Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

8 Oct 2014

JALAN KK-TAMBUNAN TIDAK SELAMAT - INFO SEMASA NEGERI SABAH :

KEMASKINI BERITA/INFO SABAH 08/10/2014

O8/10/2014 (Rabu)- JKR menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan Jalan Donggongon-Tambunan di Kilometer 45.6 dari Kota Kinabalu kerana mengalami keretakan teruk & jalan tersebut tidak selamat untuk dilalui.

Jalan alternatif adalah Jalan Tambunan-Ranau, Keningau-Kimanis & Jalan Tenom-Sipitang.

Bantu Sebarkan

djkupang & Friends
JALAN KK-TAMBUNAN TIDAK SELAMAT 

djkupang & Friends
JALAN KK-TAMBUNAN TIDAK SELAMAT 


Baca selengkapnya

7 Oct 2014

Banjir di NEGERI SABAH 07/10/2014 [Gambar Penampang]


djkupang & Friends
PENAMPANG VIEW

TERKINI SABAH : Gambar Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Banjir di Sekitar Penampang

djkupang & Friends
Megalong Penampang
Sumber Gambar laman Sosial Facebook. UPDATE
Baca selengkapnya

12 Sept 2014

Negeri Sabah | Buaya Tembaga Ditangkap di Likas Kota Kinabalu

Jika ada orang bertanya, "Betulkah ada Buaya di Kompleks Sukan Likas ?" Apa kamu akan jawab ? Di sini ada jawapannya..


blog djkupang
Buaya Tembaga Ditangkap di Likas Kota Kinabalu

Buaya yang sering kelihatan di Taman Rekreasi Kompleks Sukan Likas sejak seminggu lalu berakhir selepas reptilia itu berjaya ditangkap kelmarin.

Reptilia yang terkenal di Sarawak dengan jolokan Bujang Senang itu difahamkan termasuk ke dalam perangkap khas yang dipasang oleh sepasukan anggota Unit Penyelamat Jabatan Hidupan Liar (JHLS) Sabah kira-kira jam 8 pagi.

Renjer Kanan Bahagian Penguatkuasa dan Pelesenan JHLS Sabah Melvin Richard Amandus berkata, sebaik menerima laporan daripada aduan orang awam berhubung penemuan buaya berkenaan, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.


Baca selengkapnya

7 Sept 2014

OPS CANTAS KHAS POLIS KOTA KINABALU CEGAH JENAYAH

Berita Sabah : Terkini Polis Kota Kinabalu adakan Operasi Khas Banteras Jenayah
blog djkupang
Gambar Operasi Tersebut
OPS CANTAS KHAS yang dijalankan adalah sebagai usaha membendung Samseng Jalanan Pemandu Mabuk dan langkah pencegahan Jenayah yang diadakan bermula dari jam 11.30 malam tadi sehingga jam 4.30.

Dalam operasi tersebut satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki yang menggunakan sebuah motorsikal dengan flat nombor pendaftaran palsu yang boleh didakwa dibawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi khas sulung bagi bulan ini, menurut Ketua polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra juga disertai anggota daripada Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Balai Polis Alam Mesra dan Luyang yang turut disertai oleh Ketua Balainya.



Baca selengkapnya

Berita Sabah | Terkini Remaja Ditangkap Khalwat di Hotel Murah Kampung Air, Kota Kinabalu

Macam-macam alasan yang diberikan apabila sudah kedapatan oleh Penguatkuasa Jabatan Hal  Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Tiada apa yang patut disesalkan memang itu adalah pilihan kamurang.

Melalui petikan akhbar dari surat khabar harian Metro yang disiarkan pada hari ini 07/09/2014, diharapkan agar semua terutama ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak anda.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lain pula ceritanya. Para remaja juga patut mengambil ini sebagai ikhtibar kerana bukan sahaja mengaibkan kedua orang tua anda malah turut menghancurkan harapan mereka yang mahu melihat anda berjaya dalam pelajaran.

Semoga perkongsian berita di bawah ini difikir secara positif dan bermanfaat untuk semua.

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini.

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.



Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar.

"Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut.

"Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995. 

P/s: Penat berjalan-jalan baliklah rumah.. Jika pemantauan dari orang tua atau ahli keluarga mungkin hal ini boleh dielakkan. 
Baca selengkapnya

3 Aug 2014

BERITA SABAH TERKINI | GAMBAR PENCURI PECAH RUMAH MASUK DI CYBER CITY PHASE2

PENCURI PECAH RUMAH MASUK DI CYBER CITY PHASE2 AKHIRNYA DIBERKAS POLIS PADA 02.08.2014


Berita Terkini - Tiga orang lelaki [gambar] telah diberkas oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti Pecah Rumah di Perumahan Cyber City Phase2 Kota Kinabalu

Mereka yang menaiki sebuah kereta GL berwarna merah diberkas oleh pihak polis dengan bantuan pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan perumahan Cyber City Phase2.

Maklumat yang diperolehi mereka menjalankan aktiviti Mencuri dan Pecah Rumah dengan cara mengetuk pintu rumah bakal mangsa terlebih dahulu untuk memastikan tiada orang dalam rumah.

Hal ini turut terjadi kepada beberapa orang yang kebetulan berada di rumah dan mereka turut mengecam salah seorang suspek yang mana gambar mereka kini sedang hangat dikongsikan di laman sosial Facebook.

Sebagai Peringatan Bersama di semasa musim perayaan ini. Malang Tidak Berbau.


Sumber : Laman Sosial Facebook
Baca selengkapnya

22 Jul 2014

Berita Sabah : DBKK Edar Jalur Gemilang dan Bendera Sabah

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Logo dan Tema Hari Kebangsaan 2014
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengedarkan kira-kira 1,200 Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah secara percuma kepada pemilik premis perniagaan di sekitar bandar raya ini.
Datuk Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Abidin Madingkir berkata acara tahunan itu diadakan menjelangnya Hari Kemerdekaan bagi mendorong masyarakat mempamerkan semangat patriotisme kepada negara.
“Premis perniagaan diminta mempamerkan semangat patriotisme yang tinggi dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan masing-masing,” katanya kepada pemberita sebelum majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan di sini, Selasa.
Abidin juga mengingatkan pemilik premis agar tidak mengibarkan Jalur Gemilang yang lusuh sebaliknya menggantikannya dengan yang baharu sempena pelancaran Hari Kemerdekaan peringkat negeri, pada 4 Ogos ini.
Pengagihan Jalur Gemilang dan bendera Sabah itu turut disertai oleh Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan dan Polis Kontinjen Sabah.
Tema Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini ialah “Malaysia…Di sini Lahirnya Sebuah Cinta
BERNAMA -djkupang.com
Baca selengkapnya

17 Jul 2014

Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah

PANAS : Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah


Kisah Kereta Wanita Seksi Masuk Parit ini mungkin Tidak sehebat Wanita Pembuli Jalanan yang mendapat perhatian UMUM dan menjadi Isu Semasa  di Malaysia.

Menurut Sumber Blog Semuanyapanas.blogspot.com dikatakan Gadis Seksi ini pada hari sebelum kejadian mereka berhibur dan bersukaria terlebih dahulu. 

Jika melihat kepada baju yang dipakai mungkin ada betulnya juga. Apapun kita sama-sama jadikan kisah ini sebagai pengajaran. 

Sama ada BETUL atau TIDAK yang penting mereka selamat cuma kereta sahaja yang mungkin memerlukan sedikit kos untuk dibaiki.

VIDEO orang awam Bantu Mereka ketika Kemalangan


"YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK BIKIN SEMPADAN"
Baca selengkapnya

16 Jul 2014

Polis Kota Kinabalu Tumpaskan "GENG MENGGATAL"

Kumpulan yang terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu


Polis Kota Kinabalu berjaya menumpaskan 'Geng Menggatal' yang terlibat dalam jenayah pecah rumah dan curi kereta di sekitar Kota Kinabalu dengan penahanan 4-lelaki tempatan baru-baru ini.  

Modus operandi geng berkenaan bermula pada 4 Jun hingga awal Julai ini. Keempat-empat penjenayah lelaki berusia 23 hingga 30-tahun itu berjaya ditangkap pada 8 dan 9 Julai di Hotel Tang Dynasty, Sepanggar dan Inanam. 

Kumpulan itu berpangkalan di Menggatal terlibat dalam 6-kes pecah rumah dan curu kereta yang melibatkan kerugian sebanyak 730-ribu ringgit. 

Kejayaan merampas kembali barang-barang yang dicuri itu dianggarkan bernilai 670-ribu ringgit termasuk 5-buah kenderaan jenis Landcruiser, Honda CRV, Vios, Hilux dan Isuzu Pick-up.  

Kereta-kereta itu dipercayai untuk dijual dan digunakan untuk melarikan diri dengan menukar nombor plat! sebelum mencuri semula.  Turut ditemui ialah cukai jalan, matawang asing, komputer riba, dompet, telefon bimbit dan senjata tajam.  

KREDIT : RTM SABAH
Baca selengkapnya

PEMULIHARAAN HUTAN SIMPAN ULU SEGAMA MALUA JADI MODEL UNESCO

Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang didiami lebih 1,000 ekor Orang Utan


KOTA KINABALU, (15 Julai) — Projek pemuliharaan Hutan Simpan Ulu Segama Malua yang didiami lebih 1,000 ekor Orang Utan, iaitu yang terbanyak di Malaysia, telah dijadikan model konservasi hutan oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata semua aktiviti pembalakan di kawasan itu dihentikan pada 2007 untuk memberi laluan kepada penubuhan santuari Orang Utan.

Kerajaan kehilangan pendapatan berbilion ringgit sebagai kesan projek ini namun kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada pelaksanaan dasar ini demi masa depan hutan simpan dan hidupan liar Sabah, katanya menjawab soalan Datuk Joniston Bangkuai (BN-Kiulu) di Dewan Undangan Negeri, di sini, Selasa.

Musa berkata projek pemuliharaan yang meliputi kawasan seluas 240,000 hektar itu hanya sebahagian daripada pelbagai inisiatif konservasi yang dilaksana oleh kerajaan Sabah seiring dengan komitmen Malaysia mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus kawasan berhutan.

Usaha lain ialah ‘Kinabatangan Corridor of Life’ (K-Kol) yang melibatkan pemuliharaan riparian sungai seluas 150,000 hektar dengan dana daripada pihak swasta, katanya.

Musa berkata inisiatif lain ialah Pemuliharaan Lower Kinabatangan dan Segama Wetlands atau tapak Ramsar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 79,000 hektar, Trusmadi Conservation Area (74,736 hektar), Danum Valley Conservation Area (43,800 hektar), Maliau Basin Conservation Area (105,443 hektar) dan Imbak Canyon Conservation Area (30,000 hektar).

“Pewartaan Hutan Simpan Gunung Rara sebagai kawasan perlindungan, mewujudkan jalinan hubungan Maliau, Imbak, Malua-Ulu Segama dan Danum sebagai kawasan dilindungi sepenuhnya dengan keluasan lebih 500,000 hektar, iaitu yang terbesar di Malaysia,” katanya.

Selain itu Musa berkata Sabah juga merancang untuk meningkatkan keluasan kawasan dilindungi sepenuhinya daripada 1.35 juta hektar kepada 2.1 juta hektar atau 30 peratus daripada kawasan hutan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Katanya kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Perhutanan, sedang mengenal pasti beberapa kawasan untuk diwartakan atau dikelaskan semula menjadi Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan) dan seterusnya meningkatkan keluasan kawasan Hutan Simpan Kelas 1 kepada sejuta hektar pada tahun ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Wilfred Bumburing (PKR-Tamparuli), Musa berkata pendapatan kerajaan negeri Sabah menerusi royalti pembalakan telah menurun daripada RM1 bilion setahun kepada RM100 juta. — BERNAMA
Baca selengkapnya

[GAMBAR] : Kereta Terbabas Masuk Longkang Berhadapan Kompleks Bersepadu KKMM Sabah

Kota Kinabalu, 16 Julai 2014 : Wanita selamat kereta terjunam ke parit berhadapan Kompleks Bersepadu KKMM Sabah






djkupang.com
Baca selengkapnya

2 Jul 2014

Berita Sabah : Remaja Tipu Ibu Ditahan

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tergamak menipu dan memeras ugut ibu sendiri dengan mendakwa dirinya diculik akhirnya berjaya ditahan polis di sini baru-baru ini.

Suspek pada mulanya dikatakan menghubungi ibunya dengan mengatakan dia ditahan oleh sekumpulan lelaki di atas alasan dituduh mencuri motosikal dan diminta membayar wang tebusan sebanyak RM2,000.

Dalam insiden berlaku Khamis lepas itu, ibu suspek berusia 34 tahun itu kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.42 pagi kerana bimbang perkara buruk menimpa anaknya.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, bertindak atas maklumat dan laporan yang diterima, sepasukan anggota akhirnya berjaya mengesan kelibat suspek di Kampung Delima, Jalan Sulaman kira-kira jam 3 pagi.

“Ketika ditemui, suspek difahamkan sedang berlegar-legar bersama dua lagi rakan lelakinya di kawasan kampung itu. Polis kemudiannya menahan suspek bersama rakannya yang berusia 17 dan 23 tahun terbabit sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu.

“Hasil soal siasat, kita dapati keterangan ketiga-tiga mereka termasuk suspek tidak sama dan polis turut mendapat tahu bahawa insiden culik membabitkan suspek adalah sengaja direka-reka,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Ops Pintu di sini kelmarin.

Jauteh berkata, suspek dikatakan berpakat dengan kedua-dua rakannya untuk berbohong dengan pengadu (ibu suspek) dengan mendakwa ditahan sekumpulan lelaki dan meminta wang tebusan sebanyak RM2,000.

“Kita masih menyiasat apa tujuan mereka meminta wang berkenaan dan berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek adalah negatif dadah,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

Rumah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dirompak - Kerugian RM15,000

KOTA KINABALU: Kediaman Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000 berikutan beberapa barangan berharga hilang dipercayai dilarikan oleh sekumpulan penjenayah.

Insiden terbabit hanya disedari oleh jiran di kawasan perumahan berkenaan yang mendapati pagar besi rumah berkenaan terbuka lalu memaklumkan perkara itu kepada mangsa pada jam 10 pagi kelmarin.

Christina dilaporkan tidak berada di rumahnya dan berada di Semenanjung atas urusan kerja ketika kejadian terbabit berlaku.

Beliau dipercayai telah berbuat laporan polis di balai polis berhampiran sebaik tiba di Kota Kinabalu lewat malam semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan menyeluruh kini giat dijalankan termasuk usaha memburu suspek yang terlibat dalam insiden pecah rumah terbabit.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat adalah lebih seorang individu dan menjelaskan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Siasatan masih giat dijalankan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu untuk tampil membantu siasatan kes,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Baca selengkapnya

24 Jun 2014

Sinsuran, Sabah : Isteri curang dicekup Suami Kecewa

Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami sebaik melihat isteri nya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.

Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.

“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.

Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.

“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini.

“Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.

“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.

Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.

“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.

“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.

“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya. [ sumber : suarainsan ]
Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Berita Sabah : Lelaki Tembak Diri Sendiri kerana Bakal Isteri dibawa Lari


KOTA KINABALU: Seorang lelaki menembak dirinya dengan pistol buatan sendiri di hadapan rumah teman wanitanya pada hari mereka sepatutnya berkahwin.

Lily Sulaiman, 27, dilanda kesedihan kerana ibu saudara kepada teman wanitanya yang berusia 17 tahun bertindak membawa lari teman wanitanya itu dari rumah mereka di Kota Marudu ke Kota Kinabalu untuk menghalang perkahwinan. 

"Dia sangat kecewa," kata  Ketua Polis Daerah Supt Kota Marudu Mohd Isa Yusuf, JUmaat. 

Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam pada 9 Jun di Kampung Patiu. Tiada unsur jenayah disyaki.

Mohd Isa berkata, Lily yang tidak bekerja, dilihat sebagai tidak sesuai untuk gadis itu kerana dia masih terlalu muda. 

Lily dan remaja itu telah menjalinkan hubungan selama kira-kira tiga tahun. 

Lily hanya mendapat tahu bahawa gadis itu telah dibawa pergi apabila dia tiba di rumahnya. 

Mereka yang menghadapi masalah atau memerlukan seseorang untuk berunding boleh menghubungi Befrienders Kota Kinabalu di 088-255788 atau e-mel befrienderskk@gmail.com.

Baca selengkapnya

Desakan Hidup Mendorong Pelajar 15 Tahun Jual Kehormatan Dicekup di Kampung Air

Sekadar Gambar Hiasan
KOTA KINABALU: Gara-gara desakan hidup, seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di sini sanggup menjadi pelacur semata-mata untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan persekolahan serta keluarganya.

Difahamkan, remaja perempuan terbabit yang kini tinggal bersama ibunya selepas kedua-dua orang tuanya bercerai beberapa tahun lepas telah tiga kali diberkas di kawasan Kampung Air di sini kerana ‘menjual kehormatannya’ untuk mendapatkan wang.

Pelajar terbabit pernah ditahan kerana menjadi pelacur pada awal dan pertengahan tahun lepas dan yang terbaru ialah pada Selasa lepas di mana dia sekali lagi dicekup ketika ‘bersama’ pelanggannya juga di kawasan Kampung Air.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pelajar tempatan berumur 15 tahun itu dicekup ketika sedang melayan seorang pelanggan di salah sebuah di hotel terbabit.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang bapa ayam berumur 22 tahun yang juga dipercayai abang tiri kepada remaja perempuan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Bandaraya, Superintendan M. Chandra berkata tangkapan terhadap pelajar terbabit merupakan kali ketiga dibuat di mana sebelum ini dia juga pernah ditahan atas kesalahan sama di sekitar kawasan Kampung Air.

“Sebelum ini, pelajar terbabit pernah dicekup pada awal dan pertengahan tahun lepas juga kerana didapati menjadi pelacur dan kali ini, sepasukan polis dari cawangan D7 (Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kota Kinabalu sekali lagi menahannya ketika dia sedang melayan pelanggannya,” katanya.

Chandra berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Tambahnya, pihak polis kini masih lagi menjalankan siasatan terhadap pelajar terbabit dan dia juga akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan.

“Tindakan polis pada kali ini ialah menghantar remaja terbabit ke Jabatan Kebajikan agar dia dapat menjalani kehidupan seperti biasa tanpa terdedah kepada jenayah terutama jenayah maksiat,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi serbuan di hotel berasingan, seorang pelacur warganegara China berumur 44 tahun turut ditahan.

“Wanita terbabit juga ditahan ketika dia sedang memberi khidmat seks kepada pelanggannya dengan tujuan untuk mendapat bayaran,” katanya.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan.
Baca selengkapnya