05/09/2014 : Reaksi Penduduk setempat yang tinggal di kawasan terlibat mereka terkejut dengan gegaran yang belum berlaku sebelum ini.
|
Imej asal adalah dari Laman Sosial Rasmi MMD |
Gegaran kecil melanda beberapa daerah di pantai timur Sabah, awal pagi Jumaat tetapi tiada sebarang kerosakan dilaporkan.
Gegaran selama tiga saat itu dirasai di Kunak, Lahad Datu dan daerah Tawau kira-kira pukul 9.15 pagi.
Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Abdul Malek Tussin berkata, gegaran berskala 4.0 Ritcher itu adalah lemah dan tidak berbahaya.
"Kami menerima laporan insiden tersebut kira-kira pukul 9.15 pagi dan tiada kerosakan dilaporkan setakat ini," katanya.
Abdul Malek berkata, mereka sedang memantau situasi itu.
Di Kunak, Ketua Polis Daerah Kunak,Supritendan M Radzali Mahmud berkata, beliau berada di pejabatnya membuat beberapa kertas kerja ketika gegaran berlaku.
"Gegaran berlaku lepas pukul 9 pagi dan tiba-tiba saya merasakan diri saya bergegar. Ia hanya gegaran selama dua hingga tiga saat sahaja dan syukur ia hanyalah gegaran kecil," katanya.
|
Antara REAKSI Penduduk Setempat |