Berita Sabah 2014 : Bot Tempur TLDM Terputus Hubungan Di Perairan Sabah
Sebuah bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikhuatiri hilang semasa cuaca buruk di perairan Pulau Mengalum, SABAH.
SABAH : BOT TEMPUR TLDM DIKUATHIRI HILANG DI PEAIRAN NEGERI SABAH |
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata bot tempur jenis CB90 itu terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.
Dalam satu kenyataan pada Ahad malam, beliau berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada pukul 11.15 pagi.
Bot tempur itu ditugaskan untuk beroperasi di stesen berkenaan, katanya.
Abdul Aziz berkata operasi mencari sedang dijalankan oleh aset-aset TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), namun ia masih belum ditemui.
Tujuh orang krew yang diketuai Leftenan Azri Bakar berada di atas bot tempur itu, kata beliau.
Operasi mencari kini diteruskan mengikut prosedur sedia ada, katanya.
Sumber dipetik : MSTAR ONLINE
Bagikan
SABAH : BOT TEMPUR TLDM DIKUATHIRI HILANG DI PEAIRAN NEGERI SABAH
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"