18 Jul 2014

Polis Sabah Buru Indvidu Sebar Khabar Angin

Ketua Polis Sabah Menegaskan Tindakan Sebar Khabar Angin Mengganggu Ketenteraman Awam

Datuk Jalaluddin Abd Rahman
Kota Kinabalu: Individu yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai susulan kejadian yang berlaku di Pulau Mabul, Semporna, awal pagi Ahad lalu akan diburu dan diheret ke mahkamah kerana menggangu ketenteraman awam selain mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai terutama penduduk di pantai timur negeri ini.

Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abd Rahman yang sudah mengarahkan pegawainya menjalankan siasatan menyeluruh termasuk mengesan individu yang menyebarkan laporan palsu di laman sesawang dan aplikasi sembang sosial seperti Facebook dan WhatsApp.

“Polis memandang serius gejala ini dan tindakan tegas akan diambil sekiranya maklumat disebarkan itu palsu.

“Justeru, saya meminta masyarakat tidak terpedaya dengan sebarang laporan yang sengaja direka pihak tidak bertanggungjawab bertujuan menakutkan orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kuih-Muih Aidilfitri Kepada Anggota Keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae di sini, semalam.

Majlis penyerahan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Jalaluddin berkata, pihaknya akan memastikan keselamatan negeri ini sentiasa terjamin.

“Keadaan keselamatan di seluruh negeri termasuk di pantai timur aman, damai dan terkawal.

“Saya meminta masyarakat tidak mendengar laporan tidak benar yang sering disebarkan di laman sosial,” katanya.

Menurutnya, agensi keselamatan mampu mengawal sebarang insiden berlaku termasuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan melancarkan Ops Selamat 2014 peringkat negeri sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya minta kerjasama semua penduduk yang mahu meninggalkan rumah masing-masing menjelang musim perayaan supaya melaporkan ke balai polis berhampiran untuk rondaan,” katanya. myMetro

Bagikan

Jangan lewatkan

Polis Sabah Buru Indvidu Sebar Khabar Angin
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"