Showing posts with label Perkembangan Banjir. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Banjir. Show all posts

24 Oct 2014

PENAMPANG BANJIR LAGI KALI KETIGA 24/10/2014

BERITA TERKINI DI NEGERI SABAH : KEADAAN TERKINI DI DAERAH PENAMPANG TERUS DILANDA BANJIR LAGI UNTUK KALI KETIGA

23/10/2014 Daerah Penampang sekali lagi dilanda banjir untuk kali ketiga pada tahun ini. Walaupun hujan yang turun tidak berterusan seperti yang berlaku sebelum ini namun tetap berlaku banjir kilat di sini.

Memetik daripada satu sumber di laman sosial facebook menyebut kawasan yang paling terjejas adalah mereka yang tinggal di tepi Sungai MoyogIni berikutan air SUNGAI MOYOG yang dikatakan cepat sekali naik .

Pihak yang berkenaan digesa supaya dapat melakukan sesuatu demi memastikan keselamatan dan keselesaan masyarakat di negeri sabah khususnya di kawasan Penampang dan daerah yang berpotensi dilanda banjir kilat agar dapat merancang dan melaksanakan bantuan yang diperlukan di kawasan tersebut.

Banjir di Penampang Semalam
Dikemaskini
Baca selengkapnya

9 Oct 2014

Banjir di Penampang, SABAH : Apa Kata Persatuan Jurutera Sabah yang Melawat di Sana?

Perkembangan Banjir yang berlaku di Donggongan, Penampang dan sekitarnya.

GAMBAR BANJIR DI DONGGONGON DAN PENAMPANG, SABAH 07/10/2014

Jurucakap  bagi Persatuan Jurutera Sabah  berpendapat bahawa ia adalah lebih baik jika terdapat satu pintu pagar di empangan itu yang boleh dibuka untuk melepaskan sedikit air supaya empangan yang separuh kosong itu boleh menakung air hujan.

djkupang & Friends
Sekadar Gambar Hiasan : Banjir di SMK Tenghilan, Tuaran

KOTA KINABALU: Limpahan air berlebihan dari empangan Babagon merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan peningkatan mendadak paras banjir di Penampang pada hari Selasa.

Seorang jurucakap bagi Persatuan Jurutera Sabah yang melawat empangan itu berkata dalam keadaan begitu seharusnya pintu pagar takungan air itu dibuka.

“Namun begitu, pintu pagar tidak dibuka oleh pengendali empangan itu kerana ianya masih lagi dalam proses pembinaan,” kata jurucakap itu. “Limpahan itu turun menegak seperti air terjun dan menyebabkan Sungai Moyog mengalir lebih deras daripada biasa.”

Beliau berkata demikian pada hari Rabu selepas memerhatikan corak banjir luar biasa yang berlaku di Penampang pada Isnin (6 Oktober) hingga pagi Rabu (8 Oktober). Pekan 
Donggongon juga turut dilanda banjir. Kali pertama banjir dari Sungai Moyog sampai ke Pekan Donggongon adalah semasa ribut tropika “Hilda” pada Januari 1999.

Jurucakap itu juga berpendapat bahawa ia adalah lebih baik jika terdapat satu pintu pagar di empangan itu yang boleh dibuka untuk melepaskan sedikit air supaya empangan yang separuh kosong itu boleh menakung air hujan.

“Apabila empangan itu sudah penuh dan hujan tidak berhenti, kesannya sama seperti hujan melanda rumah dan jalan,” kata beliau.

Hidrologist memanggil kejadian ini “100 per cent surface run-off” dan jumlah air ini akan melepasi paras struktur konkrit menegak empangan itu.

Banjir kali ini yang sangat berlumpur disebabkan oleh pembersihan tanah di kawasan takungan Moyog untuk tujuan pertanian di mana sebelum ini ia dilaporkan telah mendapat arahan pemberhentian kerja oleh pegawai daerah.

“Dengan perubahan mendadak paras hujan di kawasan takungan air Moyog, penyelesaiannya adalah sistem saliran hiliran yang lebih baik. Namun begitu sungai-sungai kecil juga telah lenyap disebabkan oleh pembangunan tidak terancang dan apabila aduan dibuat, tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa,” dakwa beliau.


Sebagai bukti kesan hiliran, keluasan sungai di jambatan Dambai telah menjadi sempit disebabkan oleh kerja pembinaan seperti yang ditunjukkan dalam gambar yang diambil sebelum banjir, beliau menambah.

Sumber Berita : FMT
Gambar Diambil dari : Tuan Francis Daniel

Baca selengkapnya

7 Oct 2014

Terkini Banjir di Negeri Sabah : Lapan Sekolah ditutup -Jame Alip

KOTA KINABALU: Lapan sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup akibat banjir ekoran hujan berterusan sejak awal pagi semalam.

djkupang & Friends
Jame Alip
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata sebanyak 3,400 murid terjejas akibat banjir di sekitar Kota Kinabalu, Papar, dan Kota Belud.

Beliau berkata, lima buah sekolah di Kota Kinabalu yang terlibat banjir ialah SK St Cathrine, SK Gudon, SK Pulau Gaya, SK Rampayan dan SK Natai.

"Di Papar, ia melibatkan SK Tampasak Kinarut dan SJKC Kin Kiau manakala sebuah sekolah di SK Lasau Titapon, Kota Belud," katanya di dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, walaupun sekolah yang terjejas banjir itu ditutup sementara, namun masih terdapat beberapa sekolah di Penampang yang tetap meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang Jamaludin Hussin berkata kira-kira 400 penduduk dari empat kampung sekitar Penampang dilanda banjir dan menjejaskan aktiviti harian penduduk di bandar raya ini.

Beliau berkata, antara kawasan terlibat ialah Kampung Penampang Proper, Kampung Hungap, Kampung Tuavon dan Kampung Tanaki.

"Anggota bomba telah dikerahkan untuk membantu pelajar terbabit serta memindahan penduduk yang terlibat banjir yang rata-ratanya berpindah ke kediaman anggota keluarga yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada pusat pemindahan dibuka dan Pejabat Daerah Penampang telah membuka pusat penempatan sementara di Dewan Masyarakat Tun Fuad bagi menghadapi situasi banjir ini.

Katanya, setakat tengah hari ini paras air di Empangan Sungai Babagon berada di paras bahaya 10 meter.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya sentiasa memantau situasi banjir itu dan penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya berwaspada dan mengambil tindakan untuk berpindah sekiranya keadaan banjir semakin serius.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan di sekitar Penampang termasuk pekan Donggongon, pejabat dan jabatn kerajaan serta pusat membeli-belah turut ditenggalami air.

Sementara itu, Ketua Stesen Tanjung Aru, Amzah Mamat berkata satu jadual perjalananan kereta api dari Tanjung Aru ke Beaufort melibatkan lebih 100 penumpang dibatalkan pada 7.55 pagi tadi berikutan banjir yang melanda kawasan Kawang Papar.


Baca selengkapnya