15 Sept 2014

Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014

EKSLUSIF Bersama Adel AF Konsert Kedua Akademi Fantasia

Blog djkupang saya anak sabah
Adeline Joyce Masidah @ Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014

Adel AF atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah adalah antara salah seorang calon pelajar untuk menjadi Juara Akedemi Fantasia 2014 mengikut jejak Stacy dan Faizul AF.

Berumur 21 tahun sememangnya Adel  sangat meminati bidang hiburan Adel AF adalah mantan Finalis Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah. Sememangnya Adel mempunyai kelebihan atau bakat semulajadi untuk menjadi seorang penghibur. 

Muzik kegemarannya adalah Slow Rock Pop, Jazz serta Balada. Minggu ini Adel diberikan tugas untuk menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Ziana Zain yang berjudul kalau mencari teman. Ramai juga yang memuji Adel selepas persembahannya pada malam tadi.



Penyanyi yang diminatinya ialah Diva Indonesia iaitu Kris Dayanti, Beyonce dan Siti Nurhaliza. Semoga bintang dari negeri Sabah ini akan dapat memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu bagi menarik penonton untuk mengundinya di Akademi Fantasia 2014.

Walapun saya tidaklah begitu menonton Akademi Fantasia tetapi saya tetap sokong Adel AF sebagai orang Sabah dengan menulis artikel ini. Jika berpeluang Firman juga peserta dari Sabah berasal dari Tawau.


Kalau menang nanti jangan lupa diri.. Jika tersingkir sekalipun jangan putus asa masih ada ruang lain untuk anda. Good Luck to #adel #AF 


Pic Kredit : msaudreyc WordPRESS
djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Adel AF di Konsert Kedua Akademi Fantasia 2014
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"