31 Jul 2014

Kampung Gentisan Bukan Setinggan | Laporan Media Sebelum Ini Tidak Tepat - JKKK Kg Gentisan

Berita Terkini Sabah : Kemaskini Terbaru STATUS Kampung Gentisan 

djkupang.com menerima respon dari penduduk yang bermaustautin di Kampung Gentisan berkaitan Berita Kebakaran 25 Buah Rumah Setinggan Terbakar di Kampung Gentisan.

Mereka merasa kurang senang berita yang diperolehi dari SUMBER ASAL [KLIK SINI] menjadi Perbualan hangat kerana Laporan Pihak Media yang kurang tepat berkaitan dengan status Kampung Gentisan ditambah dengan KOMEN KETERLALUAN dari individu yang tidak mengetahui Sejarah Asal Kampung Gentisan.

Selepas berbincang dengan mereka djkupang.com dengan mohon maaf atas atas situasi tersebut dan Menghubungi Encik Awang Pasih Abdul KaharPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan selepas mendapat nombor telefon dari pengadu.

Berikut adalah Laporan Berita RTM Kota Kinabalu selepas menemubual En. Awang Pasih :

Mangsa kebakaran di Kampung Gentisan, Sepanggar menerima bantuan daripada pihak kerajaan, agensi bukan kerajaan dan badan-badan amal.
Bantuan yang diberikan termasuk sumbangan berupa keperluan dapur, pakaian terpakai, tilam serta wang tunai.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, status perkampungan tersebut adalah bukan setinggan. Katanya, Kampung Gentisan berdaftar di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan kerajaan negeri.
Kejadian kebakaran pukul 2.30 petang kelmarin itu memusnahkan 25 buah rumah yang melibatkan kira-kira 200 penduduk kampung.

Laporan yang kurang tepat mengenai STATUS Kampung Gentisan ini boleh merosakkan imej kampung ini sebagai sebuah kampung yang berdaftar di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Masyarakat luar akan melihat mereka sebagai Pendatang Tanpa Izin padahal mereka adalah Anak Jati Negeri Sabah.

Awang Pasih juga menyeru kepada SEMUA PIHAK yang sudah menyebarkan berita tersebut supaya menarik balik kenyataan mereka dan memperbetulkan semula agar pandangan masyarakat tahu mengenai FAKTA SEBENAR.

Astro Awani dan Sinar Harian sudah membetulkan artikel mereka




31 Julai 2014 : Majlis penyerahan bantuan barangan keperluan dapur dr jabatan kebajikan, beras dr NGO2, Dbkk dan bantuan peribadi dari ADUN N.12 Karambunai YB Dtk Hjh Jainab Ahmad kepada mangsa kebakaran di Kg. Gentisan Menggatal yang disampaikan oleh YB Dtk Hjh Jainab Datuk SP. Hj Ahmad Ayid Wakil Rakyat N.12 Karambunai.
Artikel ini ditulis oleh djkupang.com melalui carian dan informasi melalui JKKK Kampung Gentisan En. Awang Pasih Abdul Kahar melalui panggilan telefon. djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Kampung Gentisan Bukan Setinggan | Laporan Media Sebelum Ini Tidak Tepat - JKKK Kg Gentisan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"