Kuala Lumpur: Enam pengikut setia Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang juga saudara kepada Sultan Jamalul Kiram dicekup pasukan polis cawangan khas di Kunak, Sabah, awal pagi tadi.
Kumpulan terbabit diburu pasukan keselamatan Malaysia kerana dipercayai bergiat aktif mempromosikan tuntutan Sabah kepada kesultanan Sulu sebelum dicekup dalam operasi yang dilakukan pasukan cawangan Khas dari Bukit Aman dan Kontinjen Sabah antara jam 2 hingga 6.30 pagi itu.
Menurut sumber, enam individu yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang warga sulu Filipina itu ditahan berasingan di tiga kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Bakau dan Kampung Basilan.
“Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.
Selain penahanan itu, beberapa laras senjata api jenis M16 turut dirampas dalam operasi berkenaan, katanya.
Sumber : Semuanya Panas
Bagikan
Kunak, Sabah : Sultan Muedzul Lail Tan Kiram diCekup
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"