Showing posts with label Banjir Kilat. Show all posts
Showing posts with label Banjir Kilat. Show all posts

24 Oct 2014

PENAMPANG BANJIR LAGI KALI KETIGA 24/10/2014

BERITA TERKINI DI NEGERI SABAH : KEADAAN TERKINI DI DAERAH PENAMPANG TERUS DILANDA BANJIR LAGI UNTUK KALI KETIGA

23/10/2014 Daerah Penampang sekali lagi dilanda banjir untuk kali ketiga pada tahun ini. Walaupun hujan yang turun tidak berterusan seperti yang berlaku sebelum ini namun tetap berlaku banjir kilat di sini.

Memetik daripada satu sumber di laman sosial facebook menyebut kawasan yang paling terjejas adalah mereka yang tinggal di tepi Sungai MoyogIni berikutan air SUNGAI MOYOG yang dikatakan cepat sekali naik .

Pihak yang berkenaan digesa supaya dapat melakukan sesuatu demi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat di negeri sabah khususnya di kawasan Penampang dan daerah yang berpotensi dilanda banjir kilat agar dapat merancang dan melaksanakan bantuan yang diperlukan di kawasan tersebut.

Banjir di Penampang Semalam
Dikemaskini
Baca selengkapnya

7 Oct 2014

Terkini Banjir di Negeri Sabah : Lapan Sekolah ditutup -Jame Alip

KOTA KINABALU: Lapan sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

djkupang & Friends
Jame Alip
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, dan Kota Belud.

Beliau berkata, lima buah sekolah di Kota Kinabalu yang terlibat banjir ialah SK St Cathrine, SK Gudon, SK Pulau Gaya, SK Rampayan dan SK Natai.

"Di Papar, ia melibatkan SK Tampasak Kinarut dan SJKC Kin Kiau manakala sebuah sekolah di SK Lasau Titapon, Kota Belud," katanya di dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah di Penampang yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaludin Hussin berkata kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.

"Anggota bomba telah dikerahkan untuk membantu pelajar terbabit serta memindahan penduduk yang terlibat banjir yang rata-ratanya berpindah ke kediaman anggota keluarga yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan Pejabat Daerah Penampang telah membuka pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Fuad bagi menghadapi situasi banjir ini.

Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sentiasa memantau situasi banjir itu dan penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil tindakan untuk berpindah sekiranya keadaan banjir semakin serius.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Penampang termasuk pekan Donggongon, pejabat dan jabatn kerajaan serta pusat membeli-belah turut ditenggalami air.

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Aru, Amzah Mamat berkata satu jadual perjalananan kereta api dari Tanjung Aru ke Beaufort melibatkan lebih 100 penumpang dibatalkan pada 7.55 pagi tadi berikutan banjir yang melanda kawasan Kawang Papar.


Baca selengkapnya

Banjir di NEGERI SABAH 07/10/2014 [Gambar Penampang]


djkupang & Friends
PENAMPANG VIEW

TERKINI SABAH : Gambar Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Megalong Penampang
Sumber Gambar laman Sosial Facebook. UPDATE
Baca selengkapnya

27 Aug 2014

ONE BORNEO SABAH DI BANDAR ALAM MESRA BANJIR HARI INI 27/08/2014

Gambar-Gambar Terkini Dalam Kejadian Banjir Kilat di Sekitar Daerah Kota Kinabalu, SABAH

djkupang Friends anak sabah
Lokasi di hadapan Shopping Mall ONE BORNEO 
Sudah pasti ramai yang akan tertekan dan stress dengan kejadian yang berlaku di luar jangkaan ini iaitu BANJIR KILAT di Jalan Utama dari Kota Kinabalu menuju ke Sepanggar berhadapan dengan Pusat Membeli Belah One Borneo Hypermall. 

Keadaan Jalan Raya pasti SESAK dan ramai orang akan TIDAK MENGIKUTI PERATURAN kerana mahu mengejar masa untuk balik ke rumah atau mempunyai urusan tertentu. Kesabaran anda mungkin akan teruji hari ini. 

Walau dalam apa keadaan sekalipun kamuurang janganlah STRESS kalau perlu maklumkan kepada "orang" yang mahu dikejar sehingga anda gagal mematuhi peratuan sedia ada sekaligus menyusahkan pula kepada pengguna jalanraya yang lain. 
djkupang
Banjir di Sabindo Kinarut
djkupang sabah
Banjir di Sabindo

KALAU KAMU PIKIR MAU CEPAT ORANG LAIN PUN SAMA JUGA BAH

djkupang sabah

Gambar yang di bawah ini pula ialah Bumper kereta Proton Wira yang tercabut kerana pemandu tersebut memandu laju ketika melalui jalan ini yang dinaiki air. Kejadian ini berlaku depan mata dalam kejadian sekitar jam 2.00 petang ketika dalam perjalanan ke Institut Usahawan Muda

Buat semua sahabat yang selamat sampai ke destinasi anda.
Baca selengkapnya