6 Oct 2014

#CB204 Ditemui Selamat : Insiden Bot Tempur TLDM yang dilaporkan Terputus Hubungan

djkupang& friends
#CB204 Ditemui Selamat : Insiden Bot Tempur TLDM yang dilaporkan Terputus Hubungan
Semua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada di dalam bot tempur yang hilang sejak pagi Ahad ditemui selamat.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi tulisannya di Twitter berkata, Leftenan Azri Bakar yang mengetuai bot tempur (CB204) itu memaklumkan kepada kapal milik tentera laut, KD Ganas bahawa bot dan semua kru selamat.

“Leftenan Azri, memaklumkan bahawa KD Ganas melalui (frekuensi radio) saluran 16 bahawa bot dan semua warga (kru) selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah.

"Bot telah dijumpai oleh pada pukul 6.49 petang," katanya di akaun Twitternya @ChiefofNavy pada kira-kira pukul 6.05 petang Isnin.

Kapal KD Ganas berjaya menghampiri bot CB204 dan menyerahkan makanan kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang kelaparan selepas bot tersebut terputus hubungan dan hanyut sejak semalam.


Sementara itu, TLDM di Twitter (@tldm_rasmi) pula berkata: "Alhamdulillah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan #CB204 dan kepada semua yang membantu dalam operasi SAR (mencari dan menyelamat)."

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Leftenan Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, Abdul Aziz berkata, bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

Bagikan

Jangan lewatkan

#CB204 Ditemui Selamat : Insiden Bot Tempur TLDM yang dilaporkan Terputus Hubungan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"