8 May 2014

Pengalaman | Reka Bentuk Grafik yang Pertama

Assalammualaikum dan Salam Perpaduan kepada anda yang melewati blog saya. Apa yang saya ingin kongsikan kepada anda adalah rekabentuk grafik pertama daripada saya iaitu pada sekitar tahun 2010. Pada ketika itu saya menjadi Setiausaha untuk Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Pitas. 

Berdasarkan pengalaman bukan mudah apabila memikul tanggungjawab tersebut. Banyak perkara yang perlu disediakan dan disiapkan mengikut tempoh yang sudah ditetapkan. Pengerusi Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Pitas pada ketika itu adalah En. Ruddy Awah. Bagi saya beliau adalah seorang ketua yang mudah didekati dan dibawa berbincang dalam apa perkara sekalipun. 

Alhamdulillah saya dapat menjalankan tugas tanpa sebarang tekanan walaupun saat-saat terakhir terdapat beberapa perubahan tetapi tidak menjejaskan kerana saya sudah bersedia untuk itu (bagi yang biasa jadi S/U mungkin lebih faham kan..)

Lebih kurang beginilah termasuk backdrop dan sijil peserta.

Bagikan

Jangan lewatkan

Pengalaman | Reka Bentuk Grafik yang Pertama
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.