4 Aug 2014

ISU KESELAMATAN SABAH | PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN

04 ogos 2014 : Buat masa ini Ia adalah langkah terbaik bagi menyekat anasir luar menceroboh negeri Sabah 

Lanjutan perintah berkurung di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) merupakan langkah terbaik bagi menyekat anasir-anasir yang tidak diingini termasuk mengekang jenayah rentas sempadan dan pencerobohan di kawasan terbabit.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata, buat masa ini, perintah berkurung perlu dilanjutkan sehingga pihak berkuasa serta kerajaan berpuas hati dan bersedia untuk menamatkan arahan itu.

"Kita belum berpuas hati (perintah berkurung), tetapi kita sentiasa berwaspada dengan apa perkara yang dilakukan kerana ada kesan dan pihak tertentu sedar kita serius menangani masalah ini dengan adanya perintah berkurung.

"Pihak keselamatan akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya apabila mereka yang menceroboh dan memasuki perairan kita mengikut keadaan semasa.


"Apabila keadaan tenteram, aman dan tiada masalah...kita akan longgarkan sedikit. Setakat ini kita rasakan masih perlu untuk keselamatan rakyat dan Sabah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Mengibar Jalur Gemilang peringkat negeri di sini, hari ini.
BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

ISU KESELAMATAN SABAH | PERINTAH BERKURUNG DILANJUTKAN
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"