Showing posts with label Artis Sabah. Show all posts
Showing posts with label Artis Sabah. Show all posts

29 Oct 2014

#AF SERAP Siapa Pilihan Tenaga Pengajar ? #ADEL AF ?

#AFSERAP Siapa Pilihan Tenaga Pengajar ? Adakah #ADEL AF ?

djkupang & Friends
ADEL AF SERAP MASUK
AF SERAP pertama kali dengar dan ini jugalah pertama kalinya diperkenalkan oleh Rancangan Mencari Bintang Realiti TV Akademi Fantasia 2014. Untuk makluman yang tiada ASTRO (macam saya) AF SERAP tidak memerlukan undian peminat sebaliknya dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti

[kalau kena undi orang sudah tahu sangat untuk kasih masyukk sama astro]. Pun begitu endada masalah juga kerana mereka yang berminat dan ada duit lebih pasti akan mengundi. Kongsi Artikel di bawah dengan kamuurang.

Penyingkiran Muna pada konsert keempat Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Ini kerana pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan pada setiap minggu.

Selain Muna, Adel juga turut menerima nasib yang sama apabila dia menjadi mangsa penyingkiran di konsert ketujuh #AF2014 baru-baru ini.

Malah penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini juga telah mencetuskan fenomena apabila namanya menjadi trending di Malaysia dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel di Twitter sebaik sahaja penyingkiran dilakukan.

Empat pelajar lain yang tersingkir iaitu Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Dengan ini, atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir.

AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Berita mengenai AF masuk telah diumumkan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato Hattan menerusi program Meletop malam tadi.

Menurut Dato’ Hattan, pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.

“Kita tidak aka nada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka,” jelasnya.

Walaupun nda meningu AF tatap juga harap ADEL AF yang masuk balik..

Baca selengkapnya

17 Oct 2014

Pasangan Akademi Fantasia Dari Sabah Yazer AF3 dan Ekin AF3 Bakal Nikah

Putus Selama 5 Bulan Membuatkan Jiwa kami merasa KOSONG. Saya akhirnya memujuk Ekin dan Terus melamarnya -Yazer



Penyanyi Yazer AF3 mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin AF3 pada 26 Disember 2014 ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Yazer AF atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu.

"Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu.

"Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.

Yazer dan Ekin bakal berkahwin Disember ini.

Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak.

"Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya.

Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin AF atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama.

Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain.

"Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama.

"Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya.

Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

15 Sept 2014

Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014

EKSLUSIF Bersama Adel AF Konsert Kedua Akademi Fantasia

Blog djkupang saya anak sabah
Adeline Joyce Masidah @ Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014

Adel AF atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah adalah antara salah seorang calon pelajar untuk menjadi Juara Akedemi Fantasia 2014 mengikut jejak Stacy dan Faizul AF.

Berumur 21 tahun sememangnya Adel  sangat meminati bidang hiburan Adel AF adalah mantan Finalis Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah. Sememangnya Adel mempunyai kelebihan atau bakat semulajadi untuk menjadi seorang penghibur. 

Muzik kegemarannya adalah Slow Rock Pop, Jazz serta Balada. Minggu ini Adel diberikan tugas untuk menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain yang berjudul kalau mencari teman. Ramai juga yang memuji Adel selepas persembahannya pada malam tadi.


Baca selengkapnya

5 Sept 2014

ADIRA BAKAL MENDIRIKAN RUMAHTANGGA ? SIAPA JEJAKA PILIHANNYA? IKUTI KISAH SELANJUTNYA

Dalam diam-diam Ubi Berisi. Perubahan Imej terkini Adira adalah mesej jelas dia serius untuk untuk melangkah ke alam berumahtangga.

Adira dan Shahrul
HUBUNGAN antara penyanyi, Adira dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Datuk Kamaruddin bukan lagi rahsia.

Bahkan sejak mengakui mereka kini dalam proses mengenali hati budi, peminat bagaikan merestui dan tidak sabar melihat mereka mendirikan rumah tangga.

Dek kerana itu, kesempatan bertemu Shahrul pada Majlis Pelancaran Kempen Salute Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, Rabu, digunakan pihak media untuk bertanyakan dengan lebih lanjut perkembangan hubungan pasangan ini.

"Alhamdulillah, hubungan kami seperti biasa, dia sibuk dengan kerjaya dia, saya sibuk dengan kerja saya. Tapi kami selalu berkomunikasi menerusi telefon. Cuma ada kelapangan seminggu atau dua minggu sekali baru saya jumpa," ujarnya yang pada mula enggan berbicara lanjut mengenai Adira.

Namun Shahrul, 28, tidak berat mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk membawa hubungan mereka selangkah ke depan.

"Baik saya mahu pun dia sudah berjumpa keluarga masing-masing. Sikap Adira yang peramah, pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja dan pihak mengambil hati orang tua saya menyebabkan ibu saya cukup menyenanginya.

"Kalau bercakap soal perkahwinan, siapa yang tidak mahu hubungan yang dibina ini kekal hingga ke jinjang pelamin, tapi kerana kesibukan karier masing-masing, jadi saya tangguhkan hasrat itu terlebih dahulu.

"Saya mahu memberi fokus pada kerja terlebih dahulu dan saya bimbang kalau terlalu sibuk, saya akan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga pula selepas berkahwin nanti,” ujarnya yang merancang untuk berkahwin dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Syukur doa termakbul

Sementara itu, ditanya media mengenai imej Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 23, yang kini sudah bertudung, Shahrul berkata, dia bersyukur kerana doanya yang menginginkan kekasihnya itu berhijab akhirnya tertunai.

Bagaimanapun dia berharap agar masyarakat tidak memberi tanggapan negatif terhadap imej baharu Adira.

"Alhamdulillah saya pun senang melihat imej baharunya itu, tapi ingin saya tegaskan dia bertudung bukan kerana saya. Tapi saya akui ada mendoakan dan memberi 'hint' kepadanya, contohnya sebelum menjelang Aidilfitri lalu, saya ada belikan dia banyak tudung dan saya pujilah dia dengan mengatakan dia nampak lebih cantik bila bertudung.

"Alhamdulillah doa saya dimakbulkan," katanya yang turut gembira melihat Adira sudah menjual baju-baju lamanya dan mendermakan wang tersebut kepada anak yatim.
Baca selengkapnya

23 Jul 2014

Kereta Ebi AF dilanggar Ketika Hantar "Popiah Ibu"

Ebi AF respect orang yang melanggar mengaku salah walaupun bibirnya cedera akibat hentakan kuat

Keadaan Kereta Ebi AF Akibat mendapat hentakan kuat dari belakang
Kemarin masa Otw pigi hantar POPIAH IBU Sumanti Muklasin di Terminal bas Inanam.Kereta aku tiba2 kena langgar oleh Viva ni.Kuat juga hentakan dia.sampai tersurung kereta aku ke depan.Tapi aku respek orang yg langgar ni ayat pertama dia cakap "ok2 aku mengaku salah,ala bibir kau tu berdarah klinik lu kita"Aku redha jaklah aku anggap ini ujian di bulan suci ni lagipun dia bukan sengaja mau langgar aku.Kesian juga,dia langgarvkereta aku tapi kereta dia yang enda buli jalan.terpaksa kena tarik Tow-Truck bawa pi balai polis K.K.Alhamdulillah saja lah yang penting urusan POPIAH IBU selesai. -Ebi AF

Bagi Ebi AF apa yang penting adalah beliau menyempurnakan amanah orang tuanya untuk menghantar POPIAH IBU kepada pelanggan yang sudah menempah.


Gambar Admin dan rakan-rakan bersama Ebi Kornelis yang dirakam pada tahun 2011.

djkupang & Friends di Majlis Pelancaran Telemovir lakonan Ebi AF di Kota Kinabalu pada tahun 2011


SAMBIL2 tu Jom kita dengarkan juga lagu JOGET PAGI RAYA dari Ebi AF Feat Dayang Noraini & Noty Boy

Baca selengkapnya

19 Jul 2014

Artis Sabah : Ebi AF Guna Populariti Bantu Jual Popiah Ibu

Ebi AF Guna Populariti Bantu Jual Popiah Ibu

Ebi memberikan contoh terbaik kepada para artis yg mempergunakan populariti sendiri untuk membantu bisnis ibunya. 

Walaupun admin belum rasa Popiah Ibu yg dijual oleh Ebi ni tapi berdasarkan kepada testimoni pelanggan2 Popiah Ibu memang kuliti dan kompom sadapp 

Bagi admin, sedapnya produk itu adalah bonus kpd kerja mulia Ebi di bulan ramadan ini iaitu membantu bisnis ibunya..

Ebi AF Guna Pengalaman 'office Boy" untuk hantar Permintaan Popiah kepada Pelanggan
Macam biasa untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.Aku gunakan pengalaman pernah bekerja sebagai Office Boy untuk Deliver POPIAH IBU kepada pelanggan pelanggan mama saya.Alhamdulillah tempahan selepas raya sudah ada sebanyak 23 kilo dan untuk krismas 11 kilo.Untuk tempahan raya ni minta maaf enda dapat sudah di ambil..Tq selamat berpuasa.Mari sama2 kita ambil peluang mendapatkan Lailatul Qadar di malam sepuluh terakhir....Allahuma Amin....
 Terbaik bro! keep it up...
-djkupang.com
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

Artis Sabah - Berkenalan dengan Fifi Finolla

BIODATA FIFI FINOLLA  


NAMA SEBENAR                : FINOLLA LAUSOK  
NAMA KOMERSIAL          : FIFI FINOLLA  
TARIKH LAHIR                   : 24 SEPTEMBER 1992  
TEMPAT LAHIR                  : HOSPITAL KENINGAU,KENINGAU.  
TEMPAT DIBESARKAN  : KAMPUNG KENINGAU, SABAH.

PENDIDIKAN:     

  1. SEKOLAH RENDAH     : SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KENINGAU, SABAH (1999-2004) - UPSR.  
  2. SEKOLAH MENENGAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GUNSANAD KENINGAU, SABAH (2005-2009) – PMR &SPM     
PEKERJAAN SEKARANG: SINGER –SONG WRITER     

PEMBABITAN DALAM BIDANG SENI:     

MULA MEMBABITKAN DIRI SEJAK BERADA DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DALAM PERSEMBAHAN DAN PERTANDINGAN NYANYIAN,
PERTANDINGAN TEATER, PERSEMBAHAN TARIAN DAN TELAH MULA MENCIPTA LAGU PADA USIA 11TAHUN
.     

MENDAPAT TEMPAT SEBAGAI NAIB JUARA BINTANG REMAJA PESTA KAYU KONINGAU(2010)     
ARTIS KETIGA DIBAWAH NAUNGAN RUNGUS FM ( PURUVAN RECORD.SDN.BHD )  

ALBUM:  

TELAH MENGHASILKAN ALBUM BERSAMA ANDREW UYU 
(ANGGOTA KUMPULAN NOKURO29) 
‘RALAN KOPOSIZON’ (CD) PADA TAHUN 2012, 
ANTARA LAGU HITS DALAM ALBUM IALAH 
‘RALAN KOPOSIZON’, ‘IKAU NOH’ DAN ‘TEGARKAN JIWA’. 
Baca selengkapnya