Showing posts with label Malaysia News. Show all posts
Showing posts with label Malaysia News. Show all posts

17 Oct 2014

TERKINI : Malaysia dipilih sebagai Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

djkupang & Friends
Malaysia Terpilih Ahli Tidak Tetap Majlis PBB

PETALING JAYA: Malaysia dipilih sebagai satu daripada lima anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) selepas meraih 187 undi.

Proses pengundian itu bermula pada 10 pagi Khamis waktu tempatan (pukul 10 malam waktu Malaysia).

Malaysia yang mewakili Asia Pasifik adalah antara negara yang dicalonkan bagi menduduki kerusi itu selain Angola yang mewakili benua Afrika dan Venezuela yang mewakili Amerika Selatan dan Caribbean. 

Venezuela dan Angola, sama seperti Malaysia, merupakan anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

Pada pengundian itu, sebanyak 193 wakil negara anggota pertubuhan badan dunia itu, akan mengundi secara tertutup memilih negara pilihan mereka untuk menduduki kerusi berkenaan.

Malaysia memerlukan kira-kira 130 undi dari 193 negara untuk membolehkannya menduduki kerusi itu.

Baca selengkapnya

18 Jul 2014

Tragedi Mh17 : Terkini Siti Amirah Prawira Adalah Nenek Tiri Najib dan Hishammuddin

Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah Salah Seorang Mangsa Nahas #mh17

GAMBAR TINGGAL KENANGAN
SEORANG daripada 283 penumpang pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine dikenal pasti sebagai nenek tiri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Berita sedih itu diketahui Perdana Menteri dan sepupunya yang juga Menteri Pertahanan, lapor sebuah portal berita.

Sumber rapat dengan keluarga pemimpin berkenaan memberitahu, mangsa, Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma adalah isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noah yang juga datuk Najib dan Hishammuddin.

Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma

Mohd Noad adalah bapa kepada ibu Najib, Tun Raha dan ibu Hishammuddin, Tun Suhaila. Mstar Online
Baca selengkapnya

Tragedi MH17 : Keluarga Pramugari, Nur Shazana Terkejut Pesawat Terhempas

MH17: Bapa Pramugari Terkejut Pesawat Ditembak


GEORGE TOWN: Keluarga pramugari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31,(gambar) yang dilaporkan terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia, terkejut dan tidak menyangka anaknya turut berada dalam pesawat berkenaan.

Bapanya, Mohamed Salleh Samsuddin, 54, berkata beliau mengetahui mengenai tragedi yang menimpa anaknya itu daripada kawan-kawan Nur Shazana selain pihak MAS yang turut menghubunginya kira-kira pukul 11 malam Khamis.

Beliau dan isterinya Sharom Ibrahim, 56, terkejut selepas mengetahui mengenai tragedi berkenaan kerana anak sulungnya itu baru sahaja menghantar mesej pada 16 Julai lepas menerusi sistem WhatsApp.

"Dia (Nur Shazana) meminta kami mengirimkan gambar anak saudaranya bersama gambar kad pengenalan saya dan emaknya. Pada masa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa kerana dia sangat ceria.

"Dia juga pesan supaya menunggunya pulang pada hari raya kedua kerana mahu menziarahi kubur arwah neneknya bersama-bersama kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Bukit Gedung, di sini.

Sharom Ibrahim, 57, memegang gambar anaknya Nur Shazana yang turut terkorban dalam nahas MH17 di Ukraine.

Nur Shazana Maut
Nur Shazana antara 15 anak kapal bersama 280 penumpang dalam pesawat MH17 yang terputus hubungan kira-kira pukul 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30km dari Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia.

Agensi berita antarabangsa telah melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 orang terhempas di Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

MAS dalam tweet terbaharunya menyatakan ia telah terputus hubungan dengan pesawat itu dan kedudukan terakhir penerbangan itu ialah di ruang udara Ukraine.

Mohamed Salleh berkata beliau cuba menghubungi anaknya itu, namun tidak mendapat maklum balas.

Beliau berkata keluarganya akan menunggu maklumat lanjut daripada MAS sama ada perlu ke Kuala Lumpur atau tidak.

Ditanya mengenai Nur Shazana, Mohamed Salleh berkata anaknya itu berkhidmat sebagai pramugari MAS sejak sembilan tahun lepas dan Nur Shazana sangat meminati profesion itu sejak kecil.

Mstar Online
Baca selengkapnya

INTIPATI : Sidang Media Pertama tragedi Pesawat MH17 Oleh Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri, Najib Razak Buat Sidang Media Pertama Kali


Sidang media dibuat oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak.Antara kenyataan diumum dalam sidang media pertama :


1. Pesawat MH17 terhempas di timur ukraine. Pesawat berlepas 1215 dari amsterdam dan dijadualkan tiba di klia jam 610 pagi waktu Malaysia.

2. Laluan udara berkenaan tidak diisytiharkan tidak selamat oleh air transportation association.

3. Pesawat tidak membuat sebarang isyarat kecemasan.

4. Pesawat membawa 295 dengan 280 penumpang dan 15 krew.

5. MAS dalam proses memaklumkan kepada ahli keluarga dengan jagaan sepenuhnya ditanggung.

6. Penerbangan istimewa ke Kiev membawa pasukan khas bencana dan penyelamat dan pasukan perubatan.

7. Malaysia tidak dapat mengesahkan punca mengapa Ukraine menembak jatuh pesawat. Jika benar Malaysia akan memastikan keadilan kepada mangsa.

8. Presiden Ukraine memberi jaminan siasatan oleh badan bebas sepenuhnya dibuat dengan Malaysia dipelawa turut serta.

9. Presiden Ukraine turut menyatakan rundingan dengan puak penentang akan dilakukan bagi memastikan kawasan tragedi sebagai koridor humanitarian.

10. Obama, pasukan siasatan antarabangsa akan mempunyai kuasa penuh terhadap kawasan tersebut tanpa campur tangan mana - mana pihak termasuk mengalihkan cebisan pesawat.

11. "Ini merupakan episod tragik buat Malaysia untuk hari ini dan 2014. Dan tanpa mengira bangsa kita semua bersatu berkabung atas peristiwa ini,"Najib.
Baca selengkapnya

Terkini #MH17 : Ukraine Berkata Pesawat Malaysia ditembak jatuh, 295 Mati - Agensi

Boeing 777 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, jatuh berhampiran Bandar Donetsk, kubu kuat pemberontak

Pesawat Malaysia telah ditembak Jatuh di Timur Ukraine oleh militan pada hari Khamis, membunuh semua 295 orang di atas kapal, kata seorang pegawai Kementerian dalaman Ukraine , dipetik sebagai berkata oleh Interfax-Ukraine agensi berita. 

Menurut sumber-sumber lain, Boeing 777 terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, jatuh berhampiran Bandar Donetsk, kubu kuat pemberontak pro-Rusia, Anton Gerashchenko berkata, sambil menambah bahawa ia telah dipukul oleh peluru berpandu darat ke udara . 

Tidak ada pengesahan lanjut laporan itu, walaupun pegawai-pegawai Ukraine berkata penduduk tempatan telah menemui bangkai. 

Malaysia Airlines berkata di Twitter memberi makan ia telah terputus hubungan dengan penerbangan MH-17 dari Amsterdam. "Jawatan terakhir yang diketahui adalah lebih ruang udara Ukraine," katanya. 

Gerashchenko dipetik sebagai berkata: ". Sebuah pesawat awam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur baru sahaja ditembak jatuh oleh Buk sistem anti-kapal terbang ... 280 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh" 

Interfax-Ukraine dipetik lain rasmi Ukraine sebagai berkata pesawat hilang dari radar apabila ia terbang pada 10,000 meter (33,000 kaki), ketinggian pelayaran tipikal untuk pesawat. 

Ia telah turun di Torez, berhampiran Shakhtersk, 40 km (25 batu) dari sempadan Rusia. Kawasan ini telah menjadi tempat kejadian pertempuran antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Rusia. 

Ukraine telah menuduh Rusia mengambil peranan aktif dalam konflik empat bulan-tua di hari baru-baru ini dan menuduh lebih awal pada hari Khamis menembak jatuh jet pejuang Ukraine - satu tuduhan bahawa Moscow dinafikan.

SUMBER : Reuters 
Baca selengkapnya

15 Jul 2014

Kes Remaja OKU : Firdaus Dijangka Keluar Hospital Minggu Ini

Kes Remaja OKU : Firdaus Dijangka Keluar Hospital Minggu Ini

Seremban: Remaja kurang upaya Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui dalam keadaan menyedihkan bulan lalu, dijangka keluar dari Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini, minggu ini.

Pengarah HTJS, Datuk Dr Jaafar Che Mat, berkata sebelum ini Firdaus dilaporkan akan keluar ke hospital minggu lalu, tetapi pasukan perubatan yang merawatnya memutuskan untuk terus memantau keadaan kesihatannya.

Pastikan benar-benar sihat

Katanya, keadaan remaja itu semakin baik, tetapi pihak hospital mahu memastikan keadaannya benar-benar sihat sebelum menyerahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kemungkinan Firdaus akan dibenarkan keluar hospital esok atau Khamis ini. Sementara itu, kita akan terus menjalankan pemantauan tahap kesihatannya,” katanya di sini, semalam.

Dr Jaafar berkata, sejak mendapatkan rawatan di HTJS tiga minggu lalu, tahap pemulihan remaja itu semakin positif terutama dari segi berat badan yang semakin bertambah.

Tindak balas positif

Katanya, dia juga kini sudah menunjukkan tindak balas positif ketika berhubung dengan doktor atau jururawat yang merawat serta orang di sekelilingnya.

“Selepas ini, Firdaus akan diserahkan kepada JKM untuk ditempatkan di Rumah Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah di sini,” katanya.

Dalam operasi Jabatan Imigresen negeri untuk memburu pendatang tanpa izin di rumah pangsa Taman Semarak, Nilai, jam 2 pagi pada 21 Jun lalu, anggota penguat kuasa terkejut apabila menemui Firdaus dalam keadaan kurus kering dan menyedihkan. BHARIAN
Baca selengkapnya

12 Jul 2014

Semasa : Mangsa Serangan Seksual

Semasa : Mangsa Serangan Seks

PETALING JAYA – Wanita yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh pegawai diplomat warga Malaysia di New Zealand mahu namanya didedahkan supaya dia dapat membantu menangani masalah keganasan seksual di negara itu.
Tania Billingsley, 21, berkata, dia bukanlah “orang yang berada di tempat kejadian” tetapi dia mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai serangan berkenaan.
“Ini kerana saya berharap dengan mendedahkan siapa saya dan bersemuka untuk meletakkan mangsa yang mendakwa membolehkan saya membantu menangani sebahagian isu berkaitan dengan keganasan seksual di negara ini,” katanya dalam satu temuramah bersama saluran berita Channel 3 di New Zealand pada Rabu.
Pegawai Waran II, Muhammad Rizalman Ismail, yang merupakan pembantu pegawai pertahanan bertugas di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, didakwa melakukan serangan seksual terhadap Billingsley di kediamannya di Wellington.
Muhammad Rizalman dilaporkan mengikut wanita itu yang pulang ke rumahnya di Brooklun pada malam 9 Mei dan didakwa melakukan serangan dengan niat untuk merogol.
Billingsley berkata, dia hanya menyedari status diplomatik Rizalman pada 11 Mei, pada hari ulang tahun kelahirannya.
“Saya berada di balai polis pada pagi itu dan diberitahu bahawa dia (Rizalman) merupakan seorang diplomat,” katanya.
Rizalman, 38, pulang ke Malaysia pada 22 Mei lalu selepas Suruhanjaya Tinggi Malaysia dilaporkan menolak permintaan Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand untuk mengetepikan kekebalan diplomatiknya bagi membawanya untuk didakwa di New Zealand.
Billingsley mendapat tahu mengenai Rizalman meninggalkan negara itu pada hari yang sama.
“Saya mendapat tahu bahawa dia akan pulang (ke negaranya) pada hari dia bertolak. Sejak itu, polis begitu bekerjasama untuk memberi maklumat kepada saya, malah bila mereka sendiri tidak tahu untuk apa yang dapat dimaklumkan.
“Saya mendapat panggilan telefon dan seperti, ‘Anda hendak tahu bahawa kami baharu sahaja mendapat tahu dia meninggalkan negara hari ini’.
“Sudah tentu saya kecewa dan marah kerana sejak awal lagi berkata yang saya mahu dia berada di New Zealand dan diadili di sini, tambah Billingsley.
Media Dominion Post pula melaporkan bahawa Hakim Bruce Davidson membenarkan permohonan di Mahkamah Daerah Wellington untuk mengetepikan sekatan terhadap namanya pada Rabu, menerusi saluran berita Channel 3.
Rizalman ketika ini dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk penilaian perubatan.
Pada 2 Julai lalu, Malaysia memutuskan untuk menghantarnya kembali ke New Zealannd untuk membantu siasatan meskipun tarikh untuk pergi ke negara itu masih belum ditetapkan.
Kementerian Pertahanan menubuhkan Lembaga Siasatan untuk menyiasat kes tersebut. – mStar Online
Baca selengkapnya