Showing posts with label Pencerobohan Sabah. Show all posts
Showing posts with label Pencerobohan Sabah. Show all posts

27 Oct 2014

BERITA SABAH : LELAKI DICARI ESSCOM SERAH DIRI

BERITA SABAH : LELAKI DICARI ESSCOM SERAH DIRI

KEMASKINI BERITA SABAH

LAHAD DATU 27 Okt. - Seorang daripada enam lelaki yang dicari pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), tampil di balai polis Semporna hari ini.

Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata lelaki berkenaan Wahab Atab, 34, berasal dari Kampung Balimbang, Semporna, hadir di balai polis itu kira-kira pukul 11.50 pagi untuk siasatan lanjut.

“Lelaki itu datang disebabkan melihat gambarnya dipaparkan sebagai orang dikehendaki Esscom semasa Buletin Utama (TV3) semalam,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Selain Wahab, polis turut mengesan lima lagi lelaki dikenali sebagai Badong, Bocai,Ali, Nikson dan Alex, yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan. - BERNAMA

Baca selengkapnya

ESSCOM : MUKTADIR BERSAUDARA ANTARA ENAM DIBURU DI SABAH

ESSCOM : MUKTADIR BERSAUDARA ANTARA ENAM DIBURU DI SABAH

Polis memperhebatkan gerakan memburu enam lelaki termasuk Muktadir bersaudara yang dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kegiatan jenayah antara sempada di Sabah.

djkupang & Friends
MUKTADIR BERSAUDARA DIBURU

KEMASKINI BERITA SABAH

Kumpulan itu dipercayai kerap masuk dan keluar dari Sabah ke Filipina untuk kegiatan menculik dan jenyah lain sejak beberapa tahun lalu.

Mereka yang dikenal pasti itu adalah Badong, Ali@Brown, Nikson yang juga Muktadir bersaudara; Bocai@Komandar Black, Wahab dan Alex.

Tiga daripada enam lelaki yang diburu pasukan keselamatan di Sabah.

Komandar  Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata, kesemua mereka dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan komuniti di perairan timur Sabah.

"Mereka adalah rakyat tempatan dan sebab itu kita perlukan bantuan orang ramai di pantai timur Sabah untuk bekerjasama dengan polis bagi menyalurkan maklumat mengenai pergerakan kumpulan ini.

"Kami perlukan mereka untuk membantu sisatan polis berhubung kegiatan jenayah antara sempadan di sini," katanya pada Isnin.

Rashid berkata, pihaknya juga mendapatkan bantuan sumber risikan untuk mengesan keenam-enam lelaki berkenaan.

"Kami tidak pasti di mana mereka berada ketika ini, tetapi percaya mereka keluar dan masuk Sabah sepanjang masa," katanya.

Menurut sumber, Muktadir bersaudara dipercayai berpangkalan di kawasan perkampungan air di Pulau Sitangkai iaitu pulau berhampiran Tawi Tawi di perairan pantai timur Sabah.

Difahamkan, mereka pernah menetap di Semporna ketika bapa mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum menjadi lanun dan beroperasi di sekitara daerah itu dan juga selatan Filipina. -mstar Online

Baca selengkapnya

26 Oct 2014

BERITA SABAH : Terkini ESSCOM Tembak Mati Penjenayah di Perairan Bangau Bangau

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

djkupang & Friends

KEMASKINI BERITA SABAH 26/10/2014

SEMPORNA: Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di sini awal pagi Ahad.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.

Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki.

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia.

Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya.

Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.

"Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.

"Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya.

SUMBER : mstar online

SUDAHKAH ANDA MENONTON MODEL TOYOTA PALING DIMINATI ?
Baca selengkapnya

BERITA SABAH : Polis Tembak Mati Lelaki Dikehendaki di Semporna

BERITA SABAH : Polis Tembak Mati Lelaki Dikehendaki di Semporna

djkupang & Friends
Berita sabah lelaki ditembak di semporna [Sekadar Gambar Hiasan]
KOTA KINABALU : Pasukan keselamatan menembak mati seorang suspek lelaki yang dikehendaki polis dalam satu kejadian tembak-menembak di Semporna pada awal pagi Ahad.
Difahamkan pasukan keselamatan sedang mengenal pasti lelaki berkenaan yang ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri selepas insiden itu.
Keterangan dari polis marin yang bertugas turut dirakamkan.
Komander Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Abdul Rashid dijangka akan mengeluarkan butiran mengenai kejadian itu dalam satu sidang media yang akan diadakan pada Ahad. 
SUMBER : MSTAR ONLINE

TIP TOP MODEL TOYOTA PALING HANGAT
Baca selengkapnya

16 Oct 2014

Berita Sabah : Nelayan Vietnam Parah Terkena Tembakan Di Perairan Pulau Banggi, Kudat

djkupang & Friends
Seorang anggota forensik menjalankan kerja-kerja pemeriksaan di bahagian belakang bot dinaiki mangsa
KOTA KINABALU: Dua nelayan warga Vietnam parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di perairan Pulau Banggi, Kudat pagi Selasa lalu.

Insiden berlaku jam 9 pagi itu mengakibatkan juragan, Nguyen Nain Len, 47, mengalami kecederaan di bahagian bawah ketiak kirinya manakala awak-awak bot, Huynh Thank Tuan, 33, cedera di lutut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Terdahulu dalam kejadian berkenaan, dua mangsa bersama lapan lagi rakannya sedang memukat ikan di perairan berhampiran antara Kagayan, Filipina dan Pulau Bangi, Kudat.

Bagaimanapun tidak semena-mena, salah seorang daripada mangsa terlihat sebuah bot pancing dinaiki kira-kira empat individu yang lengkap bersenjata cuba menaiki bot dinaiki mereka.

Tanpa berlengah, tekong bot itu kemudiannya bergegas ke bahagian kemudi bot itu lalu bertindak menghidupkan enjin untuk melarikan diri.

Berang dengan kejadian itu, salah seorang suspek kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot terbabit sebelum terkena dua mangsa berkenaan.

Kumpulan nelayan itu kemudiannya berjaya menyelamatkan diri sebelum ditemui di Pulau Sepanggar, dekat sini kira-kira jam 9 pagi kelmarin oleh sepasukan anggota keselamatan lalu dibawa ke Pangkalan Polis Marin Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Salah seorang awak-awak bot yang terselamat dan dikenali sebagai Leong, 47, ketika menceritakan detik cemas itu berkata, mereka hanya mendengari bunyi tembakan bertalu-talu ke arah bot sebelum menyedari dua rakan mereka dalam keadaan berlumuran darah.

“Pada mulanya saya tidak tahu rakan kami terkena tembakan dan hanya mengetahui sebaik terdengar mereka menjerit mengerang kesakitan.

“Tanpa berfikir panjang kami terus menyelamatkan diri sehinggalah berjaya berlabuh di belakang Pulau Sepanggar dan meminta pertolongan sebaik ketibaan polis,” katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam kenyataannya di sini kelmarin mengesahkan insiden itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kumpulan nelayan itu telah memasuki di kawasan perairan Filipina bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan.

“Suspek dipercayai berasal dari negara jiran dan motif awal kejadian ini adalah rompakan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh,” katanya.

UTUSAN BORNEO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

4 Aug 2014

ISU KESELAMATAN SABAH | PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN

04 ogos 2014 : Buat masa ini Ia adalah langkah terbaik bagi menyekat anasir luar menceroboh negeri Sabah 

Lanjutan perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) merupakan langkah terbaik bagi menyekat anasir-anasir yang tidak diingini termasuk mengekang jenayah rentas sempadan dan pencerobohan di kawasan terbabit.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, buat masa ini, perintah berkurung perlu dilanjutkan sehingga pihak berkuasa serta kerajaan berpuas hati dan bersedia untuk menamatkan arahan itu.

"Kita belum berpuas hati (perintah berkurung), tetapi kita sentiasa berwaspada dengan apa perkara yang dilakukan kerana ada kesan dan pihak tertentu sedar kita serius menangani masalah ini dengan adanya perintah berkurung.

"Pihak keselamatan akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya apabila mereka yang menceroboh dan memasuki perairan kita mengikut keadaan semasa.


"Apabila keadaan tenteram, aman dan tiada masalah...kita akan longgarkan sedikit. Setakat ini kita rasakan masih perlu untuk keselamatan rakyat dan Sabah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini, hari ini.
BERNAMA
Baca selengkapnya

PERINTAH BERKURUNG SABAH DILANJUTKAN SELEPAS TEMPOH AWAL BERAKHIR 02 OGOS 2014

Enam Daerah : Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau Masih dalam Perintah Berkurung

Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ESSCOM, Datuk Abdul Rashid Harun mengumumkan lanjutan tempoh perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang dikenakan sebelum ini walau sepatutnya berakhir semalam.

Beliau berkata, ia bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi berkuat kuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Ia merangkumi daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Sehubungan itu beliau menyeru agar semua pihak dapat memberi kerjasama sepanjang perintah berkurung itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

“Saya telah berbincang dengan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengenai keselamatan di ESSZone dan sehubungan itu di bawah kuasa-kuasa yang diberi kepada beliau (Jalaluddin) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Akta Polis 1967, perintah berkurung akan disambung dengan mengambil kira perkembangan terkini situasi keselamatan di Esszone,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Esscom di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Komander Esscom, Brig Jen Subari Tomo dan Pengarah Maritim Esscom, Laksamana Pertama Maritim, M. Karunanithi.

Mengenai pematuhan perintah berkurung terdahulu, Abdul Rashid berkata secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan anggota masyarakat terutama golongan nelayan.

Namun beliau berkata sepanjang tempoh 14 hari perintah berkurung itu, Esscom menahan 46 nelayan berusia antara 19 dan 50 tahun serta 11 buah bot dalam lapan kes berasingan kerana didapati melanggar arahan.

Katanya, tiga daripada kes tersebut akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967 yang suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, 37 permit dikeluarkan kepada nelayan di Sandakan dan tiga di Tawau untuk membenarkan mereka keluar menangkap ikan dalam tempoh perintah berkurung sebelum ini. Sumber
Baca selengkapnya

25 Jul 2014

Perintah Berkurung Sabah : Tempoh Penguatkuasaan Bergantung Situasi di Selatan Filipina

Perkembangan Perintah Berkurung : Tempoh Bergantung Kepada Situasi di Selatan Filipina

SEMPORNA: Tempoh penguatkuasaan perintah berkurung di Tawau, Kunak, Semporna, Lahad Datu, Kinabatangan dan Sandakan bergantung kepada perkembangan situasi di Selatan Filipina.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perintah berkurung tidak akan diteruskan jika perkembangan baik di wilayah jiran itu dapat diwujudkan.

“Kita akan melihat perkembangan semasa di ‘seberang’ kerana ancaman keselamatan akan berterusan datang dari Selatan Filipina jika wilayah itu tidak aman,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Wan Junaidi, pelaksanaan perintah itu dilihat tidak perlu dilaksanakan sekiranya ada perkembangan baik dari sudut ekonomi, sosial dan sudut lain di wilayah terbabit.

Bagaimanapun, perkara itu turut bergantung kepada tindakan pihak-pihak yang mengancam keselamatan negara melalui aktiviti pencerobohan, penculikan dan tebusan.

“Sekiranya pihak-pihak terbabit berhenti melakukan kegiatan mereka, kita tidak lagi melihat perlunya untuk melaksana atau melanjutkan arahan perintah berkurung,” katanya.

Selagi ancaman berterusan katanya, kerajaan dan pasukan keselamatan terpaksa bertindak untuk mempertahankan rakyat dan negara ini daripada diganggu-gugat.

Beliau berkata, pihaknya memahami jika ada rungutan masyarakat yang mempersoalkan keputusan kerajaan dan pasukan keselamatan mengambil pendekatan terbabit.

“Namun, kita kena ingat perkara ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi tugas kerajaan dan pasukan keselamatan untuk memastikan negara kita bebas dari ancaman.

“Keselamatan negara dan masyarakat jauh lebih penting berbanding sebarang perkara sekalipun termasuk jika dibandingkan dari sudut ekonomi atau perkara lain,” katanya.

Wan Junaidi percaya arahan perintah berkurung yang buat kali kedua diisytiharkan selepas era konfrontasi itu relevan dengan situasi semasa dan perlu diterima ramai.

“Kita sudah biasa dengan situasi sebegini dan demi keselamatan negara, kita perlu bersama-sama menerima hakikat betapa keselamatan negara harus diutamakan,” katanya.
Utusan Borneo
-djkupang.com
Baca selengkapnya