19 Oct 2010

Kemalangan kecil - Perjalanan balik Kudat

Malang tidak berbau mungkin inilah pepatah melayu yang paling sesuai saya katakan dalam perjalanan balik dari Kota Kinabalu ke Kudat pada jam 9 malam tadi. Nasib baik hanya bumper kereta saja yang mengalami kerosakan.

Ceritanya bermula apabila dalam perjalanan tadi ada tayar lori 10 tan yang tidak tahu dari mana datangnya berada di tengah jalan raya. Saya yang memandu dalam kelajuan 90Km/J terkejut dan mengambil jalan mudah dengan melanggar saja benda tersebut kerana jika saya elakkan mungkin sesuatu yang lebih buruk lagi akan berlaku.

Semasa berhenti memeriksa keadaan kereta, rupanya ada lagi kereta lain yang turut terlanggar benda yang sama dan keretanya turut mendapat kerosakan yang sama di bahagian hadapan. Ish.. enda buli jadi ni. Atas rasa tanggungjawab bagi mengelakkan kereta yang lain berhadapan dengan situasi yang merbahaya ini DJ rumputt pergi mengalihkan tayar tersebut ke tepi jalan dengan harapan kereta yang lalu di kawasan itu tidak mengalami nasib serupa kami.

Apapun kami tetap bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana kami hanya menerima ujian kecil daripadanya dan kami masih dalam keadaan sihat walafiat pada ketika ini.

P/S Hati-hati di jalan raya kepada semua.

Bagikan

Jangan lewatkan

Kemalangan kecil - Perjalanan balik Kudat
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"