3 Jul 2014

Berita Sabah : Pesuruhjaya Polis Sabah yang Baharu Mahu Pastikan Musuh berasa Gerun

KOTA KINABALU, 2 Julai (Bernama) - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mahu memastikan musuh yang cuba mengancam keselamatan penduduk di negeri itu berasa gerun dengan polis Sabah dan membatalkan hasrat mereka.

Katanya beliau akan menggunakan segala pengalamannya sebagai pegawai polis marin di Sabah selama 12 tahun dari 1978 hingga 1990 bagi tujuan itu.

"Kita akan mewujudkan kegerunan musuh-musuh yang cuba masuk ke perairan Sabah dan mengancam kesejahteraan dan keselamatan khususnya penduduk-penduduk di tepi pantai Sabah dan pulau-pulau," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini pada Rabu.

Beliau berkata pihaknya juga akan berbincang semula dengan agensi penguat kuasa di laut bagi memantapkan lagi kawalan keselamatan di perairan Sabah.

Selain itu katanya beliau juga mahu mengadakan semula mesyuarat dua hala dengan pihak berkuasa Filipina bagi membincangkan aspek keselamatan di sempadan.

"Ini perkara yang penting supaya pertukaran maklumat sentiasa wujud," katanya.

Bagikan

Jangan lewatkan

Berita Sabah : Pesuruhjaya Polis Sabah yang Baharu Mahu Pastikan Musuh berasa Gerun
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"