OPS CANTAS KHAS POLIS KOTA KINABALU CEGAH JENAYAH
Berita Sabah : Terkini Polis Kota Kinabalu adakan Operasi Khas Banteras Jenayah
Gambar Operasi Tersebut |
OPS CANTAS KHAS yang dijalankan adalah sebagai usaha membendung Samseng Jalanan Pemandu Mabuk dan langkah pencegahan Jenayah yang diadakan bermula dari jam 11.30 malam tadi sehingga jam 4.30.
Dalam operasi tersebut satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki yang menggunakan sebuah motorsikal dengan flat nombor pendaftaran palsu yang boleh didakwa dibawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi khas sulung bagi bulan ini, menurut Ketua polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra juga disertai anggota daripada Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Balai Polis Alam Mesra dan Luyang yang turut disertai oleh Ketua Balainya.