancis tewas di tangan Jerman di saingan suku akhir Piala Dunia 2014 Brazil. Biarpun tewas mereka telah bermain dengan penuh semangat kesukanan yang tinggi. Ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemain Jerman terutamanya wira mereka pada pagi ini iaitu Mats Hummels. Jaringan Mats Hummels membolehkan Jerman Tewaskan Perancis 1-0 Di Suku Akhir Piala Dunia 2014.
Baca selengkapnya

4 Jul 2014

Suarez Semakin Laris, Buka peluang Bisnes

BEIJING: Pembuka botol memaparkan imej bintang Uruguay, Luiz Suarez yang menggigit bahu pemain pertahanan Itali tersebar luas di laman web di China untuk tempahan.

Ternyata insiden membabitkan Giorgio Chiellini itu kini bertukar menjadi peluang bisnes untuk golongan peniaga di negara ini.

Setakat ini, lebih 200 penjual di laman web Taobao menjual pembuka botol itu pada harga serendah 15 yuan.

Bagaimanapun, pembuka botol itu masih belum dihasilkan dan pengeluar berusaha menyiapkan tempahan sebelum ia mula dipasarkan minggu depan.

Penjual, yang dikenali sebagai Lin Mumu0393 memaklumkan dia menerima  108 tempahan dan masih berurusan dengan pengeluar untuk menghasilkan produk itu.

Dia mendakwa akan mempunyai bekalan yang terhad dalam tempoh dua minggu.

Sementara itu, pemilik kilang yang menghasilkan produk itu berkata, syarikatnya sudah menerima banyak tempahan daripada peniaga.
-djkupang.com
Baca selengkapnya

1 Jul 2014

Piala Dunia 2014 : Jerman dipaksa berhempas pulas tundukkan Algeria

Jerman dipaksa berhempas pulas tundukkan Algeria

PORTO ALEGRE, Brazil 1 Julai - Juara tiga kali, Jerman diheret dalam permainan masa tambahan dan dipaksa berhempas pulas sebelum melangkah ke suku akhir Piala Dunia dengan menyingkirkan Algeria 2-1, sebentar tadi.

Pemain gantian, Andre Schuerrle menjadi inspirasi Jerman apabila membuka jaringan pasukannya pada minit ke-92, sebelum Mezut Ozil menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-120.

Walaupun ketinggalan dua gol ketika wisel penamat hampir ditiupkan, Algeria tetap menunjukkan semangat juang tinggi dengan merapatkan kedudukan 2-1 menerusi Abdelmoumene Djabou, seminit memasuki waktu kecederaan masa tambahan.

Namun begitu, kebangkitan yang cuba dilakukan oleh wakil Afrika itu sudah terlalu lewat dan mereka akhirnya tersingkir dengan penuh bermaruah.

Jerman kini bakal berdepan satu lagi gergasi Eropah, Perancis pada suku akhir di Rio de Janeiro, Sabtu ini. 
AGENSI -djkupang.com
Baca selengkapnya