Showing posts with label Breaking News Sabah. Show all posts
Showing posts with label Breaking News Sabah. Show all posts

17 Jul 2014

Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah

PANAS : Punca Sebenar Gadis Seksi Masuk Parit Besar Depan Bangunan RTM Kota Kinabalu Sabah


Kisah Kereta Wanita Seksi Masuk Parit ini mungkin Tidak sehebat Wanita Pembuli Jalanan yang mendapat perhatian UMUM dan menjadi Isu Semasa  di Malaysia.

Menurut Sumber Blog Semuanyapanas.blogspot.com dikatakan Gadis Seksi ini pada hari sebelum kejadian mereka berhibur dan bersukaria terlebih dahulu. 

Jika melihat kepada baju yang dipakai mungkin ada betulnya juga. Apapun kita sama-sama jadikan kisah ini sebagai pengajaran. 

Sama ada BETUL atau TIDAK yang penting mereka selamat cuma kereta sahaja yang mungkin memerlukan sedikit kos untuk dibaiki.

VIDEO orang awam Bantu Mereka ketika Kemalangan


"YANG BAIK JADIKAN TAULADAN, YANG BURUK BIKIN SEMPADAN"
Baca selengkapnya

6 Jul 2014

Berita Sabah : Lelaki 66 Tahun Maut di Luyang, Cuba Halang Kereta Dilarikan

Berita Sabah : Lelaki 66 Tahun Maut di Luyang, Cuba Halang Kereta Dilarikan

KOTA KINABALU, (6 Julai) — Seorang ahli perniagaan yang cuba menghalang kenderaannya daripada dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali maut selepas terseret dari kenderaan itu sejauh kira-kira 20 meter di Taman Golden City, Luyang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa yang berusia 66 tahun difahamkan baharu pulang dari pasar dan memberhentikan kenderaannya di hadapan rumahnya di taman itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun berkata siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan kesan geseran di belakang badan, siku dan kesan hentakan di dahi kanan dipercayai akibat terjatuh.

“Mangsa didatangi seorang lelaki sebaik membuka pagar rumahnya yang cuba untuk membawa lari kenderaannya. Mangsa cuba menghalang suspek dengan memegang tombol pintu kenderaan di bahagian pemandu namun tidak diendahkan suspek dan terus membawa lari kereta itu.

Mangsa yang terseret telah jatuh di atas jalan dalam keadaan terbaring dengan jarak kira-kira 20 meter,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Jauteh berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Menurutnya, polis giat memburu suspek berkenaan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. BERNAMA
-djkupang.com

Baca selengkapnya

4 Jul 2014

OPS Gagak Sabah : Bomoh Palsu dicekup

KOTA KINABALU: Polis berjaya memberkas seorang bomoh palsu bersama dua ‘pelakon’ warganegara China setelah didapati terlibat aktiviti penipuan di sekitar pusat bandar baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Superintenden Saiman Kasran berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan dari orang awam berhubung kegiatan yang dijalankan tiga wanita terbabit.

Menurutnya, kesemua suspek yang berusia 43 hingga 45 tahun itu ditahan di sebuah rumah tidak bernombor berhampiran ibu negeri bersempena Ops Gagak yang dijalankan oleh JSJK Sabah.

“Menerusi serbuan berkenaan, kita merampas beberapa beg plastik hitam dan botol air yang dipercayai digunakan kumpulan itu menipu mangsa.

“Selain itu, wang tunai RM4,350 dan sejumlah wang asing juga berjaya dirampas dalam serbuan itu di mana dipercayai hasil daripada kegiatan haram berkenaan,” katanya.

Saiman berkata, modus operandi ketiga-tiga suspek difahamkan adalah dengan menyasarkan warga tua berbangsa Cina di pasar-pasar tamu atau tempat awam.

“Seorang daripada suspek kemudian bertindak menegur mangsa sambil bertanya di mana pusat perubatan tradisional kononnya kerana ingin membawa suaminya yang sakit tenat.

“Suspek tadi juga bertindak memegang tangan mangsa sambil menangis untuk meyakinkan lagi mangsa,” katanya.

Beliau menambah, ketika suspek pertama tadi memujuk mangsa, muncul pula suspek kedua yang berlakon sebagai orang awam lalu berpura-pura ingin menghulurkan pertolongan.

Suspek kedua tadi kemudian turut meyakinkan mangsa supaya pergi bersama, kononnya bagi mengelak sesuatu bencana berlaku terhadap keluarganya.

“Setibanya di sebuah rumah, seorang lagi suspek yang dipanggil bomoh melakukan penipuan seterusnya dengan mengarahkan mangsa membawa sejumlah barangan berharga daripada rumahnya menggunakan plastik hitam yang dibekalkan.

“Mangsa yang tertipu kemudian menurut kehendak suspek dengan membawa sejumlah barangan berharga kembali ke rumah suspek.

“Selepas itu, suspek membawa barangan itu ke sebuah bilik kononnya untuk tujuan sembahyang buang sial namun dia menukar barangan terbabit dengan botol air,” katanya.

Menyedari tertipu, Saiman berkata mangsa kemudiannya bertindak berbuat laporan polis di IPD Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Baca selengkapnya

3 Jul 2014

Pihak Polis akan Memantau bagi atasi Masalah Kesesakan lalulintas di Inanam

Masalah kesesakan lalu lintas di Pekan Inanam, antara isu yang banyak dikemukakan sempena Program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Pelanggan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kota Kinabalu, ASP Ruzaidi Saad berkata, berdasarkan maklum balas orang awam, kesesakan trafik disebabkan wujudnya pasar malam dan bazar ramadan di kawasan itu.

Sehubungan itu, polis trafik akan membuat pemantauan untuk mengatasi masalah tersebut.

ASP Ruzaidi ditemui media sempena Program PDRM Bersama Pelanggan di Pekan Inanam.

ASP Ruzaidi turut memberitahu, Polis Kota Kinabalu kini giat membanteras kegiatan curi kenderaan di Inanam. Ia berikutan peningkatan kes tersebut.
BESRTMKK -djkupang.com
Baca selengkapnya

[Gambar] Berita Terkini Sabah : Kampung Pondo, Pulau Gaya Terbakar dianggarkan 20 buah Rumah Musnah

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 20 rumah atas air Kampung Pondo di Pulau Gaya di perairan ini, musnah dalam kebakaran, tengah hari tadi.

Asap tebal kelihatan dari tanah besar selain beberapa letupan dipercayai daripada tong gas turut kedengaran. 

Bomba menerima penggilan berhubung kejadian itu jam 12.49 tengah hari dan setakat ini tiada kecederaan atau kematian dilaporkan. 

Pulau Gaya mempunyai beberapa perkampungan atas air dan mengambil kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti berhampiran pasar Kota Kinabalu.
BHARIAN 




Sumber GambarJubinz Kinsil, Sayang Keningau Page
-djkupang.com
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Pesuruhjaya Polis Sabah yang Baharu Mahu Pastikan Musuh berasa Gerun

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mahu memastikan musuh yang cuba mengancam keselamatan penduduk di negeri itu berasa gerun dengan polis Sabah dan membatalkan hasrat mereka.

Katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya sebagai pegawai polis marin di Sabah selama 12 tahun dari 1978 hingga 1990 bagi tujuan itu.

"Kita akan mewujudkan kegerunan musuh-musuh yang cuba masuk ke perairan Sabah dan mengancam kesejahteraan dan keselamatan khususnya penduduk-penduduk di tepi pantai Sabah dan pulau-pulau," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang semula dengan agensi penguat kuasa di laut bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sabah.

Selain itu katanya beliau juga mahu mengadakan semula mesyuarat dua hala dengan pihak berkuasa Filipina bagi membincangkan aspek keselamatan di sempadan.

"Ini perkara yang penting supaya pertukaran maklumat sentiasa wujud," katanya.
Baca selengkapnya

2 Jul 2014

Berita Sabah : Remaja Tipu Ibu Ditahan

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang tergamak menipu dan memeras ugut ibu sendiri dengan mendakwa dirinya diculik akhirnya berjaya ditahan polis di sini baru-baru ini.

Suspek pada mulanya dikatakan menghubungi ibunya dengan mengatakan dia ditahan oleh sekumpulan lelaki di atas alasan dituduh mencuri motosikal dan diminta membayar wang tebusan sebanyak RM2,000.

Dalam insiden berlaku Khamis lepas itu, ibu suspek berusia 34 tahun itu kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.42 pagi kerana bimbang perkara buruk menimpa anaknya.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata, bertindak atas maklumat dan laporan yang diterima, sepasukan anggota akhirnya berjaya mengesan kelibat suspek di Kampung Delima, Jalan Sulaman kira-kira jam 3 pagi.

“Ketika ditemui, suspek difahamkan sedang berlegar-legar bersama dua lagi rakan lelakinya di kawasan kampung itu. Polis kemudiannya menahan suspek bersama rakannya yang berusia 17 dan 23 tahun terbabit sebelum dibawa ke IPD Kota Kinabalu.

“Hasil soal siasat, kita dapati keterangan ketiga-tiga mereka termasuk suspek tidak sama dan polis turut mendapat tahu bahawa insiden culik membabitkan suspek adalah sengaja direka-reka,” katanya dalam sidang akhbar mengenai Ops Pintu di sini kelmarin.

Jauteh berkata, suspek dikatakan berpakat dengan kedua-dua rakannya untuk berbohong dengan pengadu (ibu suspek) dengan mendakwa ditahan sekumpulan lelaki dan meminta wang tebusan sebanyak RM2,000.

“Kita masih menyiasat apa tujuan mereka meminta wang berkenaan dan berdasarkan siasatan awal, ketiga-tiga suspek adalah negatif dadah,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Baca selengkapnya

1 Jul 2014

Berita Sabah : Mantan Ketua Polis Kelantan Dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah Baru

 Datuk Jalaluddin Abdul Rahman
KOTA KINABALU: Mantan Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman secara rasminya dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah bermula kelmarin bagi menggantikan Datuk Hamza Taib.
Selepas berkhidmat selama tiga tahun lapan bulan sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza kini menggalas tanggungjawab baharu sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman.
Majlis Serah Terima Tugas bagi kedua-dua pihak disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rashid di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini kelmarin.
Jalaluddin berkata, tanggungjawab baharu itu akan dlaksanakan berdasarkan pengalaman sedia ada.
Menurutnya, setiap maklumat yang diterima akan difokuskan untuk mengadakan strategi atau pendekatan baharu.
“Apa yang penting, barisan polis kontinjen Sabah perlu mantap berserta kefahaman sesama anggota polis bersama agensi yang lain.
“Saya akan menggunakan pengalaman serta jaringan saya dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan terbaik,” katanya pada sidang media selepas majlis itu.
Sebelum ini, beliau pernah bertugas di Sabah sebagai anggota Polis Marin sekitar tahun 1978 hingga 1990.
Anak jati Kuala Lumpur ini berharap komitmen padu dan kerjasama daripada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya kontinjen Sabah akan membantunya melaksanakan amanah dan tanggungjawab berkenaan.



HAMZA (kiri) dan Jalaluddin (kanan) pada majlis Serah Terima Tugas yang diperhatikan oleh Salleh
Sementara itu, Hamza berkata, sepanjang bertugas di Sabah, banyak cabaran dan peristiwa yang tidak boleh dilupakannya.“Apa yang dilakukan adalah berdasarkan kemampuan saya dan setakat ini semuanya berjalan lancar dan saya harap Datuk Jalaluddin meneruskan usaha yang dilakukan untuk memartabatkan tugas polis.
“Bagi saya, bekerja di mana-manapun sama sahaja dan ini adalah tahun ke-39 saya berkhidmat bersama polis,” jelasnya.
Utusan Borneo - djkupang.com
Baca selengkapnya

30 Jun 2014

BERITA SABAH : PERKASA LANCAR PERKASA DI TUARAN ?


Rakyat Sabah khususnya sebahagian   penduduk Tuaran menolak mentah-mentah kemasukan sayap PERKASA di daerah itu kerana badan NGO itu merupakan perasit yang boleh memecahbelahkan perpaduan pelbagai kaum di Sabah khasnya di Tuaran.

Baru-baru ini Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali telah melancarkan majlis penyerahan watikah pelantikan jawatan Pengerusi PERKASA Daerah Tuaran Haji Rekan Setan Gundul dikediamannya.

Menurut beberapa orang penduduk Kampung Panjut Tuaran memberi tahu kemasukan PERKASA di daerah Tuaran telah ditolak oleh 70 peratus penduduk-penduduk kampung tersebut baik kaum bumiputera Islam dan bukan Islam kerana mereka tidak mahu sebuah badan NGO yang terlalu racist anti cina anti india dan anti agama Kristian.

“Kami di Sabah khususnya di daerah Tuaran kini hidup dalam aman damai walaupun di kampung Panjut ini berbilang etnik dan mempunyai perbezaan anutan agama dan berlainan budaya boleh duduk makan minum bersama, tetapi apabila  adanya PERKASA di daerah ini rakyat macam kurang senang dengan kehadiran PERKASA yang merupakan NGO condong kepada keganasan” ujar seorang penduduk Richard Mangkui Tabaan.

Kata Mangkui buat apa kita menyertai PERKASA sedangkan kita tidak tahu apa perjuangan sebenarnya yang kita tahu dan sering terbaca dimedia-media cetak dan portal PERKASA selalu buat orang marah macam-macam perkara dibuatnya yang benar-benar menyinggung perasaan dan mengguris hati masyarakat bukan Islam.

“NGO macam ini kah patut kita sokong hanya orang-orang yang kecewa saja menjadi ahli PERKASA sebab sudah tiada tempat di mana-mana badan politik sama ada dalam BN/UMNO dan PAKATAN” ujarnya.

PERKASA baru-baru ini Kata Mangkui desak kepada kerajaan BN supaya menutup sekolah cina dan sekolah India kerana kedua-dua bangsa ini tidak layak duduk di bumi Malaysia.

Semuanya Panas -djkupang.com
Baca selengkapnya

PENGAIT DI SANDAKAN SABAH ?

PENGAIT DI SANDAKAN SABAH ?

SANDAKAN: Beberapa lokasi khususnya antaranya di Taman Perumahan Taman Sentosa  km 3.4 Jalan Utara telah dikejutkan  kononnya dua buah kereta berlegar-legar  (mundar mandir) di kawasan perumahan tersebut dalam beberapa hari ini dengan menggunakan kereta Light Blue Proton Aeroback Nombor Plat EAP 4545 dan sebuah lagi van berwarna putih yang tidak dapat dicam  nombor platnya.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai mereka itu adalah gang penculikan sama ada kanak-kanak atau orang dewasa untuk disembelih kemudian diambil organnya dan dijual di negara luar sama ada ke negara China ataupun India.

Jika benar dakwaan penduduk berkenaan mereka adalah sindiket culik mohon minta anggota polis sekiranya terlihat kereta nombor AEP4546 hendaklah menahan  kenderaan tersebut untuk disoal  sesiat jika benar perkara ini berlaku.

Mohon kepada semua penduduk di taman-taman perumahan supaya jangan membiarkan anak-anak mereka merayau-rayau berseorangan dikhuatiri perkara ini memang  benar-benar berlaku.

Menurut sumber itu lagi sekiranya mereka gagal menculik kanak-kanak yang tinggal di perumahan kemungkinan mereka beralih pandangan ke arah menculik anak-anak PATI Filipina yang terbiar gelandangan  di sana sini sama ada di kawasan perumahan setinggan atau di kawasan Bandar ini untuk memudahkan kerja-kerja mendapatkan organ-organ tersebut untuk dipasarkan keluar negara.

Semuanya Panas- djkupang.com
Kredit :OLEH CHARLES P ANDIANG (Free Sandakan Today)
Baca selengkapnya

28 Jun 2014

Sabah : Pendekatan holistik bagi tangani ancaman militan -Hisammuddin

TAWAU: Malaysia memerlukan pendekatan holistik untuk berganding-bahu dengan negara lain menangani ancaman militan yang kini menjadi isu global.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hal itu meliputi kerjasama yang lebih luas dengan negara lain sebagai nilai tambah perancangan keselamatan sedia ada.


“Hal ini penting kerana ancaman militan bukan dihadapi di negara ini atau di Sabah sahaja, tetapi turut menyentuh negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Brunei.

“Sebab itu, kita hendak mengadakan kerjasama rapat dengan negara lain bersama Brunei, Indonesia dan Filipina khususnya berhubung ancaman militan di Sabah,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian di Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan di sini kelmarin selepas sesi taklimat bersama US Marines Force Pacific Commanding General, Lt General Terry Robbling.

Beliau akan mengunjungi Brunei berhubung perancangan rapi untuk memperluaskan lagi kaedah holistik antara negara yang terlibat.

“Kita memerlukan sebanyak mungkin perkara yang boleh membantu ketepatan rancangan berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dari segi perancangan, penempatan aset, latihan dan risikan.

“Jangan samakan isu penculikan atau penyeludupan dengan isu pencerobohan seperti keganasan militan yang pernah kita lalui di Lahad Datu sebelum ini,” katanya.

Hishammuddin berkata, rakyat Sabah perlu menyedari pihak yang boleh membantu memastikan keselamatan di negeri ini apabila berhadapan dunia tanpa sempadan dan kerakusan manusia.

Menyentuh mengenai kehadiran pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat, beliau berkata Robling diberi kesempatan melihat kerumitan tugas mengawal perairan sepanjang 1,700km di pantai timur negeri ini.

“Sekiranya kawasan ini tidak selamat, bukan sahaja empat negara berdekatan akan terjejas, tetapi seluruh dunia akan menjadi tidak stabil dan membawa kesan globalisasi,” katanya.
- Dj Kupang
Baca selengkapnya

Semasa : Budak 9 Tahun diculik dan dicabul

TANJUNG MALIM - Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun berhadapan pengalaman menakutkan apabila dia diculik dan dicabul seorang lelaki yang melarikannya dari Stesen Bas Slim River di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 57 tahun itu menghampiri mangsa dan berpura-pura bertanya sama ada dia mahu membeli buku sebelum mengajaknya menaiki kereta.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Othman Nanyan berkata, semasa berada di dalam kenderaan tersebut, suspek mengugut mangsa supaya tidak melarikan diri dan membawanya ke sebuah pondok di kawasan tanah perkuburan Cina di Jalan Slim Lama.

"Semasa berada di dalam pondok, suspek mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar sebelum mencabul kehormatannya. Bagaimanapun, selepas beberapa minit suspek beredar dan peluang itu digunakan oleh mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Othman, mangsa yang ketakutan telah dijumpai oleh seorang wanita yang memandu kereta di kawasan perkuburan itu pada pukul 1.50 petang dan telah dibawa ke Balai Polis Slim River.

Ujarnya, dua anggota kenderaan peronda polis (MPV) yang dimaklumkan mengenai kes itu berjaya mengesan kereta Proton Wira Aeroback milik suspek pada pukul 2.40 petang dan cuba menahannya namun lelaki itu enggan memberhentikan kenderaannya.

Katanya, lelaki tersebut kemudiannya memecut kenderaannya melalui Plaza Tol Slim River menghala ke Ipoh.

"Semasa di Lebuh Raya Utara-Selatan, polis terus mengejar suspek. Suspek yang memandu ke Plaza Tol Sungkai telah merempuh palang plaza tol berkenaan dan terus menghala ke pekan Sungkai.

"Semasa di pekan Sungkai, kenderaan suspek telah melanggar Proton Exora milik orang awam dan masih memandu sehingga ke Taman Desa Idaman.

"Bagaimanapun, MPV polis berjaya mengesan dan menghalang laluannya sebelum suspek bertindak melanggar kenderaan MPV polis di bahagian hadapan sisi kiri," ujarnya.

Mengulas lanjut, Othman berkata, dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim dan Unit Rondaan Bermotosikal Slim River, suspek berjaya ditahan bersama isteri yang berusia 36 tahun serta anak lelakinya (dua tahun) dan mereka dibawa ke Balai Polis Sungkai untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, siasatan awal percaya semasa menculik mangsa, suspek yang tiada pekerjaan telah meninggalkan isteri serta anaknya di pekan Slim River dan mengambil mereka semula selepas itu.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan. Mangsa yang masih trauma dihantar ke Hospital Slim River dan pemeriksaan mendapati tiada kesan diperkosa atau suntikan pelali padanya. Suspek pula ditahan reman selama empat hari sehingga 29 Jun ini," katanya.

Utusan Malaysia
-djkupang.com
Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Pengarah Kastam Sabah rugi RM70, 000 Rumah Dipecah Masuk

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok kerugian kira-kira RM70,000 termasuk sebuah kenderaan jabatan dilarikan setelah rumahnya di Taman Ujana Kingfisher di sini dipecah masuk, awal pagi tadi.

Ketika kejadian, Janathan dan anggota keluarganya sedang tidur dan pembantu rumah mereka menyedari kejadian itu kira-kira 3 pagi.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Inanam pada jam 7.50 pagi.

Antara barangan yang dilarikan ialah Proton Inspira, komputer riba dan tablet iPhone.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu dan berkata polis turut menemui sebatang paip PVC yang dipatahkan yang dipercayai digunakan untuk memasuki rumah itu.

Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang.

Ini adalah insiden pecah masuk kedua selepas rumah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi kerugian kira-kira RM15,000 setelah rumahnya di Taman Tuan Huatt, Kepayan Ridge di sini dipecah masuk Rabu lepas.

- BERNAMA 
Baca selengkapnya

Sandakan : Polis Buru Lelaki Filipina melarikan diri Pusat Tahanan Sementara

SANDAKAN - Polis masih menjejaki seorang lelaki warga Filipina yang melarikan diri daripada Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sibuga Batu 5 dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, lelaki itu dikenali sebagai Patak Palong, 32, berambut pendek kerinting dengan ketinggian 165 sentimeter dan berkulit cerah.

Katanya, kejadian berlaku pukul 6.25 petang ketika pengawal keselamatan di pusat tahanan itu mengeluarkan 20 tahanan kumpulan pertama dari blok tahanan yang mempunyai 193 penghuni untuk mengambil air wuduk di luar blok tahanan itu.

Beliau berkata, seorang daripada tahanan iaitu suspek kemudiannya memotong barisan dengan bertindak lari keluar dari pintu blok sebelum menuju ke belakang blok berkenaan dan memanjat zink tembok di pusat tahanan itu.

"Pengawal keselamatan yang bertugas telah mengunci semula pintu tahanan blok tersebut sebelum mengejar suspek tetapi gagal mengesan suspek," katanya di sini hari ini.

Rowell berkata, setelah menerima laporan, operasi mengesan suspek dilakukan dan dia dipercayai masih berada di daerah ini.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat seorang lelaki yang mencurigakan agar memaklumkan kepada polis. - Bernama
Baca selengkapnya

Ops Cantas Khas : Seramai 126 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan

TAWAU,( 26 Jun) — Polis menahan 126 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 4 pagi itu, sebanyak 61 lelaki dan 65 wanita berumur antara dua dan 70 tahun ditahan.

“Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen, kami turut menahan empat lelaki berumur antara 30 dan 40 tahun kerana posifif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam Ops Cantas Khas, yang melibatkan 113 anggota penguatkuasa termasuk daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan RELA, pihaknya turut merampas empat buah motosikal dan sebuah kereta atas kesalahan tertentu.

Kesemua mereka yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya.– BERNAMA
Baca selengkapnya

Berita Sabah : Pecat Ketua kampung, JKKK 24 jam jika didapati Subahat - Ongkili

KOTA MARUDU, (26 Jun) Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mahu pihak berkuasa melucutkan jawatan dalam tempoh 24 jam mana-mana ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang didapati bersekongkol atau melindungi pendatang tanpa izin (PTI) termasuk pengganas di Sabah.

Beliau berkata ini penting bagi memastikan kes suspek pengganas Sulu yang bersembunyi di sekitar Kunak semalam tidak berulang terutama di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

“Kes seperti ini (ketua kampung melindungi PATI) tidak begitu banyak kerana pihak unit pemimpin kemajuan rakyat sentiasa memantau dan mana-mana yang bersuhabat akhirnya akan diketahui awam.

“Apa yang penting ialah apabila ada kes terjadi, tindakan tegas harus diambil terhadapmereka….lucutkan jawatan mereka dalam tempoh 24 jam. Kalau tidak mereka akan terus berpura-pura,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Komuniti Belia ESSZONE Daerah Kota Marudu di Dewan Komuniti Kota Marudu, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Haji Mohammad bin Mentek dan pegawai daerah Kota Marudu Sualim Sanan.

Ongkili berkata berkata demikian ketika diminta mengulas bentuk tindakan yang perlu diambil terhadap mana-mana ketua kampung dan pengerusi JKKK yang menyorok PATI atau penjenayah ekoran insiden terbaru di Kunak.

Dalam insiden itu, enam suspek pengganas Sulu termasuk seorang wanita ditahan Cawangan Khas Bukit Aman dan pasukan ESSCOM dalam operasi khas sekitar Kunak di pantai timur Sabah, dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dipetik sebagai berkata tangkapan terbaru itu adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lalu.

Beliau berkata ketua kampung dan pengerusi JKKK perlu bertindak sebagai “pemain utama” dalam menangani masalah PATI di Sabah.

Katanya walaupun kerajaan telah mewujudkan ESSCOM sebagai penyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di ESSZONE namun faktor pengumpulan maklumat yang tepat atau perisikan peringkat akar umbi perlu diberi perhatian.

“Disinilah ketua kampung dan pengerusi JKKK memainkan peranan yang penting terutama menyalurkan maklumat mengenai kehadiran PATI ataupun penjenayah di kawasan masing-masing.

“Kita perlukan maklumat orang awam di peringkat akar umbi. Sebab itu, amat penting bagi pemimpin masyarakat sentiasa berhubung dan gunakan saluran yang ada untuk bagi maklumat dan laporan terkini kepada pihak berkuasa keselamatan.

“Mereka juga perlu menasihatkan penduduk kampung supaya tidak melindungi PATI atau bersubahat dengan PATI. Pada masa yang sama, mereka perlu menggalakan rondaan bersama rukun tetanga di kawasan perkampungan mereka, sekaligus memastikan keselamatan di negeri ini sentiasa terjamin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ongkili menyambut baik usaha ESSCOM mengadakan program Komuniti Belia ESSZONE bagi meningkatkan kefahaman semua lapisan masyarakat khususnya golongan belia mengenai peranan dan tanggungjawab ESSCOM.

Katanya program seumpama itu dapat mendedahkan golongan belia dengan hala tuju ESSCOM dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan khususnya di kawasan Timur Sabah, selaras dengan visi dan misi ESSCOM.

Sehubungan itu, Ongkili mengajak rakyat Sabah, termasuk di Kota Marudu supaya menyokong penubuhan ESSCOM dan ESSZONE yang menurutnya memberi harapan baru kepada rakyat Sabah dalam mengekang pencerobohan pengganas Sulu dan kemasukan PATI.
Baca selengkapnya

26 Jun 2014

KUNAK TERKINI - Koperal Zainuddin Mislani disyaki anggotai kumpulan Pengganas

Berita Semasa Kunak

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal antara enam yang ditahan kerana disyaki menganggotai kumpulan pengganas Sulu dalam satu operasi khas sekitar daerah Kunak di Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menamakan anggota polis sebagai Koperal Zainuddin Mislani.

Turut ditahan Abu Bakar Jayari@Alex, 60; anak Abu Bakar, Ilyasa Abu Bakar@Maharaja Omar; Kassim Ibrahim (disyaki pendatang tanpa izin; dan Industan@Md Bustan Lumatang@Hindustan, 55.

Dalam kenyataan itu, Khalid berkata operasi itu turut menyaksikan penahanan Sitti Nukah Abdul Lama, 56, yang juga isteri Kassim.

"Tangkapan terbaru oleh Cawangan Khas Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari tahun lepas," katanya.

Khalid berkata polis turut merampas kad keanggotaan dan sijil pelantikan 'panglima' kesultanan Sulu, beberapa dokumen berkaitan kesultanan Sulu serta beberapa bilah senjata tajam.

"Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan dan akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Pada Februari tahun lepas, sekumpulan pengganas bersenjata menceroboh Lahad Datu dan berlaku pertempuran yang mengorbankan nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia, iaitu lapan polis serta dua tentera. - Bernama


Siaran Media PDRM
Baca selengkapnya

Rumah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dirompak - Kerugian RM15,000

KOTA KINABALU: Kediaman Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi dipecah masuk sehingga mengakibatkan kerugian kira-kira RM15,000 berikutan beberapa barangan berharga hilang dipercayai dilarikan oleh sekumpulan penjenayah.

Insiden terbabit hanya disedari oleh jiran di kawasan perumahan berkenaan yang mendapati pagar besi rumah berkenaan terbuka lalu memaklumkan perkara itu kepada mangsa pada jam 10 pagi kelmarin.

Christina dilaporkan tidak berada di rumahnya dan berada di Semenanjung atas urusan kerja ketika kejadian terbabit berlaku.

Beliau dipercayai telah berbuat laporan polis di balai polis berhampiran sebaik tiba di Kota Kinabalu lewat malam semalam.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan menyeluruh kini giat dijalankan termasuk usaha memburu suspek yang terlibat dalam insiden pecah rumah terbabit.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat adalah lebih seorang individu dan menjelaskan tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

“Siasatan masih giat dijalankan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden itu untuk tampil membantu siasatan kes,” katanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Baca selengkapnya

Kunak, Sabah : Sultan Muedzul Lail Tan Kiram diCekup

Kuala Lumpur: Enam pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang juga saudara kepada Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah, awal pagi tadi.

Kumpulan terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu sebelum dicekup dalam operasi yang dilakukan pasukan cawangan Khas dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah antara jam 2 hingga 6.30 pagi itu.

Menurut sumber, enam individu yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga sulu Filipina itu ditahan berasingan di tiga kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bakau dan Kampung Basilan.

“Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.

Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan, katanya.

Sumber : Semuanya Panas
Baca selengkapnya

"Mendesak pemisahan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia Tidak Patriotik"

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus 
KUCHING: Kerajaan pusat dan negeri perlu mengambil langkah segera sama ada mendidik, berdialog atau menggunakan undang-undang dalam membendung desakan segelintir pihak yang cuba membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

Penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menjadi sasaran ‘serangan’ beberapa individu berhubung isu keluar Malaysia di media sosial baru-baru ini berkata, tindakan itu wajar diambil demi menjaga keutuhan bangsa dan Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, Agus tidak mudah melenting dengan ‘serangan,’ sebaliknya membiarkan dinding Facebooknya dipenuhi dengan hujah-hujah berkaitan.

“Mendesak pemisahan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia adalah pandangan tidak patriotik yang cukup bahaya untuk kesatuan bangsa dan negara. Hal ini tidak boleh dibiarkan dan perlu dibendung segera,” katanya seperti dipaparkan di Facebooknya pada Khamis lepas sebagai mempertahankan kenyataannya sebelum ini.

Sebelum ini, Agus dikritik oleh beberapa individu selepas mengeluarkan kenyataan mereka yang mendesak Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah golongan tidak patriotik terhadap Malaysia.

Agus yang agak terkenal dalam mengutarakan pendapatnya mengenai isu-isu semasa terutama politik di media sosial berkata lagi, dari negeri mana pun, semua rakyat perlu memiliki semangat kenegaraan yang kuat.

“This is our only land dan kita perlu bersama mempertahankan keutuhan dan kedaulatannya,” tegasnya.
Menurutnya, beliau sedih dengan komen-komen berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia kerana ia menggambarkan ada rakyat yang tidak sayangkan negara.

“Mengapakah setelah hampir 51 tahun bersama, semangat kenegaraan kita masih tumpul? Mengapa masih ada (segelintir) rakyat Sabah dan Sarawak berasakan mereka adalah sebuah negara yang berasingan?

“Adakah kerana mereka membaca sejarah yang salah atau sejarah itu telah dipesongkan sehingga kita mencipta sejarah yang salah?,” ujarnya.

Beliau turut meminta segelintir individu agar tidak berlandaskan emosi dalam membincangkan kedudukan Sabah dan Sarawak sehingga menimbulkan rasa benci pada negara.

“Kita perlu ingat, kecewa pada kerajaan adalah berbeza dengan kecewa pada negara. Kita boleh kecewa dengan kerajaan, tetapi kita tidak boleh kecewa dengan negara kerana inilah satu-satunya tanah air yang telah kita huni dan tinggal di dalamnya sejak lahir,” katanya.

Agus turut menjelaskan kenyataannya sebelum ini bukan untuk menyamakan taraf sejarah antara Kelantan dengan Sabah dan Sarawak.

“Tetapi untuk menunjukkan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti mana juga Sabah dan Sarawak, jikapun ada perasaan tidak puas hati kepada kerajaan pusat, tetapi Kelantan tidak menuntut hak untuk berpisah,” jelasnya.

Setakat berita ini ditulis, status Facebook terbaharu Agus menerima 235 komen. Majoriti komen menyentuh mengenai hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Kenyataan Agus sebelum ini mengulas mengenai kewajaran Sabah dan Sarawak diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri setiap satu, susulan gesaan Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan.

Menerusi forum bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, Jeffrey berkata gesaan itu adalah untuk membendung perasaan tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak.

Lantaran itu, wujud perbahasan yang panjang lebar di Facebook Agus.

Sumber BORNEOPOST


Antara Lontaran Pandangan Mengenai ISU SABAH KELUAR MALAYSIA
Antara lain tulisan yang ada di Wall Datuk Dr. Muhammad Agus
BENDUNG SEGERA SENTIMEN ANTI-PERSEKUTUAN
Membaca komen berkaitan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia membuatkan saya sedih, betapa dalam negara kita ini masih ada rakyat yang tidak sayangkan negara.
Mengapakah setelah hampir 51 tahun bersama, semangat kenegaraan kita masih tumpul? Mengapa masih ada rakyat Sabah dan Sarawak merasakan mereka adalah sebuah negara yang berasingan? Adakah kerana mereka membaca sejarah yang salah atau sejarah itu telah dipesongkan sehingga kita menciptakan sejarah yang salah?
Berdebat soal ini secara akademik tidak salah kerana kita bertanggungjawab untuk membetulkan sejarah yang salah. Tetapi berdebat soal ini secara emosi sehingga menimbulkan rasa benci pada negara adalah suatu pengkhianatan yang perlu segera dibendung.
Kita perlu ingat, kecewa pada kerajaan adalah berbeza dengan kecewa pada negara. Kita boleh kecewa dengan kerajaan, tetapi kita tidak boleh kecewa dengan negara kerana inilah satu-satunya tanah air yang telah kita huni dan tinggal di dalamnya sejak lahir. 
Saya memahami kekecewaan rakyat Sabah dan Sarawak. Tetapi kekecewaan itu, jika ada, bukanlah dengan cara untuk kita menunjukkan sikap benci pada negara. Jika kita kecewa dengan kerajaan, kita diberi peluang untuk memilih kerajaan setiap lima tahun sekali, maka gunakanlah hak politik itu untuk kita menukar kerajaan, bukannya dengan membangkitkan senitmen untuk meruntuhkan negara ini.
Sebagai rakyat, saya sedih apabila berlaku dua perkara ini. Pertama, ada usaha untuk memecah belahkan kesatuan negara. Dan kedua, ada usaha untuk meminta campur tangan negara luar bagi membawa perubahan kepada politik negara. Ini adalah negara kita, maka marilah kita bersama untuk menjaga kedaulatannya.
HATI SAYA DEKAT DENGAN SABAH datu Dr 
Saya mengenali negeri Sabah mulai tahun 1984 dan sejak itu saya jatuh hati dengan negeri ini. Saya telah menulis buku, artikel dan juga mengkaji hubungan pusat-negeri Sabah untuk ijazah kedoktoran falsafah saya. Dalam proses itu, saya telah meneliti ratusan rekod tentang penubuhan Malaysia baik di Arkib Negara mahupun di Public Record Office London. Intipati Perjanjian Malaysia dan lain-lain yang berkaitan dengan sejarah penubuhan Malaysia telah saya teliti dengan baik.
Memang ada perbezaan tafsiran antara Sabah dan Sarawak sebagai negeri yang menyertai Malaysia dengan sebagai dua buah wilayah yang membentuk Malaysia. Itu debat yang tidak berkesudahan.
Tetapi realitinya, hari ini perlembagaan telah menentukan Sabah dan Sarawak adalah dua buah negeri bersama-sama dengan 11 buah negeri yang lain dalam Persekutuan Malaysia. Maka, tidak perlulah lagi kita bercakap tentang Sabah dan Sarawak perlu berpisah dari Malaysia.
Jika pun mahu berpisah, bolehkah Sabah dan Sarawak memisahkan diri dari gagasan Malaysia ini? Hal ini telah dibahaskan oleh ramai sarjana tentang hak negeri untuk berpisah dalam sebuah negara persekutuan. Semua sarjana berpendapat negeri tidak ada hak untuk berpisah. Dan jika pun mahu berpisah, perlu diadakan melalui dua cara. Pertama, kedua-dua peringkat kerajaan negeri dan pusat mesti bersetuju untuk berpisah sepertimana yang kita lakukan dalam kes pemisahan Singapura. Dan kedua, kedua-dua pihak mesti bersetuju dengan referendum. Hal ini tidak boleh dilakukan sepihak.
Maka, sekarang ini kita telah bersama sejak tahun 1963. Saya bawa kes Kelantan bukan untuk menyamakan taraf sejarah antara Kelantan dengan Sabah dan Sarawak. Tetapi untuk menunjukkan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti mana juga Sabah dan Sarawak, jikapun ada perasaan tidak puas hati kepada kerajaan pusat, tetapi Kelantan tidak menuntut hak untuk berpisah. Itu sahaja yang saya cuba tonjolkan dalam tulisan yang lalu.
Mendesak pemisahan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia adalah pandangan tidak patriotik yang cukup bahaya untuk kesatuan bangsa dan negara. Hal ini tidak boleh dibiarkan dan perlu dibendung segera. 
Kerajaan pusat dan negeri perlu mengambil langkah segera sama ada mendidik, berdialog atau menggunakan undang-undang untuk menjaga keutuhan bangsa dan negara ini. Kita semua, dari negeri mana pun asal kita, perlu mempunyai semangat kenegaraan yang kuat. This is our only land dan kita perlu bersama mempertahankan keutuhan dan kedaulatannya.
SUMBER : Semuanya Panas
Baca selengkapnya