13 Oct 2010

Mayat ditemui dikenal pasti sebagai Annie John


KOTA KINABALU: Kehilangan seorang jururawat selepas keluar dari rumah abangnya di Penampang untuk menghadiri kursus amali di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini, Sabtu lalu, terjawab apabila mayatnya ditemui dalam parit di Taman Kingfisher, Jalan Sulaman dekat sini, pagi semalam.
Mayat Annie John, 39, ditemui beberapa kanak-kanak yang mencari sayur di sekitar kawasan itu pada jam 11 pagi sebelum menghubungi polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Rowell Marong, berkata mayat mangsa ditemui dalam keadaan telentang tanpa kain atau seluar, manakala bahagian atas tubuhnya lengkap berpakaian.
“Wajah mangsa dalam keadaan tidak sempurna. Bagaimanapun, mangsa dicam oleh ahli keluarganya berdasarkan gelang, rantai dan cincin dipakainya,” katanya di sini, semalam.
Mangsa yang bertugas di Hospital Kudat dikatakan ke rumah abangnya di Kampung Mahandoi, Penampang untuk mengikuti kursus berkenaan selama dua minggu.
Annie yang belum berumah tangga, dikatakan keluar dari rumah abangnya kira-kira jam 3 petang, tetapi tidak pulang ke rumah, menyebabkan anggota keluarga keluar mencarinya.
Sumber : Klik sini
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Harap Pihak berkuasa dapat menyiasat kes ini dengan teliti dan dapat menangkap orang yang bersalah. Mau tingu pembunuh tu.

Gambar ahli keluarga mangsa

Bagikan

Jangan lewatkan

Mayat ditemui dikenal pasti sebagai Annie John
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"