29 Oct 2014

#AF SERAP Siapa Pilihan Tenaga Pengajar ? #ADEL AF ?

#AFSERAP Siapa Pilihan Tenaga Pengajar ? Adakah #ADEL AF ?

djkupang & Friends
ADEL AF SERAP MASUK
AF SERAP pertama kali dengar dan ini jugalah pertama kalinya diperkenalkan oleh Rancangan Mencari Bintang Realiti TV Akademi Fantasia 2014. Untuk makluman yang tiada ASTRO (macam saya) AF SERAP tidak memerlukan undian peminat sebaliknya dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti

[kalau kena undi orang sudah tahu sangat untuk kasih masyukk sama astro]. Pun begitu endada masalah juga kerana mereka yang berminat dan ada duit lebih pasti akan mengundi. Kongsi Artikel di bawah dengan kamuurang.

Penyingkiran Muna pada konsert keempat Akademi Fantasia 2014 sebelum ini telah menjadi bualan ramai sehingga ada yang meluahkan perasaan tidak puas hati melalui laman sosial.

Ini kerana pelajar berusia 20 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan pada setiap minggu.

Selain Muna, Adel juga turut menerima nasib yang sama apabila dia menjadi mangsa penyingkiran di konsert ketujuh #AF2014 baru-baru ini.

Malah penyingkiran pelajar yang berasal dari Sabah ini juga telah mencetuskan fenomena apabila namanya menjadi trending di Malaysia dengan hashtag #AdelAF2014 dan #whyAdel di Twitter sebaik sahaja penyingkiran dilakukan.

Empat pelajar lain yang tersingkir iaitu Zarif, Nina, Ziha, Farez dan Wawa juga tidak kurang hebatnya kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan yang tersendiri.

Dengan ini, atas permintaan ramai, pihak #AF2014 telah bersetuju untuk menyerap kembali salah seorang bekas pelajar #AF2014 yang tersingkir.

AF serap ini tidak memerlukan undian penonton sebaliknya atas pemilihan tenaga pengajar dan pihak fakulti.

Berita mengenai AF masuk telah diumumkan sendiri oleh pengetua #AF2014 Dato Hattan menerusi program Meletop malam tadi.

Menurut Dato’ Hattan, pemilihan pelajar dibuat dengan begitu teliti bersama semua tenaga pengajar.

“Kita tidak aka nada AF masuk tetapi sebaliknya AF serap… AF serap ini dibuat atas permintaan ramai dan akan dipilih sendiri oleh tenaga pengajar dan pihak fakulti.

“Dari segi pemilihan, kami harus harus bersikap seadil-adilnya dan ini bukanlah mudah bagi kami kerna kesemua pelajar adalah hebat-hebat belaka,” jelasnya.

Walaupun nda meningu AF tatap juga harap ADEL AF yang masuk balik..



Bagikan

Jangan lewatkan

#AF SERAP Siapa Pilihan Tenaga Pengajar ? #ADEL AF ?
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"