Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

31 Oct 2014

KONGSI GAMBAR : Kemalangan Maut di Jalan Lokawi - Papar 30/10/2014

KONGSI GAMBAR : Kemalangan Maut di Jalan Lokawi - Papar 30/10/2014

KEMALANGAN LORI DAN KERETA di Jalan lama Lokawi Papar, Kg Lokawi Baru pada pukul 2.02 petang kemarin. Mangsa 2 orang lelaki maut ditempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan bertugas . Mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut. Operasi berkenaan dilakukan oleh BBP Penampang dan Kota Kinabalu.

Takziah kepada ahli keluarga terlibat.







Baca selengkapnya

16 Oct 2014

Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah djkupang & Friends

6 GAMBAR ROMPAKAN BERSENJATA DI KEDAI EMAS MAN MAN TUARAN

Maklumat awal yang diperolehi melalui sumber BERITA RTM SABAHPerompak menggunakan sebuah kereta Viva berwarna putih dengan flat pendaftaran palsu, ST 3893 R yang dipercayai nombor motorsikal milik seorang wanita yang berada di Tawau.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja kedai itu cedera di kepala apabila dihentak dengan senjata M16 dan kini berada di wad kecemasan Tuaran.

Polis kini sedang mengadakan sekatan jalan raya di kawasan-kawasan tertentu bagi menyekat perompak tersebut.

Anggaran kerugian dan sisasatan masih dijalankan.

djkupang & Friends
Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata di  Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah

 djkupang & Friends
Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah

 djkupang & Friends
Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah 
 djkupang & Friends
Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah

 djkupang & Friends
Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah

 djkupang & Friends
Gambar di Sekitar Lokasi Rompakan Bersenjata Kedai Emas Wan Wan Di Tuaran Sabah
SUMBER : BERITA RTM SABAH

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

6 Sept 2014

GAMBAR DAN VIDEO | BUMI MERETAK SEDALAM 8 METER PADA JARAK 1 KILOMETER

Keretakan bumi yang mengejutkan dilaporkan dari Hermosillo, Mexico pada 15 Ogos 2014. Tanpa hujan, angin, maupun gempa, tanah di sepanjang lahan pertanian wilayah terpencil di Mexico merekah dengan ukuran raksasa. Tanah merekah ibarat jurang, sedalam 8 meter, dengan lebar antara 2-5 meter, di sepanjang lebih 1 kilometer.
blog djkupang

Fenomena keretakan bumi yang mengejutkan dilaporkan dari Hermosillo, Mexico pada 15 Ogos 2014. Tanpa hujan, angin, maupun gempa, tanah di sepanjang lahan pertanian wilayah terpencil di Mexico merekah dengan ukuran raksasa. Tanah merekah ibarat jurang, sedalam 8 meter, dengan lebar antara 2-5 meter, di sepanjang lebih 1 kilometer.

Sebuah video yang difilemkan oleh pesawat kawal jauh yang dikendalikan oleh Hermosillo Desde El Cielo membuat penduduk tempatan hingga para saintis terpegun. Parit raksasa yang terbentuk dengan tiba-tiba itu telah memutuskan Highway 26, jalan antara Hermosillo dan pantai di bahagian utara Mexico.

Unit Keselamatan Sivil menduga gempa di lokasi berdekatan menjadi penyebabnya, namun dibantah oleh para ahli geologi lain. Mereka lebih yakin longsor bumi terjadi akibat fenomena pembentukan sungai bawah tanah, kata ahli dari UniversitI Sonora, Mexico.

Retakan baru dilaporkan terus terjadi di wilayah itu. Para ahli geologi akan melakukan penelitian lebih terperinci di wilayah itu bagi mengenalpasti punca kejadian sementara evakuasi para petani dan penduduk dijalankan.







Ini Pula Video untuk Tontonan Anda


Sumber Berita/Info ini adalah hasil pencarian penulis di Internet.
Anda juga boleh rujuk di sini : http://www.dailymail.co.uk/news/article-2732117/Giant-fissure-splits-earth-open-rural-northwest-Mexico.html

KONGSIKANNYA 
djkupang.com
Baca selengkapnya

3 Sept 2014

5 GAMBAR CAHAYA MERAH DI NEGERI SABAH

GEMPAR 5 GAMBAR TENTANG CAHAYA MERAH YANG BERLAKU DI NEGERI SABAH

Laporan Berita Harian pada hari ini yang bertajuk Cahaya merah terangi langit di pantai Sabah cetus misteri. 





Kejadian cahaya merah ini bukanlah satu peristiwa baru yang berlaku di negara ini. Sebelum ini ia pernah berlaku di Negeri Sarawak [KLIK SINI].

Cahaya Merah yang terhasil ini dikenali juga sebagai Fenomena Tiang Cahaya (Light Pillar) [KLIK SINI].

Baca selengkapnya

31 Aug 2014

10 GAMBAR RUSUHAN PENYOKONG SARAWAK DI STADIUM KUCHING 30 OGOS 2014

Piala Malaysia 2014 | Sarawak VS Perak, Stadium Negeri Kuching Sarawak, 30 OGOS 2014

Berikut dikongsikan kepada umum 10 Gambar yang diperolehi daripada pelbagai sumber carian di Media Sosial dan laman Blog di Malaysia.


djkupang












Menurut Laporan akhbar tempatan Punca Penyokong Sarawak atau dikenali sebagai pasukan Bujang Senang adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Penolong Pengadil Perlawanan.

Namun begitu, saya ada terbaca tentang penyokong pasukan Sarawak yang dihina dan dipukul oleh penyokong Perak ketika perlawanan di Ipoh. Lima penyokong Sarawak dari kelab penyokong ‘GB13’ dipercayai dibelasah oleh penyokong Perak di Ipoh pada perlawanan lalu.


Info dan Berita serta Gambar & Video akan dikemaskini kemudian.

Semua info di atas adalah melalui carian sendiri oleh penulis. 

KEMASKINI RUSUHAN PENYOKONG SARAWAK DI STADIUM KUCHING 30 OGOS 2014

Baca selengkapnya

20 Aug 2014

PELIK | Tujuh Gambar Budak Lelaki memiliki Tangan Gergasi

Bila melihat gambar budak lelaki ini yang memiliki tangan besar ini saya rasa sangat unik. Namun begitu memiliki "Tangan Ajaib" ini bukanlah sesuatu yang NORMAL bagi kebiasaan seorang kanak-kanak seperti Kaleem.

Bayangkan dengan tangan seberat lapan kilogram setiap sebelah dan sebesar 33 sentimeter sudah pasti membuatkan anak ini merasa kurang selesa atau lebih tepat lagi susah untuk membuat apa-apa pekerjaan.

Bukan itu sahaja ketika ke sekolah dia sering menjadi mangsa buli oleh rakan-rakan yang lain dipukul beramai-ramai. Dalam masa yang sama tidak kurang juga pelajar yang takut melihat tangan ajaib gergasi ciptaan Tuhan. Akhirnya dia tidak ke sekolah


Antara masalah yang dihadapi memiliki tangan ajaib gergasi ini adalah  masalah ketika ingin memakai baju, menarik dan menolak seluar, selain membutangkan pakaian dan makan.


GAMBAR BUDAK LELAKI INDIA MILIKI  TANGAN GERGASI AJAIB KALEEM 










Buat adik Kaleem harap-harap doktor akan segera menemukan cara untuk menangani atau mengubat agar tangan tidak menjadi lebih besar. djkupang.com
Baca selengkapnya

8 Aug 2014

BENDERA SABAH | PEMILIK KERETA BERJIWA PATRIOTIK

NEGERI SABAH BAWAH BAYU

Gambar ini saya ambil ketika jalan di sekitar Kota Kinabalu sekitar 3 minggu lepas. Saya tertarik dengan kereta yang mempunyai banyak bendera negeri Sabah walaupun bukan pada bulan kemerdekaan. Saya kongsikan kepada semua sebab ini adalah satu-satunya Kereta Patriotik yang paling manang di Sabah.
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

SEMASA SABAH : KEBOCORAN MAKLUMAT GANGGU TUGAS KAWAL SEMPADAN NEGARA

KPN : KEBOCORAN MAKLUMAT GANGGU TUGAS KAWAL SEMPADAN NEGARA

PDRM, Bocor Maklumat Negara
Kuala Lumpur, 17 Julai – “Kepesatan aplikasi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan ‘Whatsapp’ ialah punca kebocoran maklumat operasi yang dilakukan pasukan keselamatan ketika bertugas di Sabah,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dalam ucapan sempena majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Maktab PDRM Cheras, pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Negara, kebocoran maklumat ke tangan pihak luar dan media merumitkan penugasan para petugas yang mengawal keselamatan sempadan negara.

Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua warga dan kakitangan PDRM umumnya, supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang melibatkan keselamatan negara.

Dalam perkembangan lain, turut disentuh isu jenayah siber yang tidak akan dapat dibendung sepenuhnya dalam arus perubahan ICT yang rancak berkembang namun masyarakat harus sentiasa relevan dan responsif terhadap kehendak semasa.

Menurut beliau lagi, ancaman jenayah siber kini datang dalam pelbagai bentuk dan saluran di mana ia tidak hanya wujud dalam kes-kes komersil, tetapi juga wujud di dalam siasatan beberapa kes konvensional seperti fitnah, hasutan, culik, rogol dan bunuh.

‘Oleh yang demikian ‘Police Cyber Investigation Response Centre’ (PCIRC) yang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 akan terus diperkasa melalui penambahan kelengkapan terkini serta peningkatan kemahiran pegawai dan anggota selaras dengan penugasan yang dijalankan’, tambah Ketua Polis Negara.

Majlis turut menyaksikan penyampaian surat penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam PDRM dan sumbangan kepada beberapa balu dan anak-anak yatim warga PDRM serta kepada lapan buah masjid di bawah kelolaan PDRM.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah dan warga kerja PDRM
Baca selengkapnya