Showing posts with label Anak Sabah. Show all posts
Showing posts with label Anak Sabah. Show all posts

17 Oct 2014

Pasangan Akademi Fantasia Dari Sabah Yazer AF3 dan Ekin AF3 Bakal Nikah

Putus Selama 5 Bulan Membuatkan Jiwa kami merasa KOSONG. Saya akhirnya memujuk Ekin dan Terus melamarnya -Yazer



Penyanyi Yazer AF3 mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Ekin AF3 pada 26 Disember 2014 ini selepas sembilan tahun menjalinkan hubungan cinta.

Yazer AF atau nama sebenarnya Mohd Yazer Yusof, 32, juga tidak menyangka perhubungan yang lama itu akhirnya dapat disatukan meskipun cinta mereka pernah putus seketika pada hujung tahun lalu.

"Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi hubungan kami putus pada November tahun lalu.

"Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung di kediaman keluarga Ekin di kampung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah dan acara resepsi diadakan pada 28 Disember di lokasi sama.

Yazer dan Ekin bakal berkahwin Disember ini.

Bagaimanapun, Yazer belum merancang sama ada mahu mengadakan majlis di kampungnya, Tawau, Sabah atau tidak.

"Majlis kami sederhana sahaja. Tengoklah macam mana, jika ada rezeki lebih makan kami turut akan mengadakan majlis di kampung saya juga," tuturnya.

Dalam pada itu, tambah Yazer, dia juga bersyukur apabila Ekin AF atau nama sebenarnya Norashikin Abdul Rahman, 30, menerima lamaran itu tanpa berfikir terlalu lama.

Katanya, selepas putus cinta selama lima bulan, jiwa mereka berasa kosong dan saling memerlukan antara satu sama lain.

"Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama.

"Dan saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama. Doakan jodoh kami kuat hingga akhir hayat," ujarnya.

Yazer dan Ekin mula menjalinkan hubungan cinta ketika mereka menyertai program realiti siaran Astro, Akademi Fantasia musim ke-3 (AF3) pada tahun 2005.

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

22 Jul 2014

Berita Sabah : DBKK Edar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2014
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengedarkan kira-kira 1,200 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah secara percuma kepada pemilik premis perniagaan di sekitar bandar raya ini.
Datuk Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata acara tahunan itu diadakan menjelangnya Hari Kemerdekaan bagi mendorong masyarakat mempamerkan semangat patriotisme kepada negara.
“Premis perniagaan diminta mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan masing-masing,” katanya kepada pemberita sebelum majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di sini, Selasa.
Abidin juga mengingatkan pemilik premis agar tidak mengibarkan Jalur Gemilang yang lusuh sebaliknya menggantikannya dengan yang baharu sempena pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri, pada 4 Ogos ini.
Pengagihan Jalur Gemilang dan bendera Sabah itu turut disertai oleh Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Polis Kontinjen Sabah.
Tema Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini ialah “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
BERNAMA -djkupang.com
Baca selengkapnya

19 Jul 2014

Artis Sabah : Ebi AF Guna Populariti Bantu Jual Popiah Ibu

Ebi AF Guna Populariti Bantu Jual Popiah Ibu

Ebi memberikan contoh terbaik kepada para artis yg mempergunakan populariti sendiri untuk membantu bisnis ibunya. 

Walaupun admin belum rasa Popiah Ibu yg dijual oleh Ebi ni tapi berdasarkan kepada testimoni pelanggan2 Popiah Ibu memang kuliti dan kompom sadapp 

Bagi admin, sedapnya produk itu adalah bonus kpd kerja mulia Ebi di bulan ramadan ini iaitu membantu bisnis ibunya..

Ebi AF Guna Pengalaman 'office Boy" untuk hantar Permintaan Popiah kepada Pelanggan
Macam biasa untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.Aku gunakan pengalaman pernah bekerja sebagai Office Boy untuk Deliver POPIAH IBU kepada pelanggan pelanggan mama saya.Alhamdulillah tempahan selepas raya sudah ada sebanyak 23 kilo dan untuk krismas 11 kilo.Untuk tempahan raya ni minta maaf enda dapat sudah di ambil..Tq selamat berpuasa.Mari sama2 kita ambil peluang mendapatkan Lailatul Qadar di malam sepuluh terakhir....Allahuma Amin....
 Terbaik bro! keep it up...
-djkupang.com
Baca selengkapnya