7 Sept 2014

Berita Sabah | Terkini Remaja Ditangkap Khalwat di Hotel Murah Kampung Air, Kota Kinabalu

Macam-macam alasan yang diberikan apabila sudah kedapatan oleh Penguatkuasa Jabatan Hal  Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Tiada apa yang patut disesalkan memang itu adalah pilihan kamurang.

Melalui petikan akhbar dari surat khabar harian Metro yang disiarkan pada hari ini 07/09/2014, diharapkan agar semua terutama ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak anda.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lain pula ceritanya. Para remaja juga patut mengambil ini sebagai ikhtibar kerana bukan sahaja mengaibkan kedua orang tua anda malah turut menghancurkan harapan mereka yang mahu melihat anda berjaya dalam pelajaran.

Semoga perkongsian berita di bawah ini difikir secara positif dan bermanfaat untuk semua.

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini.

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.



Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar.

"Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut.

"Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995. 

P/s: Penat berjalan-jalan baliklah rumah.. Jika pemantauan dari orang tua atau ahli keluarga mungkin hal ini boleh dielakkan. 

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah | Terkini Remaja Ditangkap Khalwat di Hotel Murah Kampung Air, Kota Kinabalu
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"