28 Jun 2014

Sabah : Pendekatan holistik bagi tangani ancaman militan -Hisammuddin

TAWAU: Malaysia memerlukan pendekatan holistik untuk berganding-bahu dengan negara lain menangani ancaman militan yang kini menjadi isu global.

Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, hal itu meliputi kerjasama yang lebih luas dengan negara lain sebagai nilai tambah perancangan keselamatan sedia ada.


“Hal ini penting kerana ancaman militan bukan dihadapi di negara ini atau di Sabah sahaja, tetapi turut menyentuh negara-negara jiran seperti Filipina, Indonesia dan Brunei.

“Sebab itu, kita hendak mengadakan kerjasama rapat dengan negara lain bersama Brunei, Indonesia dan Filipina khususnya berhubung ancaman militan di Sabah,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian di Markas Angkatan Tugas Bersama 2, Kem Kukusan di sini kelmarin selepas sesi taklimat bersama US Marines Force Pacific Commanding General, Lt General Terry Robbling.

Beliau akan mengunjungi Brunei berhubung perancangan rapi untuk memperluaskan lagi kaedah holistik antara negara yang terlibat.

“Kita memerlukan sebanyak mungkin perkara yang boleh membantu ketepatan rancangan berkaitan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dari segi perancangan, penempatan aset, latihan dan risikan.

“Jangan samakan isu penculikan atau penyeludupan dengan isu pencerobohan seperti keganasan militan yang pernah kita lalui di Lahad Datu sebelum ini,” katanya.

Hishammuddin berkata, rakyat Sabah perlu menyedari pihak yang boleh membantu memastikan keselamatan di negeri ini apabila berhadapan dunia tanpa sempadan dan kerakusan manusia.

Menyentuh mengenai kehadiran pegawai tertinggi tentera Amerika Syarikat, beliau berkata Robling diberi kesempatan melihat kerumitan tugas mengawal perairan sepanjang 1,700km di pantai timur negeri ini.

“Sekiranya kawasan ini tidak selamat, bukan sahaja empat negara berdekatan akan terjejas, tetapi seluruh dunia akan menjadi tidak stabil dan membawa kesan globalisasi,” katanya.
- Dj Kupang

Bagikan

Jangan lewatkan

Sabah : Pendekatan holistik bagi tangani ancaman militan -Hisammuddin
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"