Showing posts with label Ketua Polis Sabah. Show all posts
Showing posts with label Ketua Polis Sabah. Show all posts

22 Oct 2014

BERITA PALSU : POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !

Polis Sabah menyiasat laporan insiden penculikan palsu yang membabitkan pelajar sekolah di negeri ini seperti yang disebarkan melalui medium sosial termasuk aplikasi WhatsApp. 

djkupang & Friends
POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !
Difahamkan penyebaran khabar angin melalui aplikasi WhatsApp di Keningau itu bermula sejak 18 okt yang mendakwa empat pelajar sekolah menengah dan tiga murid sekolah rendah diculik oleh sekumpulan individu, sebelum dibebaskan tanpa syarat. 

Selain itu, sekeping foto yang menunjukkan lapan pelajar wanita berpakaian seragam sekolah sedang berdiri dengan tujuh daripadanya merupakan wanita berusia, turut disebarkan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya bertindak membuka kertas siasatan dan menjalankan gerakan mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut. 

"Kenyataan yang tersebar menerusi WhatsApp ini mampu mendatangkan kegusaran kepada masyarakat apatah lagi ia tidak pernah terjadi dan palsu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Beliau berkata siasatan awal mendapati setakat ini tiada laporan polis berkenaan kes penculikan dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kegusaran kepada orang awam yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan. 

Katanya, orang ramai dinasihat agar lebih bertanggungjawab dalam menghebahkan sebarang maklumat terutama berkaitan isu keselamatan yang mampu mengugat kententeraman awam.

TOYOTA KONGSI MODEL PALING LARIS

Baca selengkapnya

17 Oct 2014

Jangan Percaya Video Rompak : Ketua Polis Kota Kinabalu

Rakaman berdurasikan 1.14 minit yang tersebar meluas di laman sosial termasuk Facebook dan Whatsapp ini bukan terjadi di Jalan Gaya, Kota Kinabalu seperti didakwa ramai pihak.

SMS NEWS PORTAL

KOTA KINABALU: Polis menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di Kota Kinabalu agar tidak terpengaruh dengan khabar angin berhubung berlakunya kejadian tembak dan rompak di Jalan Gaya, di sini yang tersebar meluas di laman sosial kelmarin.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, insiden yang dirakam menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu dipercayai berlaku di negara jiran bukan di pusat bandaraya sepertimana didakwa ramai pihak.

Rakaman CCTV yang berdurasikan 1.14 minit dan menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp itu memaparkan insiden sebuah premis (dipercayai kedai emas) telah dimasuki oleh sekumpulan lelaki lengkap bersenjata sebelum menembak seorang pengawal keselamatan di situ.

“Tiada kejadian rompakan atau tembak membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Gaya sepertimana didakwa dan tersebar meluas di laman-laman sosial kemarin.

“Sehubungan itu, kita berharap orang ramai terutamanya penduduk di Kota Kinabalu agar jangan panik kerana insiden terbabit difahamkan terjadi di negara jiran.

“Polis juga meminta masyarakat awam untuk lebih bertanggungjawab bagi menyebar sesuatu lebih-lebih lagi berkaitan isu keselamatan kerana ia mampu mencetuskan keadaan huru-hara,” katanya di sini kelmarin.

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

19 Jul 2014

Terkini Sabah : Perintah Berkurung Negeri Sabah dikuatkuasakan

Bermula dari 19 Julai 2014 sehingga tamat 02 Ogos 2014 Bermula 6.00 Petang Sehingga 6.00 Malam Larangan

KOTA KINABALU : Perintah berkurung diumumkan Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Jalaluddin Abdul Rahman di enam daerah kawasan Esszone yang berkuatkuasa pada hari ini.

Antara daerah terlibat adalah Tawau,Sandakan,Semporna,Kinabatangan, Beluran dan Lahad Datu.

Bagaimanapun perintah berkurung berkenaan yang bermula jam 6 petang hingga 6 pagi itu hanya membabitkan kawasan perairan dan pantai di daerah-daerah terbabit dengan melibatkan keluasan 121,272 batu persegi.

Perintah berkurung ini akan tamat pada 2 ogos.
Baca selengkapnya

18 Jul 2014

Polis Sabah Buru Indvidu Sebar Khabar Angin

Ketua Polis Sabah Menegaskan Tindakan Sebar Khabar Angin Mengganggu Ketenteraman Awam

Datuk Jalaluddin Abd Rahman
Kota Kinabalu: Individu yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai susulan kejadian yang berlaku di Pulau Mabul, Semporna, awal pagi Ahad lalu akan diburu dan diheret ke mahkamah kerana menggangu ketenteraman awam selain mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai terutama penduduk di pantai timur negeri ini.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman yang sudah mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengesan individu yang menyebarkan laporan palsu di laman sesawang dan aplikasi sembang sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

“Polis memandang serius gejala ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya maklumat disebarkan itu palsu.

“Justeru, saya meminta masyarakat tidak terpedaya dengan sebarang laporan yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab bertujuan menakutkan orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kuih-Muih Aidilfitri Kepada Anggota Keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae di sini, semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Jalaluddin berkata, pihaknya akan memastikan keselamatan negeri ini sentiasa terjamin.

“Keadaan keselamatan di seluruh negeri termasuk di pantai timur aman, damai dan terkawal.

“Saya meminta masyarakat tidak mendengar laporan tidak benar yang sering disebarkan di laman sosial,” katanya.

Menurutnya, agensi keselamatan mampu mengawal sebarang insiden berlaku termasuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan melancarkan Ops Selamat 2014 peringkat negeri sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya minta kerjasama semua penduduk yang mahu meninggalkan rumah masing-masing menjelang musim perayaan supaya melaporkan ke balai polis berhampiran untuk rondaan,” katanya. myMetro

Baca selengkapnya