Berita Sabah : Terkini Polis Kota Kinabalu adakan Operasi Khas Banteras Jenayah
Gambar Operasi Tersebut |
OPS CANTAS KHAS yang dijalankan adalah sebagai usaha membendung Samseng Jalanan Pemandu Mabuk dan langkah pencegahan Jenayah yang diadakan bermula dari jam 11.30 malam tadi sehingga jam 4.30.
Dalam operasi tersebut satu tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki yang menggunakan sebuah motorsikal dengan flat nombor pendaftaran palsu yang boleh didakwa dibawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Operasi khas sulung bagi bulan ini, menurut Ketua polis Daerah Kota Kinabalu, ACP M. Chandra juga disertai anggota daripada Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Balai Polis Alam Mesra dan Luyang yang turut disertai oleh Ketua Balainya.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 80 keping saman Pol 257 iaitu saman yang ditandatangani oleh penerima saman trafik dan 7-keping Pol 170A iaitu saman tempat letak kenderaan.
Seramai 7-orang diuji dengan SD-2+ dan 3 lagi dibawa ke balai trafik bagi ujian tahap alkohol dan 2 daripanay didapati melebihi tahap alkohol dalam darah.
Dalam operasi itu, seramai 73 penonton daripada kawasan plaza lintas juga dibawah bagi ujian air kencing dan didapati semuanya negatif dadah.
Op Cantas khas itu juga berjaya menahan sebanyak 8 buah motorsikal dan 2 buah kereta di balai trafik atas pelbagai kesalahan.
Dipetik dari Berita RTM SABAH
Wartawan: Olivia Chong
Lokasi : Sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh : 06 September 2014
djkupang.com
Bagikan
OPS CANTAS KHAS POLIS KOTA KINABALU CEGAH JENAYAH
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"