27 Jun 2014

Ops Cantas Khas : Seramai 126 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan

TAWAU,( 26 Jun) — Polis menahan 126 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi selama empat jam bermula pukul 4 pagi itu, sebanyak 61 lelaki dan 65 wanita berumur antara dua dan 70 tahun ditahan.

“Dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen, kami turut menahan empat lelaki berumur antara 30 dan 40 tahun kerana posifif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, dalam Ops Cantas Khas, yang melibatkan 113 anggota penguatkuasa termasuk daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan RELA, pihaknya turut merampas empat buah motosikal dan sebuah kereta atas kesalahan tertentu.

Kesemua mereka yang ditahan itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut, katanya.– BERNAMA

Bagikan

Jangan lewatkan

Ops Cantas Khas : Seramai 126 Pendatang Tanpa Izin (PTI) ditahan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"