KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, Datuk Dr Janathan Kandok kerugian kira-kira RM70,000 termasuk sebuah kenderaan jabatan dilarikan setelah rumahnya di Taman Ujana Kingfisher di sini dipecah masuk, awal pagi tadi.
Ketika kejadian, Janathan dan anggota keluarganya sedang tidur dan pembantu rumah mereka menyedari kejadian itu kira-kira 3 pagi.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Inanam pada jam 7.50 pagi.
Antara barangan yang dilarikan ialah Proton Inspira, komputer riba dan tablet iPhone.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun mengesahkan kejadian itu dan berkata polis turut menemui sebatang paip PVC yang dipatahkan yang dipercayai digunakan untuk memasuki rumah itu.
Beliau berkata pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat lebih daripada seorang.
Ini adalah insiden pecah masuk kedua selepas rumah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Christina Rundi kerugian kira-kira RM15,000 setelah rumahnya di Taman Tuan Huatt, Kepayan Ridge di sini dipecah masuk Rabu lepas.
- BERNAMA
Bagikan
Pengarah Kastam Sabah rugi RM70, 000 Rumah Dipecah Masuk
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"