3 Feb 2011

Tahniah Kepada Pemenang Karaoke 2011|Kampung Salimpodon Laut

Ruddy Awah

Tahniah kami ucapkan kepada pemenang Pertandingan Karaoke Keluarga Tuan Ruddy Awah (BK). Acara yang bermula pada jam 11.00 malam tadi berlanjutan sehingga jam 3 pagi berlangsung dalam suasana cukup meriah dengan penyertaan yang menggalakkan daripada ahli keluarga Tuan Ruddy Awah.

Dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu Karaoke Terbuka Lelaki, Karaoke Terbuka Wanita, Duet, Kanak-kanak dan Karaoke Veteran (untuk mereka yang berumur 45 tahun ke atas). Ini adalah kali pertama acara Pertandingan Karaoke keluarga Tuan Ruddy Awah berlanjutan sehingga pagi tetapi ini tidak menjejaskan sedikitpun perjalanan majlis tersebut kerana pertandingan ini menjanjikan sejumlah wang tunai kepada pemenang.

Sebelum acara bermula, Tuan Ruddy Awah telah bermurah hati memberikan Ang Pow kepada tetamu yang datang dan ini bukanlah kali pertama beliau melakukannya kerana setiap tahun menjelang Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Salimpodon Laut, Pitas pasti beliau akan mengadakan sambutan untuk semua. Boleh dikatakan "pesta 1Malaysia" Kampung Salimpodon kerana berbilang bangsa dan kaum yang bersatu untuk menjayakan sambutan ini.

Hari ini 3 Februari 2011 sehingga 6 Februari 2011 pelbagai acara menarik yang akan berlangsung termasuk pertandingan SepakTakraw yang berjaya menarik penyertaan dari luar daerah Pitas iaitu daerah Kota Marudu dan Kota Belud. Selain itu, pertandingan lawak jenaka (ala-ala rajalawak), Pertandingan Pencak Silat, Battle Of The Band dan Pertandingan Karaoke Terbuka juga akan dijalankan. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya dan jangan lupa beritahu kepada kawan-kawan kamu yang berminat untuk datang ke Kg. Salimpodon Laut, Pitas.

P/S : Ada juga ikut bertanding pagi tadi tapi tewas.. Tidak mengapa tahun hadapan cuba lagi..

Bagikan

Jangan lewatkan

Tahniah Kepada Pemenang Karaoke 2011|Kampung Salimpodon Laut
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"