Showing posts with label Berita Sabah. Show all posts
Showing posts with label Berita Sabah. Show all posts

19 Oct 2014

Belia SABAH berisiko jadi hamba PENDATANG - Masidi Manjun

Masidi berkata, dianggarkan kira-kira 400,000 pekerja asing di SABAH dan kebanyakan mereka mahir di bidang pekerjaan masing-masing.

djkupang & Friends
MASIDI MANJUN
Golongan belia di Sabah berdepan risiko menjadi hamba kepada pendatang di negeri sendiri sekiranya kadar kebergantungan terhadap pekerja asing terus meningkat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, rakyat pada hari ini belum bersedia untuk membangunkan tanah sendiri atau perniagaan, sebaliknya memilih untuk mengupah warga asing untuk melakukan kerja tersebut.

Sebagai contoh, Masidi berkata kebanyakan mereka yang bercucuk tanam dan menuai di kampung halamannya di Ranau adalah orang Timor-Leste.

"Kita tidak pernah melihat mereka beberapa tahun dahulu kerana setiap ahli keluarga akan membantu melakukan aktiviti tersebut sesama sendiri," katanya selepas merasmikan aktiviti anjuran Biro Tata Negara di Kundasang pada Sabtu.

Namun, Masidi berkata, situasi sekarang berbeza kerana golongan belia pada hari ini tidak mahu melakukan pekerjaan seperti itu.

"Jika pemikiran dan amalan seperti itu berterusan, saya takut kita akan menjadi hamba kepada pendatang di negeri sendiri," katanya.

Masidi berkata, dianggarkan kira-kira 400,000 pekerja asing di negeri itu dan kebanyakan mereka mahir di bidang pekerjaan masing-masing.

"Kebanyakan mereka memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sepatutnya kita miliki dan ini kerana golongan kita lebih memilih dan hanya mahukan pekerjaan yang selesa," katanya.

MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!
Baca selengkapnya

18 Oct 2014

BERITA SABAH : PERGADUHAN DI DAERAH KENINGAU, Empat Remaja Tempatan Ditahan

djkupang & Friends
Beginilah keadaan kejadian semasa mangsa dibelasah di kedai serbaneka 24 jam di pekan Keningau melalui rakaman CCTV.
KENINGAU: Polis menahan empat remaja lelaki warga tempatan lingkungan umur 18 hingga 22 tahun pada jam 2.10 petang Selasa lepas.

Ia berikutan kejadian kes pukul menggunakan rantai kunci dan sebilah pisau pemotong daging terhadap seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun di sebuah kedai serbaneka 24 jam pada jam 12.38 tengah malam pada hari berkenaan.

Rakaman CCTV Kes 7Eleven Keningau- 13 Oktober 2014



Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Merbin Anak Lisa berkata, bertindak atas maklumat orang awam, keempat-empat suspek ditahan berdekatan Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau dan di sebuah rumah tidak bernombor di pekan Keningau.
“Seorang lagi suspek masih bebas, namun sudah dikenali pasti dan kini sedang diburu polis,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati punca kejadian disebabkan oleh balas dendam yang dipendam selama dua tahun oleh suspek terhadap mangsa, yang mana kesemua suspek dan mangsa pernah bergaduh sekali pada Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Merbin berkata, pada masa kejadian mangsa yang ingin membeli barang di kedai itu telah diserang oleh kelima-lima suspek.

“Selepas kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan luka di tapak kaki dan lutut serta kening kepala sebelah kanan. Mangsa menerima rawatan di Hospital Keningau dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika disabit kesalahan. Keempat-empat suspek itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 20 Oktober ini.

Sementara itu, beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap semua suspek yang ditahan tiga daripadanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Ampethamine. -UTUSAN BORNEO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

GEMPAR !! Penemuan Ikan YU Gergasi di Tawau SABAH

djkupang & Friends
Gambar Penemuan Ikan YU Gergasi di Tawau SABAH
17.10.2014 : Penduduk Kampung Pukat Tanjung Batu, dekat sini, gempar dengan penemuan seekor ikan yu gergasi yang tersangkut pada pukat seorang nelayan di perairan Pasir Putih, tengah malam kelmarin. 

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, ikan seberat lebih dua tan itu hanya berjaya dibawa ke pantai selepas lebih empat jam ditarik sebelum dilepaskan semula ke laut.

Menurut Mustapa Mustaming, 41, ketika kejadian dia bersama seorang ahli keluarganya ke laut pada petang sehari sebelum itu.

“Ketika kami cuba mengangkat pukat, ia terasa amat berat. Apabila gagal mengangkat pukat, saya syak ada penyu tersangkut, namun selepas diteliti, ia adalah ikan yu,” katanya ketika ditemui.

Mustapa berkata, disebabkan gagal melepaskan pukat daripada badan ikan itu, mereka menarik ikan itu ke pantai untuk mendapatkan bantuan orang ramai.

“Kami menarik ikan itu dengan dua perahu dan tiba di pantai jam 4 pagi tadi (semalam).

“Kami membuka belitan pukat pada badan ikan berkenaan dan hanya berjaya melepaskannya jam 4 petang tadi (semalam),” katanya.

Menurutnya, penemuan ikan sepanjang 3.6 meter itu pertama kali sepanjang dia menjadi nelayan di kampung berkenaan.

“Saya sendiri tidak menyangka menemui ikan sebesar itu dan melepaskannya semula ke laut,” katanya. -HMETRO
djkupang & Friends
Penemuan Ikan YU Gergasi di Tawau SABAH

djkupang & Friends
Penemuan Ikan YU Gergasi di Tawau SABAH
- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

17 Oct 2014

Jangan Percaya Video Rompak : Ketua Polis Kota Kinabalu

Rakaman berdurasikan 1.14 minit yang tersebar meluas di laman sosial termasuk Facebook dan Whatsapp ini bukan terjadi di Jalan Gaya, Kota Kinabalu seperti didakwa ramai pihak.

SMS NEWS PORTAL

KOTA KINABALU: Polis menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di Kota Kinabalu agar tidak terpengaruh dengan khabar angin berhubung berlakunya kejadian tembak dan rompak di Jalan Gaya, di sini yang tersebar meluas di laman sosial kelmarin.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, insiden yang dirakam menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu dipercayai berlaku di negara jiran bukan di pusat bandaraya sepertimana didakwa ramai pihak.

Rakaman CCTV yang berdurasikan 1.14 minit dan menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp itu memaparkan insiden sebuah premis (dipercayai kedai emas) telah dimasuki oleh sekumpulan lelaki lengkap bersenjata sebelum menembak seorang pengawal keselamatan di situ.

“Tiada kejadian rompakan atau tembak membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Gaya sepertimana didakwa dan tersebar meluas di laman-laman sosial kemarin.

“Sehubungan itu, kita berharap orang ramai terutamanya penduduk di Kota Kinabalu agar jangan panik kerana insiden terbabit difahamkan terjadi di negara jiran.

“Polis juga meminta masyarakat awam untuk lebih bertanggungjawab bagi menyebar sesuatu lebih-lebih lagi berkaitan isu keselamatan kerana ia mampu mencetuskan keadaan huru-hara,” katanya di sini kelmarin.

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

16 Oct 2014

Berita Sabah : Nelayan Vietnam Parah Terkena Tembakan Di Perairan Pulau Banggi, Kudat

djkupang & Friends
Seorang anggota forensik menjalankan kerja-kerja pemeriksaan di bahagian belakang bot dinaiki mangsa
KOTA KINABALU: Dua nelayan warga Vietnam parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata dalam kejadian di perairan Pulau Banggi, Kudat pagi Selasa lalu.

Insiden berlaku jam 9 pagi itu mengakibatkan juragan, Nguyen Nain Len, 47, mengalami kecederaan di bahagian bawah ketiak kirinya manakala awak-awak bot, Huynh Thank Tuan, 33, cedera di lutut dan kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

Terdahulu dalam kejadian berkenaan, dua mangsa bersama lapan lagi rakannya sedang memukat ikan di perairan berhampiran antara Kagayan, Filipina dan Pulau Bangi, Kudat.

Bagaimanapun tidak semena-mena, salah seorang daripada mangsa terlihat sebuah bot pancing dinaiki kira-kira empat individu yang lengkap bersenjata cuba menaiki bot dinaiki mereka.

Tanpa berlengah, tekong bot itu kemudiannya bergegas ke bahagian kemudi bot itu lalu bertindak menghidupkan enjin untuk melarikan diri.

Berang dengan kejadian itu, salah seorang suspek kemudiannya melepaskan beberapa das tembakan ke arah bot terbabit sebelum terkena dua mangsa berkenaan.

Kumpulan nelayan itu kemudiannya berjaya menyelamatkan diri sebelum ditemui di Pulau Sepanggar, dekat sini kira-kira jam 9 pagi kelmarin oleh sepasukan anggota keselamatan lalu dibawa ke Pangkalan Polis Marin Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Salah seorang awak-awak bot yang terselamat dan dikenali sebagai Leong, 47, ketika menceritakan detik cemas itu berkata, mereka hanya mendengari bunyi tembakan bertalu-talu ke arah bot sebelum menyedari dua rakan mereka dalam keadaan berlumuran darah.

“Pada mulanya saya tidak tahu rakan kami terkena tembakan dan hanya mengetahui sebaik terdengar mereka menjerit mengerang kesakitan.

“Tanpa berfikir panjang kami terus menyelamatkan diri sehinggalah berjaya berlabuh di belakang Pulau Sepanggar dan meminta pertolongan sebaik ketibaan polis,” katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman dalam kenyataannya di sini kelmarin mengesahkan insiden itu.

“Berdasarkan maklumat awal, kumpulan nelayan itu telah memasuki di kawasan perairan Filipina bagi menjalankan aktiviti menangkap ikan.

“Suspek dipercayai berasal dari negara jiran dan motif awal kejadian ini adalah rompakan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh,” katanya.

UTUSAN BORNEO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

BERITA SABAH : Kejadian Tembakan di Perairan Kudat, Lebih Ramai Anggota Keselamatan Digerakkan

TERKINI Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah khususnya di perairan kawasan sempadan berikutan kejadian tembakan di perairan Kudat semalam.
djkupang & Friends
Kejadian Tembakan di Perairan Kudat, SABAH
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga dimaklumkan untuk mengerakkan aset mereka termasuk Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Perkara ini dilakukan setelah dua awak-awak sebuah bot nelayan Vietnam dilaporkan cedera ditembak dipercayai oleh sekumpulan perompak dari Filipina yang mahu merompak bot itu.

Nelayan berkenaan yang bekerja dengan majikan tempatan dikatakan berada dalam kawasan perairan Filipina, iaitu 20 batu nautika di timur Pulau Banggi dan 50 batu nautika dari Pulau Kagayan, Filipina.

Namun beliau memberitahu pemberita belum dapat dipastikan pihak sebenar yang melepaskan tembakan.

Jalaluddin berkata, perkara itu akan turut dirujuk kepada pihak Konsulat Filipina serta laporan akan dibuat untuk dihantar kepada pihak Interpol serta kerajaan Malaysia dan Filipina.

Beliau sebelum itu menyaksikan acara serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah antara Superintendan Saiman Kasran dan Deputi Superintendan Md. Razif Alang Mat Jaya.

Md. Razif yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah akan menggantikan Saiman yang akan bertukar ke Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur. - Bernama

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

KEMASKINI KES ROMPAKAN DI TUARAN : Rompakan Bersenjata di Kedai Emas Wan Wan

Rompakan Bersenjata di Kedai Emas Wan Wan Tuaran. Orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai sebarang paparan video di media sosial mahupun aplikasi Whatsapp yang tidak berkaitan kes itu.


djkupang & Friends
KEMASKINI KES  ROMPAKAN DI TUARAN
Seorang lelaki berusia 30-an cedera setelah cuba menghalang sekumpulan tiga lelaki bersenjata dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di pekan Tuaran dekat sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa cedera di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan belakang sejenis senjata dipercayai senjata api ketika berada di dalam kedai emas itu semasa kejadian pada kira-kira 8.25 pagi.

Bagaimanapun, dia dilaporkan stabil selepas mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Tuaran.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Abdul Fuad Abdul Malik berkata dalam kejadian itu tiga lelaki lengkap bertopeng memasuki kedai dengan mengacukan senjata api lalu memecahkan rak pameran dan membawa keluar barangan kemas.

Seorang daripada mereka sempat memukul mangsa sebelum melarikan diri, katanya kepada pemberita.

Abdul Fuad berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam rompakan yang berlaku begitu pantas antara lima hingga sepuluh minit sahaja.

Ketika kejadian dua pekerja dan seorang orang awam berada di dalam kedai emas itu, katanya.

Beliau berkata semua elemen telah digerakkan untuk mengesan penjenayah terlibat dan orang ramai diingatkan agar tidak mempercayai sebarang paparan video di media sosial mahupun aplikasi Whatsapp yang tidak berkaitan kes itu.

Anggaran kerugian masih dalam siasatan.

SUMBER BERNAMA

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

GEMPAR !! Rompakan Bersenjata di Kedai Emas Man Man Tuaran Sabah

TERKINI 16/10/2014 : Maklumat Awal berhubung rompakan bersenjata di Tuaran, SABAH

Djkupang & Friends
Rompakan Bersenjata di Kedai Emas Man Man Tuaran Sabah
Menurut Sumber yang saya petik melalui Laman Sosial Facebook BERITA RTM SABAH, dikhabarkan satu rompakan bersenjata  di sebuah Sebuah Kedai Emas Man Man, Tuaran, Sabah telah berlaku pada jam 8.40-pagi tadi.

Perompak menggunakan sebuah kereta Viva berwarna putih dengan flat pendaftaran palsu, ST 3893 R yang dipercayai nombor motorsikal milik seorang wanita yang berada di Tawau.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja kedai itu cedera di kepala apabila dihentak dengan senjata M16 dan kini berada di wad kecemasan Tuaran.

Polis kini sedang mengadakan sekatan jalan raya di kawasan-kawasan tertentu bagi menyekat perompak tersebut.

Anggaran kerugian dan sisasatan masih dijalankan.

Menurut BERITA RTM SABAH, Ketika ini wartawan RTM, Olivia Chong sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian. Maklumat penuh akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

SUMBER ASAL BERITA : Berita RTM Sabah

Berita Penuh KLIK----->>> KEMASKINI ROMPAKAN BERSENJATA DI KEDAI EMAS WAN WAN TUARAN

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

11 Oct 2014

Penculikan Konstabel Zakia Aliep : Penculik Tuntut Wang 40 Juta Peso untuk pembebasaN

Konstabel Zakia Aliep yang diculik di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas. MALAYSIA masih berunding dengan Penculik

djkupang & Friends
Penculik Tuntut Wang 40 Juta Peso untuk pembebasan 
Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata rundingan sebelum ini menemui jalan buntu kerana kumpulan penculik menuntut wang tebusan yang tinggi antara RM3 juta hingga RM10 juta.

Katanya Zakia yang diculik kumpulan penceroboh pada 12 Julai lepas berada dalam keadaan sihat dan selamat berdasarkan panggilan telefon kepada isterinya dan beliau dipercayai berada di lokasi di pedalaman selatan Filipina bersempadanan dengan Sabah.

"Kita tengah berunding. Mereka menuntut 40 juta peso (RM2.9 juta). Kadarnya ada naik dan turun. Mereka ada memberi sepuluh hari dan kita tunda. Rundingan masih boleh diteuskan.

"Apa yang penting, kalau boleh kita mahu membuat pembebasan tanpa sebarang bayaran dan pihak sana boleh membebaskannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kebajikan ke rumah bapa Zakia di Kampung Tinuhan, di Tuaran, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abd Aziz Yusoff.

Muhammad Fuad berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pasukan keselamatan Filipina untuk meneruskan rundingan dan menurutnya Zakia menghubungi keluarganya sebanyak 82 kali sejak dilarikan kumpulan penculik itu.

Ditanya lokasi Zakia ditawan, beliau berkata kumpulan penculik dipercayai sentiasa bergerak dan berpindah tempat persembunyian yang berkemungkinan di kawasan hutan.

"Isterinya tidak tahu di mana dia berada kerana melalui percakapan dengan Zakia, kumpulan itu sering berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Apabila isteri cuba bertanya pihak sana tidak mahu mendedahkan lokasi. Apabila mereka rasa tidak selamat akan pindah dan pindah di kawasan pedalaman kemungkinan kawasan hutan," katanya.

Beliau berkata pasukan polis akan berusaha dan bertangungjawab sepenuhnya untuk menentukan keselamatan Zakia dan kembali ke pangkuan keluarga.

"Kita mahu dia dibebaskan dengan selamat dan oleh sebab itu, kita mengambil masa tiga bulan (untuk berunding) dan keadaan masih terkawal dan dia (Zakia) masih okay kerana kita tahu pihak sana tidak mendera dan memukul ... kita perlu ambil masa," katanya.

Berhubung lawatan kebajikan itu, Muhammad Fuad berkata ia sebagai tanda sokongan kepada keluarga Zakia dengan menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Zakia iaitu Juna Gumbur, 54, dan Aliep Sadu, 54, serta isteri Zakia, Sharifah Erna Berson, 22, dan anak mereka, Muhd Hisyam Izzuddin yang berusia tujuh bulan.

"Kita memberi harapan kepada keluarga Zakia pasukan polis sentiasa mengambil berat dari segi kebajikan dan kita ada orang yang tengah membuat rundingan ... kita hendak beliau (Zakia) bebas dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Fuad berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga dipercayai berada dalam keadaan selamat dan rundingan juga sedang diadakan dengan pihak penculik bagi pembebasannya tanpa bayaran tebusan. – Bernama, 11 Oktober, 2014


Baca selengkapnya

9 Oct 2014

Tragedi : Bumbung Sekolah di Kudat Terbang murid, guru stabil

Tragedi : Bumbung Sekolah di Kudat Terbang murid, guru stabil

djkupang & friends

KUDAT 9 Okt. - Dua murid tahun enam dan seorang guru pengawas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) cedera ringan selepas bumbung pusat peperiksaan terbang serta runtuh akibat ribut.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Jame Alip berkata, kejadian itu dipercayai berlaku ketika murid di Sekolah Kebangsaan Panudahan, di sini baru 15 minit menduduki peperiksaan mata pelajaran Matematik.

Walau bagaimanapun katanya, dua murid dan seorang guru pengawas itu dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE

Baca selengkapnya

Tanah Runtuh Jalan KK-Tambunan - INFO PENTING

LALUAN ALTERNATIF KIMANIS -KENINGAU
INFO PENTING LALUAN KOTA KINABALU-TAMBUNAN

djkupang & Friends
Laluan Alternatif Kimanis-Keningau
09/10/2014, Kota Kinabalu - Jalanraya yang menghubungkan antara Kota Kinabalu dan daerah Tambunan dilaporkan tidak dapat dilalui kerana kejadian tanah runtuh.

Memetik laporan yang diperolehi melalui Media Sosial lokasi kejadian ini Rafflesia Centre yang terletak di pertengahan jalan menuju ke Daerah Tambunan sekiranya pengguna jalan raya dari Kota Kinabalu.

djkupang & Friends
Pengesahan mengenai Info Tersebut
Bagaimanapun terdapat jalan alternatif lain bagi mereka yang mahu berurusan di daerah yang terlibat iaitu menggunakan laluan Kimanis-Keningau

Adalah diingatkan kepada yang menggunakan laluan ini bagi yang jarang-jarang atau tidak pernah supaya berhati-hati kerana laluan yang berbukit bukau tinggi mungkin akan memerlukan anda menggunakan lebih banyak BREK. Untuk tujuan keselamatan pastikan brek dalam keadaan baik.

djkupang & Friends
Laluan Alternatif Kimanis-Keningau
Oleh djkupang.com
Kredit Pic Tanah Runtuh : JUNIOR MARIBUMI

Baca selengkapnya

Banjir di Penampang, SABAH : Apa Kata Persatuan Jurutera Sabah yang Melawat di Sana?

Perkembangan Banjir yang berlaku di Donggongan, Penampang dan sekitarnya.

GAMBAR BANJIR DI DONGGONGON DAN PENAMPANG, SABAH 07/10/2014

Jurucakap  bagi Persatuan Jurutera Sabah  berpendapat bahawa ia adalah lebih baik jika terdapat satu pintu pagar di empangan itu yang boleh dibuka untuk melepaskan sedikit air supaya empangan yang separuh kosong itu boleh menakung air hujan.

djkupang & Friends
Sekadar Gambar Hiasan : Banjir di SMK Tenghilan, Tuaran

KOTA KINABALU: Limpahan air berlebihan dari empangan Babagon merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan peningkatan mendadak paras banjir di Penampang pada hari Selasa.

Seorang jurucakap bagi Persatuan Jurutera Sabah yang melawat empangan itu berkata dalam keadaan begitu seharusnya pintu pagar takungan air itu dibuka.

“Namun begitu, pintu pagar tidak dibuka oleh pengendali empangan itu kerana ianya masih lagi dalam proses pembinaan,” kata jurucakap itu. “Limpahan itu turun menegak seperti air terjun dan menyebabkan Sungai Moyog mengalir lebih deras daripada biasa.”

Beliau berkata demikian pada hari Rabu selepas memerhatikan corak banjir luar biasa yang berlaku di Penampang pada Isnin (6 Oktober) hingga pagi Rabu (8 Oktober). Pekan 
Donggongon juga turut dilanda banjir. Kali pertama banjir dari Sungai Moyog sampai ke Pekan Donggongon adalah semasa ribut tropika “Hilda” pada Januari 1999.

Jurucakap itu juga berpendapat bahawa ia adalah lebih baik jika terdapat satu pintu pagar di empangan itu yang boleh dibuka untuk melepaskan sedikit air supaya empangan yang separuh kosong itu boleh menakung air hujan.

“Apabila empangan itu sudah penuh dan hujan tidak berhenti, kesannya sama seperti hujan melanda rumah dan jalan,” kata beliau.

Hidrologist memanggil kejadian ini “100 per cent surface run-off” dan jumlah air ini akan melepasi paras struktur konkrit menegak empangan itu.

Banjir kali ini yang sangat berlumpur disebabkan oleh pembersihan tanah di kawasan takungan Moyog untuk tujuan pertanian di mana sebelum ini ia dilaporkan telah mendapat arahan pemberhentian kerja oleh pegawai daerah.

“Dengan perubahan mendadak paras hujan di kawasan takungan air Moyog, penyelesaiannya adalah sistem saliran hiliran yang lebih baik. Namun begitu sungai-sungai kecil juga telah lenyap disebabkan oleh pembangunan tidak terancang dan apabila aduan dibuat, tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa,” dakwa beliau.


Sebagai bukti kesan hiliran, keluasan sungai di jambatan Dambai telah menjadi sempit disebabkan oleh kerja pembinaan seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang diambil sebelum banjir, beliau menambah.

Sumber Berita : FMT
Gambar Diambil dari : Tuan Francis Daniel

Baca selengkapnya

8 Oct 2014

JALAN KK-TAMBUNAN TIDAK SELAMAT - INFO SEMASA NEGERI SABAH :

KEMASKINI BERITA/INFO SABAH 08/10/2014

O8/10/2014 (Rabu)- JKR menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jalan Donggongon-Tambunan di Kilometer 45.6 dari Kota Kinabalu kerana mengalami keretakan teruk & jalan tersebut tidak selamat untuk dilalui.

Jalan alternatif adalah Jalan Tambunan-Ranau, Keningau-Kimanis & Jalan Tenom-Sipitang.

Bantu Sebarkan

djkupang & Friends
JALAN KK-TAMBUNAN TIDAK SELAMAT 

djkupang & Friends
JALAN KK-TAMBUNAN TIDAK SELAMAT 


Baca selengkapnya

7 Oct 2014

Terkini Banjir di Negeri Sabah : Lapan Sekolah ditutup -Jame Alip

KOTA KINABALU: Lapan sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

djkupang & Friends
Jame Alip
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, dan Kota Belud.

Beliau berkata, lima buah sekolah di Kota Kinabalu yang terlibat banjir ialah SK St Cathrine, SK Gudon, SK Pulau Gaya, SK Rampayan dan SK Natai.

"Di Papar, ia melibatkan SK Tampasak Kinarut dan SJKC Kin Kiau manakala sebuah sekolah di SK Lasau Titapon, Kota Belud," katanya di dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah di Penampang yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaludin Hussin berkata kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.

"Anggota bomba telah dikerahkan untuk membantu pelajar terbabit serta memindahan penduduk yang terlibat banjir yang rata-ratanya berpindah ke kediaman anggota keluarga yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan Pejabat Daerah Penampang telah membuka pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Fuad bagi menghadapi situasi banjir ini.

Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sentiasa memantau situasi banjir itu dan penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil tindakan untuk berpindah sekiranya keadaan banjir semakin serius.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Penampang termasuk pekan Donggongon, pejabat dan jabatn kerajaan serta pusat membeli-belah turut ditenggalami air.

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Aru, Amzah Mamat berkata satu jadual perjalananan kereta api dari Tanjung Aru ke Beaufort melibatkan lebih 100 penumpang dibatalkan pada 7.55 pagi tadi berikutan banjir yang melanda kawasan Kawang Papar.


Baca selengkapnya

6 Oct 2014

#CB204 Ditemui Selamat : Insiden Bot Tempur TLDM yang dilaporkan Terputus Hubungan

djkupang& friends
#CB204 Ditemui Selamat : Insiden Bot Tempur TLDM yang dilaporkan Terputus Hubungan
Semua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad ditemui selamat.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi tulisannya di Twitter berkata, Leftenan Azri Bakar yang mengetuai bot tempur (CB204) itu memaklumkan kepada kapal milik tentera laut, KD Ganas bahawa bot dan semua kru selamat.

“Leftenan Azri, memaklumkan bahawa KD Ganas melalui (frekuensi radio) saluran 16 bahawa bot dan semua warga (kru) selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah.

"Bot telah dijumpai oleh pada pukul 6.49 petang," katanya di akaun Twitternya @ChiefofNavy pada kira-kira pukul 6.05 petang Isnin.

Kapal KD Ganas berjaya menghampiri bot CB204 dan menyerahkan makanan kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kelaparan selepas bot tersebut terputus hubungan dan hanyut sejak semalam.

Baca selengkapnya

SABAH : BOT TEMPUR TLDM DIKUATHIRI HILANG DI PEAIRAN NEGERI SABAH

Berita Sabah 2014 : Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah

Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, SABAH

djkupang & Freinds
SABAH : BOT TEMPUR TLDM DIKUATHIRI HILANG DI PEAIRAN NEGERI SABAH
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah. 

Dalam satu kenyataan pada Ahad malam, beliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi. 


Baca selengkapnya

5 Oct 2014

Jalan Raya di Daerah Pitas : Datuk Seri Hishammuddin Hussein "Kita Mesti Bantu"

Mereka sebelum ini mengumpulkan RM5,000 untuk membeli peralatan dan menyewa peralatan pembinaan dan memerlukan kira-kira RM85,000 lagi.


djkupang & Friends
Jalan Raya di Daerah Pitas : Datuk Seri Hishammuddin Hussein "Kita Mesti Bantu"

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menyatakan sokongannya terhadap projek pembinaan jalan sendiri oleh penduduk kampung di Pitas, pedalaman Sabah esok.

“Kita mesti bantu,” katanya menjawab tweet yang diajukan padanya berhubung perkara itu.

Beliau juga berikrar mendapatkan sokongan daripada rakan-rakannya dalam Umno daripada Sabah untuk membantu pembinaan jalan di Kudat itu.

“Saya akan cakap dengan mereka di (mesyuarat) kabinet esok,” kata naib presiden Umno itu di Twitter.


Baca selengkapnya

10 Sept 2014

DAERAH TELUPID : PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BERGADUH ALA CROW ZERO BAKAL DIHUKUM !!

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah masih menunggu laporan berhubung insiden pergaduhan yang dikatakan berlaku di sebuah sekolah menengah di daerah Telupid.

Pengarahnya Datuk Jame Alip berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Beliau juga tidak memberi tempoh berapa lama laporan itu perlu dikemukakan.

BLOG DJKUPANG
Pelajar Sekolah bergaduh ala Crow Zero


Baca selengkapnya

7 Sept 2014

[Gambar] Mimpian Resort Tuaran, Sabah Terbakar Hari Ini 06/09/2014

GEMPAR !! Mimpian Resort yang terletak di Tuaran, SABAH terbakar hari ini sekitar jam 4.00 petang 06/09/2014 (Sabtu)

blog djkupang

Tiga blok bangunan di sebuah resort peranginan bertaraf tiga bintang, Raintree Beach and Golf Resort, di Kampung Pulau Simpangan, Tuaran, musnah dalam satu kebakaran di sini petang Sabtu.

Antara yang musnah dalam kebakaran pada kira-kira pukul 4 petang itu ialah pejabat urusan dan bilik mesyuarat resort yang terletak kira-kira 34km dari sini.

Ketika kejadian, difahamkan terdapat enam pekerja berada di premis itu dan kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, kebakaran dipercayai berpunca dari bilik pejabat resort itu yang disedari salah seorang kakitangan resort terbabit.

"Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kebakaran itu pada pukul 4.44 petang dan mengerahkan 30 anggota dari Balai Bomba Tuaran, Kota Kinabalu dan Jalan Lintas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Sabtu.

Menurut jurucakap itu, setibanya pasukan bomba di resort itu, api sedang marak membakar hampir 80 peratus kawasan blok berkenaan dan pihaknya berjaya mengawal kebakaran pada kira-kira pukul 6.20 petang. 

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya. 

Resort itu yang dahulu dikenali Mimpian Jadi Resort merupakan antara pusat percutian terkenal di Tuaran.

Lagi Gambar Kebakaran di Mimpian Resort Tuaran, Sabah

Blog djkupang

djkupang

djkupang

djkupang.com
Baca selengkapnya

5 Sept 2014

TERBARU DI SABAH : GEMPA BUMI KECIL BERLAKU DI KUNAK PADA SKALA 4.0

05/09/2014 : Reaksi Penduduk setempat yang tinggal di kawasan terlibat mereka terkejut dengan gegaran yang belum berlaku sebelum ini.

blog djkupang
Imej asal adalah dari Laman Sosial Rasmi MMD
Gegaran kecil melanda beberapa daerah di pantai timur Sabah, awal pagi Jumaat tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan.

Gegaran selama tiga saat itu dirasai di Kunak, Lahad Datu dan daerah Tawau kira-kira pukul 9.15 pagi.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, gegaran berskala 4.0 Ritcher itu adalah lemah dan tidak berbahaya.

"Kami menerima laporan insiden tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi dan tiada kerosakan dilaporkan setakat ini," katanya.

Abdul Malek berkata, mereka sedang memantau situasi itu.

Di Kunak, Ketua Polis Daerah Kunak,Supritendan M Radzali Mahmud berkata, beliau berada di pejabatnya membuat beberapa kertas kerja ketika gegaran berlaku.

"Gegaran berlaku lepas pukul 9 pagi dan tiba-tiba saya merasakan diri saya bergegar. Ia hanya gegaran selama dua hingga tiga saat sahaja dan syukur ia hanyalah gegaran kecil," katanya.
blog djkupang
Antara REAKSI Penduduk Setempat

Baca selengkapnya