Kumpulan yang terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu
Polis Kota Kinabalu berjaya menumpaskan 'Geng Menggatal' yang terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu dengan penahanan 4-lelaki tempatan baru-baru ini.
Modus operandi geng berkenaan bermula pada 4 Jun hingga awal Julai ini. Keempat-empat penjenayah lelaki berusia 23 hingga 30-tahun itu berjaya ditangkap pada 8 dan 9 Julai di Hotel Tang Dynasty, Sepanggar dan Inanam.
Kumpulan itu berpangkalan di Menggatal terlibat dalam 6-kes pecah rumah dan curu kereta yang melibatkan kerugian sebanyak 730-ribu ringgit.
Kejayaan merampas kembali barang-barang yang dicuri itu dianggarkan bernilai 670-ribu ringgit termasuk 5-buah kenderaan jenis Landcruiser, Honda CRV, Vios, Hilux dan Isuzu Pick-up.
Kereta-kereta itu dipercayai untuk dijual dan digunakan untuk melarikan diri dengan menukar nombor plat! sebelum mencuri semula. Turut ditemui ialah cukai jalan, matawang asing, komputer riba, dompet, telefon bimbit dan senjata tajam.
KREDIT : RTM SABAH
Bagikan
Polis Kota Kinabalu Tumpaskan "GENG MENGGATAL"
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"