Showing posts with label Kes Penculikan. Show all posts
Showing posts with label Kes Penculikan. Show all posts

22 Oct 2014

BERITA PALSU : POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !

Polis Sabah menyiasat laporan insiden penculikan palsu yang membabitkan pelajar sekolah di negeri ini seperti yang disebarkan melalui medium sosial termasuk aplikasi WhatsApp. 

djkupang & Friends
POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !
Difahamkan penyebaran khabar angin melalui aplikasi WhatsApp di Keningau itu bermula sejak 18 okt yang mendakwa empat pelajar sekolah menengah dan tiga murid sekolah rendah diculik oleh sekumpulan individu, sebelum dibebaskan tanpa syarat. 

Selain itu, sekeping foto yang menunjukkan lapan pelajar wanita berpakaian seragam sekolah sedang berdiri dengan tujuh daripadanya merupakan wanita berusia, turut disebarkan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya bertindak membuka kertas siasatan dan menjalankan gerakan mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut. 

"Kenyataan yang tersebar menerusi WhatsApp ini mampu mendatangkan kegusaran kepada masyarakat apatah lagi ia tidak pernah terjadi dan palsu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Beliau berkata siasatan awal mendapati setakat ini tiada laporan polis berkenaan kes penculikan dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kegusaran kepada orang awam yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan. 

Katanya, orang ramai dinasihat agar lebih bertanggungjawab dalam menghebahkan sebarang maklumat terutama berkaitan isu keselamatan yang mampu mengugat kententeraman awam.

TOYOTA KONGSI MODEL PALING LARIS

Baca selengkapnya

11 Oct 2014

Penculikan Konstabel Zakia Aliep : Penculik Tuntut Wang 40 Juta Peso untuk pembebasaN

Konstabel Zakia Aliep yang diculik di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, Semporna pada Julai lepas. MALAYSIA masih berunding dengan Penculik

djkupang & Friends
Penculik Tuntut Wang 40 Juta Peso untuk pembebasan 
Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior DCP Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim berkata rundingan sebelum ini menemui jalan buntu kerana kumpulan penculik menuntut wang tebusan yang tinggi antara RM3 juta hingga RM10 juta.

Katanya Zakia yang diculik kumpulan penceroboh pada 12 Julai lepas berada dalam keadaan sihat dan selamat berdasarkan panggilan telefon kepada isterinya dan beliau dipercayai berada di lokasi di pedalaman selatan Filipina bersempadanan dengan Sabah.

"Kita tengah berunding. Mereka menuntut 40 juta peso (RM2.9 juta). Kadarnya ada naik dan turun. Mereka ada memberi sepuluh hari dan kita tunda. Rundingan masih boleh diteuskan.

"Apa yang penting, kalau boleh kita mahu membuat pembebasan tanpa sebarang bayaran dan pihak sana boleh membebaskannya secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kebajikan ke rumah bapa Zakia di Kampung Tinuhan, di Tuaran, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Komander Pasukan Polis Marin Datuk Abd Aziz Yusoff.

Muhammad Fuad berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan kerajaan dan pasukan keselamatan Filipina untuk meneruskan rundingan dan menurutnya Zakia menghubungi keluarganya sebanyak 82 kali sejak dilarikan kumpulan penculik itu.

Ditanya lokasi Zakia ditawan, beliau berkata kumpulan penculik dipercayai sentiasa bergerak dan berpindah tempat persembunyian yang berkemungkinan di kawasan hutan.

"Isterinya tidak tahu di mana dia berada kerana melalui percakapan dengan Zakia, kumpulan itu sering berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Apabila isteri cuba bertanya pihak sana tidak mahu mendedahkan lokasi. Apabila mereka rasa tidak selamat akan pindah dan pindah di kawasan pedalaman kemungkinan kawasan hutan," katanya.

Beliau berkata pasukan polis akan berusaha dan bertangungjawab sepenuhnya untuk menentukan keselamatan Zakia dan kembali ke pangkuan keluarga.

"Kita mahu dia dibebaskan dengan selamat dan oleh sebab itu, kita mengambil masa tiga bulan (untuk berunding) dan keadaan masih terkawal dan dia (Zakia) masih okay kerana kita tahu pihak sana tidak mendera dan memukul ... kita perlu ambil masa," katanya.

Berhubung lawatan kebajikan itu, Muhammad Fuad berkata ia sebagai tanda sokongan kepada keluarga Zakia dengan menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa Zakia iaitu Juna Gumbur, 54, dan Aliep Sadu, 54, serta isteri Zakia, Sharifah Erna Berson, 22, dan anak mereka, Muhd Hisyam Izzuddin yang berusia tujuh bulan.

"Kita memberi harapan kepada keluarga Zakia pasukan polis sentiasa mengambil berat dari segi kebajikan dan kita ada orang yang tengah membuat rundingan ... kita hendak beliau (Zakia) bebas dengan selamat," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Fuad berkata pengusaha ikan dalam sangkar Chan Sai Chiun yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak pada 16 Jun lepas juga dipercayai berada dalam keadaan selamat dan rundingan juga sedang diadakan dengan pihak penculik bagi pembebasannya tanpa bayaran tebusan. – Bernama, 11 Oktober, 2014


Baca selengkapnya