Terkini Sabah, Bilangan Tentera ESSCOM Ditambah Untuk Penguatkuasaan Keselamatan di Sabah
KOTA KINABALU 18 Julai - Panglima Pemerintahan Wilayah Timur (Sabah/Sarawak) Lt. Jen. Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, bilangan anggota tentera di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESScom) akan ditambah bagi memperkukuhkan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.
Beliau berkata, penambahan anggota itu adalah sebagai persiapan untuk membantu anggota keselamatan lain seperti polis dalam menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan pantai timur Sabah.
"Pihak Tentera Darat sedang merancang dan berusaha untuk menambah bilangan anggota di kawasan ESSCom sejak tamatnya Ops Daulat lagi," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga 5 Briged Infantri, di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi, malam tadi.
Katanya, selain menambah bilangan anggota tentera, aset yang telah sedia di kawasan ESScom juga akan ditambah bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi aspek keselamatan. - BERNAMA
Bagikan
Berita Sabah : Bilangan Tentera ESSCOM Ditambah Untuk Penguatkuasaan Keselamatan di Sabah
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"