13 Jun 2014

Program Kesedaran Klef (Sumbing) bibir di Sabah perlu lebih kerap


KOTA KINABALU, -- Program kesedaran berbentuk karnival mengenai klef (sumbing) bibir dan lelangit perlu diadakan lebih kerap dan diperluas ke setiap daerah di negeri ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi.

Katanya jika diadakan secara berkala, adalah lebih mudah untuk pihak penganjur mendapatkan kerjasama pakar luar bagi membantu pakar tempatan mengendalikan kes klef terutama kanak-kanak.

Klef memerlukan pelbagai disiplin perubatan seperti terapi pertuturan dan penilaian pendengaran selain pembedahan untuk membetulkan struktur bibir serta lelangit, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Klef Kota Kinabalu 2014 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini Rabu.

Menurut Dr Christina bagi tempoh Januari 2011 hingga Disember 2012 sebanyak 170 kes dirujuk ke Jabatan Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Hospital Queen Elizabeth 1 di sini.

Kajian Jabatan Pembedahan Pergigian Pediatrik di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah pada 2010 pula menunjukkan 67 peratus bayi memerlukan alat khas 'feeding plate' bagi membantu dari segi penyusuan, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia (CLAPAM) Zainal Azhar Ahmad berkata persatuan tersebut akan membentuk kumpulan sokongan dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak yang berkeadaan klef.

Katanya antara isu yang dibangkitkan oleh ibu bapa pada karnival empat hari yang bermula 8 Jun lepas itu ialah isu psikologi iaitu keyakinan diri kanak-kanak berkenaan turut terjejas.

Baca juga APA ITU KLEF dan BAGAIMANA TERJADI

Bagikan

Jangan lewatkan

Program Kesedaran Klef (Sumbing) bibir di Sabah perlu lebih kerap
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"