22 Oct 2014

BERITA PALSU : POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !

Polis Sabah menyiasat laporan insiden penculikan palsu yang membabitkan pelajar sekolah di negeri ini seperti yang disebarkan melalui medium sosial termasuk aplikasi WhatsApp. 

djkupang & Friends
POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !
Difahamkan penyebaran khabar angin melalui aplikasi WhatsApp di Keningau itu bermula sejak 18 okt yang mendakwa empat pelajar sekolah menengah dan tiga murid sekolah rendah diculik oleh sekumpulan individu, sebelum dibebaskan tanpa syarat. 

Selain itu, sekeping foto yang menunjukkan lapan pelajar wanita berpakaian seragam sekolah sedang berdiri dengan tujuh daripadanya merupakan wanita berusia, turut disebarkan. 

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya bertindak membuka kertas siasatan dan menjalankan gerakan mengesan individu yang bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut. 

"Kenyataan yang tersebar menerusi WhatsApp ini mampu mendatangkan kegusaran kepada masyarakat apatah lagi ia tidak pernah terjadi dan palsu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.


Beliau berkata siasatan awal mendapati setakat ini tiada laporan polis berkenaan kes penculikan dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau. 

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan atas kesalahan mendatangkan kegusaran kepada orang awam yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan. 

Katanya, orang ramai dinasihat agar lebih bertanggungjawab dalam menghebahkan sebarang maklumat terutama berkaitan isu keselamatan yang mampu mengugat kententeraman awam.

TOYOTA KONGSI MODEL PALING LARIS



Bagikan

Jangan lewatkan

BERITA PALSU : POLIS SABAH SIASAT LAPORAN KES CULIK PALSU !
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"