Showing posts with label Rogol. Show all posts
Showing posts with label Rogol. Show all posts

20 Oct 2014

SEMASA : Seorang Lelaki Buat Perangai Cuba Rogol Adiknya

Insiden sekitar jam 10 malam itu berlaku apabila suspek berusia 22 tahun yang dikatakan di bawah pengaruh alkohol cuba menarik adik angkatnya ke kawasan semak untuk mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh gadis tersebut.

Baharu genap sebulan diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga dari Petra Jaya, seorang lelaki mula buat perangai apabila cuba merogol adiknya di Panggung Udara, Jalan Budaya, kelmarin.

Insiden sekitar jam 10 malam itu berlaku apabila suspek berusia 22 tahun yang dikatakan di bawah pengaruh alkohol cuba menarik adik angkatnya ke kawasan semak untuk mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh gadis tersebut.

Berang pelawaan ditolak, suspek kemudian bertindak agresif lalu menikam lengan mangsa dengan botol kaca.

Seorang lagi abang angkat mangsa yang turut berada di tempat kejadian menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.

Gadis itu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan dan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.

Difahamkan, suspek dari Gita itu diambil menjadi anak angkat dalam tempoh lebih kurang sebulan.

Dalam kes berasingan, cubaan seorang pelajar tingkatan tiga untuk membawa lari sebuah motosikal di pasar Kota Sentosa, Batu Tujuh gagal apabila disedari orang awam, kelmarin.

MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!

Baca selengkapnya

16 Oct 2014

ROGOL : Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket bas

djkupang & Friends
ROGOL : Wanita Dakwa Dirogol Pemeriksa Tiket bas
SIBU : Seorang wanita berusia 21 tahun dari Rantau Panjang di sini mendakwa dirinya dirogol seorang pemeriksa tiket bas pada 10 Oktober lalu.
Kejadian itu didakwanya berlaku dua kali, pertama di dalam kereta suspek berusia 30-an dan kali kedua di bilik yang disewanya di Jalan Pedada di sini pada hari sama.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang menunggu rakannya berhampiran sebuah kedai di Jalan Pedada untuk membawanya pulang ke Rantau Panjang sekitar jam 9.30 malam dan secara kebetulan suspek difahamkan datang dengan keretanya.
Suspek dikatakan menghantar mangsa pulang selepas dia merogolnya.
Mangsa tampil membuat laporan polis di sini, kelmarin.
Mangsa dikatakan mengenali suspek kerana dia kerap berulang-alik ke rumah menggunakan bas.
UTUSAN BORNEO

- Model TERBARU Paling 'Meletup' Abad Ini -
Baca selengkapnya

11 Sept 2014

KES ROGOL: SEORANG JURURAWAT DAKWA DIROGOL DALAM AMBULANS

KES ROGOL TERKINI : JURURAWAT DAKWA DIROGOL DALAM AMBULANS

Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.

semasa blog djkupang
KES ROGOL TERKINI JURURAWAT DAKWA DIROGOL DALAM AMBULANS
Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun  dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Sebelum itu,  dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.



Baca selengkapnya

9 Sept 2014

Remaja 15 Tahun, Dua Kali Dirogol Lelaki Tidak Dikenali Bagai Dipukau

Percaya ataupun tidak tetapi itulah pengakuan seorang remaja 15 tahun yang dirogol oleh lelaki tak dikenali sebanyak dua kali. Selanjutanya..

semasa blog djkupang
Remaja 15 Tahun, Dua Kali Dirogol Lelaki Tidak Dikenali Bagai Dipukau
Seorang remaja mendakwa dirogol seorang lelaki tidak dikenali sebanyak dua kali pada minggu lepas.

Ibu mangsa yang dalam lingkungan usia 40-an memberitahu, anaknya berusia 15 tahun hanya menceritakan kejadian itu kepadanya pada malam Ahad lalu.

Bagaikan dipukau katanya, anaknya mendakwa tidak mengenali lelaki yang mengambilnya di sekolah dan membawanya ke sebuah rumah sebanyak dua kali pada minggu lepas.


Baca selengkapnya

7 Sept 2014

Berita Sabah | Terkini Remaja Ditangkap Khalwat di Hotel Murah Kampung Air, Kota Kinabalu

Macam-macam alasan yang diberikan apabila sudah kedapatan oleh Penguatkuasa Jabatan Hal  Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Tiada apa yang patut disesalkan memang itu adalah pilihan kamurang.

Melalui petikan akhbar dari surat khabar harian Metro yang disiarkan pada hari ini 07/09/2014, diharapkan agar semua terutama ibu bapa dapat memantau pergerakan anak-anak anda.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian lain pula ceritanya. Para remaja juga patut mengambil ini sebagai ikhtibar kerana bukan sahaja mengaibkan kedua orang tua anda malah turut menghancurkan harapan mereka yang mahu melihat anda berjaya dalam pelajaran.

Semoga perkongsian berita di bawah ini difikir secara positif dan bermanfaat untuk semua.

Seorang penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kekasihnya antara lima pasangan yang ditahan dalam Ops Cegah Maksiat, di sebuah hotel murah, di Jalan Kampung Air, di sini, tengah malam tadi.

Dalam serbuan yang bermula 12 tengah malam itu, semua pasangan berusia 20 hingga 40 tahun di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Khamis Jamil, berkata penuntut berusia 24 tahun itu ditahan selepas didapati bersama perempuan berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah hotel murah di bandar raya ini.

Katanya, penuntut berkenaan mendakwa dia berseorangan tetapi apabila dan pemeriksaan dilakukan penguat kuasa JHEAIS ternampak seorang perempuan di atas katil ditutupi selimut.



Menurutnya, apabila ditanya penuntut itu memberitahu dia menyewa bilik berkenaan kerana terlalu penat bersiar-siar.

"Hasil pemeriksaan mendapati pasangan berkenaan tidak mempunyai ikatan suami isteri. Perempuan bersama penuntut itu bekerja di sebuah kedai di bandar raya ini. Pasangan itu kemudian di bawa ke IPD Kota kinabalu untuk tindakan lanjut.

"Dalam operasi yang sama, anggota penguat kuasa JHEAINS turut menahan empat lagi pasangan di beberapa hotel murah di bandar raya ini," katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Menurutnya, semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995. 

P/s: Penat berjalan-jalan baliklah rumah.. Jika pemantauan dari orang tua atau ahli keluarga mungkin hal ini boleh dielakkan. 
Baca selengkapnya

26 Jul 2014

ROGOL | APA DEFINISI ROGOL SETERUSNYA TINDAKAN APABILA MENJADI MANGSA ROGOL ?

Apa itu rogol?

Rogol merupakan satu jenayah. Ia berlaku apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya (penis di masukkan kedalam vagina atau dubur mangsa tanpa mengira peringkat umur).Rogol boleh berlaku secara paksaan, ugutan atau pujuk rayu.
Wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa rogol.

Wanita sering terperangkap apabila :
  • Tidak memahami implikasi hubungan seks
  • Terpedaya dengan rawatan bomoh yang menggunakan seks sebagai rawatan
  • Di bawah pengaruh dadah dan alkohol
  • Terpedaya dengan pujukan lelaki yang dikenali/tidak dikenali untuk aktiviti sosial

Apa itu "date rape"?

Perogol dan si mangsa mengenali di antara satu sama lain. Rogol berlaku semasa pasangan semasa keluar bersama (dating)

Apa itu "statutory rape"?

Ia adalah :
Hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun walaupun dengan     kebenaran gadis tersebut. Ini kerana gadis di bawah umur 16 tahun tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang

Apakah jenayah seksual lain selain rogol?

Gangguan seksual adalah :
Kelakuan seksual berbentuk fizikal atau lisan yang tidak dikehendaki. 

Contohnya :
  • Boleh berlaku secara tidak ketara (seperti pandangan mengoda) atau secara terang-terangan (seperti meraba).
  • Ia mengganggu prestasi pembelajaran atau pekerjaan seseorang.
  • Mewujudkan satu suasana tegang atau menakutkan.

Ia meliputi :
  • Berulang-kali mengajak untuk temujanji yang tidak diingini
  • Jenaka atau kata-kata berunsur seksual/lucah
  • Menepuk, menyentuh atau lain-lain sentuhan badan yang tidak dikehendaki seperti cabul
  • Pernyataan buruk tentang tubuh badan seseorang, pakaian mahupun kelakuan seseorang yang berunsurkan seks
  • Ancaman fizikal
Apakah yang PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?

Perkara pertama yang MESTI anda lakukan :
  1. Jangan salah diri anda .Ia bukannya salah anda.
  2. Pergi ke tempat selamat . Beritahu orang yang dipercayai.
  3. Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin. Sebaik-baiknya pada hari yang sama atau dalam tempoh 3 hari.
  4. Pemeriksaan SEGERA oleh doktor penting untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.
  5. Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.

Apakah yang TIDAK PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?

Pemeriksaan segera oleh doktor amat penting bagi mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol :
  1. Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor/polis.
  2. Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.
  3. Jangan tukar pakaian.
  4. Jangan menggosok gigi.
  5. Jangan makan atau minum (seandainya anda telah diberi dadah).
  6. Jangan pergi seorang diri. Sebolehnya pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor/polis.
Mengapa pemeriksaan perubatan penting?

Penting untuk mengenalpasti sebarang kecederaan luaran, jangkitan, kehamilan yang tidak dirancang atau mengalami masalah gangguan emosi.
Bahan bukti dari segi perubatan adalah perlu bagi mendakwa perogol.
Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan perubatan?

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan profesional penting untuk :
  1. Mengenalpasti sebarang kecederaan atau kemungkinan jangkitan seksual (STI 's).
  2. Ini termasuk mengambil darah, air liur dan cecair vagina mangsa. Spesmen rambut, kulit dan cecair dari badan perogol juga akan dicari.
  3. Air kencing dan darah anda turut diperiksa jika disyaki anda telah diberi dadah.
  4. Kaunselor atau pekerja sosial yang terlatih akan berbincang dan mendengar masalah anda.
Rawatan apa yang anda perlukan?

Anda perlu dicegah dari mengandung . Doktor mungkin mengambil langkah-langkah berikut :
  1. Beri ubat atau pil hormon untuk dimakan serta-merta dan diulangi lagi 2 biji pil selepas 12 jam kemudian.
  2. Pil ini boleh menyebabkan anda merasa loya dan payu dara merasa sakit.
  3. Rawatan ini dapat mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 60 - 90%, bergantung kepada berapa awal anda mengambil rawatan ini.
  4. Risiko mendapat penyakit seksual (STIs) semasa dirogol adalah 5 - 10%. Doktor boleh memberi ubat untuk mencegah beberapa jenis penyakit kelamin.
  5. Anda mungkin perlu suntikan vaksin hepatitis B sekiranya anda belum pernah mendapat suntikan vaksinasi hepatitis B sebelum ini.
  6. Peluang anda mendapat jangkitan HIV selepas dirogol adalah 1%.
  7. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil pil anti-virus selama 4 minggu untuk mengelak jangkitan.

Adakah anda bersalah sekiranya dirogol?


  • Anda tidak bersalah.
  • Sesiapa pun tidak berhak memaksa anda melakukan hubungan seks.
  • Perogol mungkin membuat anda berasa bersalah dengan menyatakan "anda yang memintanya" atau "anda yang mahukannya ".
  • Pakaian, percakapan atau perlakuan anda bukanlah satu sebab untuk anda dirogol. Adalah penting untuk anda melindungi diri anda.
  • Jangan lindungi perogol walaupun anda mengenali.
  • Anda akan merasai pelbagai :
  • Jenis emosi - Malu, takut, marah, terhina atau keliru.
  • Masalah fizikal - sakit kepala, tidak ada selera makan, susah menumpukan perhatian, susah tidur, sering mengalami mimpi ngeri atau imbas kenang (flash back).
  • Kebanyakan mangsa rogol berdiam diri kerana takut ia akan membawa kenangan buruk.
  • Walau bagaimanapun bercakap mengenai rogol dalam suasana selamat dengan bantuan pihak profesional adalah cara terbaik untuk memastikan anda benar-benar sembuh.
  • Setiap mangsa rogol menangani perasaan mereka dengan cara berbeza.
  • Terdapat banyak tempat untuk anda mendapatkan bantuan. Dapatkan bantuan secepat mungkin supaya anda boleh melupakan kejadian tersebut dan merasa tenang.

Apakah yang akan berlaku kepada perogol?

Perogol boleh dihukum menurut undang-undang/pekeliling berikut :


  • Undang-undang (Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 dan 376) :
  • Perogol boleh di hukum minimum 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
  • Pekelililing Perkhidmatan Awam Bilangan 22 Tahun 2005 (Mengurus Gangguan Seksual Di Tempat Kerja) :
  • Boleh dirujuk sekiranya rogol berlaku di tempat kerja.
  • Seseorang penjawat awam tertakluk kepada hukuman tatatertib yang berkaitan dengannya.

Antara KES ROGOL yang berlaku :
Disebabkan sejak kebelakangan ini semakin banyak kes Rogol Melibatkan remaja namun mereka hanya melaporkan kepada Polis atau menceritakan selepas mereka rasa tertekan. Sebenarnya mereka (remaja ini) tidak mengetahui apa tindakan yang Sepatutnya mereka lakukan dan KENAPA.

Semoga artikel ini dapat membantu kepada remaja dan semua untuk setidaknya mengetahui tindakan apa yang sepatutnya dilakukan. -djkupang.com
Baca selengkapnya

21 Jul 2014

Berita Sarawak : Pelajar Tingkatan Tiga dakwa menjadi mangsa Rogol Bekas Guru

djkupang - Guru  didakwa merogol bekas pelajar sehingga mengandung

Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang merupakan bekas gurunya.

Berdasarkan siasatan awal, suspek yang berusia 34 tahun pernah menjadi guru mangsa di ketika di sekolah rendah dan kini suspek bertugas sebagai Penolong Penyelia Unit Kokurikulum di Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei.

Menurut mangsa, dia dipaksa oleh suspek mengadakan hubungan seks sebanyak enam kali sejak 2012 dan kali terakhir pada Tahun Baharu Cina lalu.

Pada Oktober 2013, lebih kurang jam 10 malam mangsa diajak suspek pergi ke sebuah rumah rakannya di Jalan Lajung di sini.

Suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks di dalam sebuah bilik di rumah terbabit.

Pada Januari 2014, mangsa menyedari dirinya telah mengandung dan memberitahu perkara tersebut kepada suspek.

Namun, suspek mengarahkan mangsa menggugurkan kandungannya.

Mangsa yang kini mengandung hampir lapan bulan tidak bersetuju dengan tindakan suspek tampil membuat laporan polis.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol) dan suspek ditahan kelmarin bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mangsa turut dibawa ke Hospital Sarikei untuk menjalani pemeriksaan.
Baca selengkapnya

18 Jul 2014

Berita Sarawak : Pelajar dakwa dirogol teman lelaki di MIRI

Mangsa cuba lari, namun tidak berjaya dan dipaksa masuk ke pondok


Seorang pelajar ting­katan lima sebuah sekolah menengah di sini tampil membuat laporan polis mendakwa dirogol teman lelakinya yang juga merupa­kan rakan sekolah.

Kejadian didakwa berlaku pada petang Selasa lalu di sebuah pondok kosong di kawasan Batu Satu, Kuala Baram.

Menurut mangsa, 17, ke­tika berada di rumah sekitar jam 4 petang hari tersebut, dia menerima panggilan telefon daripada teman lelakinya yang mengajaknya berjumpa kerana ingin memberikan sesuatu barang.

Setelah bersetuju, mangsa telah dibawa oleh teman lelakinya ke kawasan Batu 1, Kuala Baram dan setibanya di lokasi berkenaan mereka telah bertengkar menyebabkan mangsa ditampar oleh suspek beberapa kali.

Mangsa kemudian melari­kan diri, namun tidak berjaya setelah ditangkap oleh suspek dan kemudian dipaksa masuk ke sebuah pondok kosong yang terletak di kawasan berhampiran.

Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dipaksa melaku­kan hubungan seks dan sekiranya menolak, suspek mengugut akan membunuh ibunya.

Berikutan itu, sekitar jam 12.30 tengah hari semalam, mangsa sambil ditemani ibun­ya telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Mangsa kemudian di­hantar ke Hospital Miri untuk tujuan pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, Ketua Po­lis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung kes tersebut.

Sehubungan itu katanya, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, kita masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk mengesahkan sama ada dakwaannya betul atau sebaliknya sebelum tin­dakan seterusnya diambil,” katanya. 
-djkupang.com
Baca selengkapnya

15 Jul 2014

Remaja Perempuan 15 Tahun Mendakwa Dirogol Selepas Dipaksa Naiki Motor

Berita Semasa : Kes Rogol Bawah Umur

KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila mendakwa dirogol teman lelakinya selepas dipaksa menaiki motosikal tanpa kerelaan, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kampung Jeram, Manir, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.25 petang pada April lalu ketika mangsa yang berusia 15 tahun, berada di luar kawasan sekolahnya di Manir sebelum dihampiri teman lelaki berusia 20-an.

Menurut sumber, mangsa ketika itu ingin pulang ke rumahnya, namun suspek memaksa mangsa agar ‘lepak’ sekejap di rumahnya.

“Mangsa menolak pelawaan itu kerana mahu pulang segera ke rumah, namun tindakan itu menyebabkan suspek mula naik angin apabila bertindak kasar menarik tangan mangsa dengan kuat, bertujuan memaksa mengikutinya.

“Tindakan suspek itu menyebabkan pinggang mangsa sakit dan bimbang kejadian lebih buruk berlaku, mangsa terpaksa mengikut kehendak suspek dengan menaiki motosikal tersebut tanpa kerelaannya,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah suspek, dia membawa mangsa masuk ke dalam biliknya dan di situlah, mangsa mendakwa dirogol suspek.

“Sejurus kejadian, mangsa pulang ke rumahnya, tetapi tidak membuat laporan polis kerana bimbang akan diapa-apakan suspek.

“Bagaimanapun selepas hampir tiga bulan merahsiakan perbuatan keji suspek itu, mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Manir, di sini, kelmarin. Susulan laporan dibuat, suspek ditahan polis beberapa jam kemudian,” katanya.

Sementara itu, Majistret Nurunaim Abdullah membenarkan suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. 
-SINAR HARIAN-
Baca selengkapnya

8 Jul 2014

Berita Sarawak : Rogol Budak 11 Tahun, Pengawal Keselamatan ditahan

MIRI, (8 Julai)– Polis menahan seorang pengawal keselamatan berusia 58 tahun selepas disyaki merogol anak saudaranya yang berusia 11 tahun.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat oleh guru mangsa pada pukul 7.30 pagi semalam.
Kanak-kanak itu yang juga murid tahun lima di sebuah sekolah rendah di Batu Niah, dipercayai tinggal dengan suspek sejak berusia lapan tahun selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula bekerja di Bintulu, kata Gan kepada Bernama di sini Selasa.
Katanya guru terbabit membuat laporan polis selepas kanak-kanak berkenaan mengadu perbuatan bapa saudaranya.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk pemeriksaan dan pegawai perubatan mengesahkan kanak-kanak itu dirogol, katanya. — BERNAMA
Baca selengkapnya

1 Jul 2014

Rogol Anak : Bapa Dipenjara 20 tahun serta 12 sebatan

KOTA BHARU - Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.

Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin. - Bernama -djkupang.com
Baca selengkapnya

27 Jun 2014

Gadis 17 Tahun dakwa dirogol bergilir

KABONG: Seorang gadis berusia 17 tahun mendakwa dirogol bergilirgilir oleh dua rakannya dalam satu kejadian di kawasan sebuah kilang di Gerigat dekat sini, petang kelmarin.

Terdahulu, mangsa dikatakan melepak bersama dua suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an pada jam 6 petang.

Selepas beberapa ketika, mangsa difahamkan menyatakan keinginan untuk pulang ke rumah tetapi dihalang oleh kedua-dua suspek.

Sejurus itu, suspek pertama dipercayai bertindak menolak dan mencekik mangsa sambil mengacukan sebilah pisau ke lehernya.

Kemudian, suspek dipercayai menarik seluar mangsa sehingga ke paras lutut dan terus merogolnya.
Ketika dirogol, mangsa mendakwa sempat menjerit dan menggigit bahu kanan suspek.

Setelah selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek kedua pula bertindak merogol mangsa, manakala suspek pertama menahannya.

Persis drama di televisyen, selesai merogol mangsa, suspek kedua memberi ‘habuan’ RM50 dengan memasukkan wang tersebut ke dalam poket seluar mangsa.

Selepas kejadian, mangsa yang trauma tampil membuat aduan di Balai Polis Kabong sebelum dibawa ke Hospital Saratok untuk pemeriksaan.

Berdasarkan laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan suspek kedua, manakala suspek pertama masih diburu.

Suspek kedua kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan
Baca selengkapnya

22 Jun 2014

Lelaki 51 Tahun Rogol Depan Anak

Berita Sarawak

Lelaki ditahan kerana dipercayai merogol budak 13 tahun, isterinya turut dicekup belasah mangsa
Sibu, Sarawak: Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di sini pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.

Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.

Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka dan memberitahu apa yang terjadi.

Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.
Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.

Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara siasatan kes dijalankan.

Baca selengkapnya

19 Jun 2014

Sarawak : Geng Botak Mungkin akan selesaikan Cubaan Merogol dan Kes Samun

MIRI: Polis Miri percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun dan cubaan merogol yang dilaporkan berlaku di sini sejak kebelakangan ini dengan tertangkapnya empat anggota ‘Geng Botak’ termasuk ketuanya yang merupakan suspek utama dan paling dikehendaki.

Keempat-empat suspek yang berusia antara 20 dan 35 tahun ditangkap di tiga lokasi berasingan di Permyjaya oleh sepasukan polis yang mengadakan operasi mulai jam 5 petang kelmarin hingga 2.20 pagi semalam.

Menurut sumber, bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 5.45 petang kelmarin, polis menangkap suspek pertama berusia 20 tahun di sebuah rumah di Permyjaya kerana disyaki terlibat dalam kes samun.

Hasil tangkapan ke atas suspek pertama membawa kepada penangkapan suspek kedua sekitar jam 8 malam di kawasan sama.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas satu unit telefon bimbit jenis Sony Xperia berwarna ungu dan sebuah iPad Samsung berwarna hijau daripadanya untuk dijadikan barang kes.

Manakala, suspek ketiga berusia 35 tahun dan suspek keempat yang merupakan suspek utama dan juga ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Botak,’ masing-masing ditangkap pada jam 2 dan 2.10 pagi di sebuah rumah di Permyjaya.

Difahamkan, semasa tangkapan dibuat, ‘Botak’ sedang bersembunyi di rumah suspek ketiga yang merupakan sahabat karibnya.

Berikutan itu, polis merampas sebilah pisau lipat yang disembunyikan pada tali pinggang, sebuah beg sandang, sebatang ‘Hand Flare’ dan sebuah telefon bimbit daripada suspek ketiga.

Selain itu, polis turut merampas sebuah beg galas warna coklat jenama Polo Sasg, sebilah mata gunting yang disimpan dalam poket, sebuah telefon bimbit Nokia dan sebuat topi keledar daripada ‘Botak.’

Menurut sumber, suspek pertama merupakan pemilik sebuah motosikal yang kemudian dijual kepada suspek kedua dan dia (suspek kedua) telah meminjamkan motosikal tersebut kepada ‘Botak’ untuk digunakan melakukan jenayah.

Sebaik tangkapan, kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk disoal siasat lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas keempat-empat suspek terbabit yang dikenali sebagai ‘Geng Botak.’

“Kita percaya dengan penangkapan empat suspek terbabit yang merupakan rakyat tempatan, polis dapat menyelesaikan beberapa kes samun yang dilaporkan berlaku di Miri terutama di kawasan Permyjaya.

“Buat masa ini, kita akan siasat mereka mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan setelah itu, baharu kita siasat mengikut Seksyen 376/511 kanun sama kerana cubaan merogol seorang guru dan seorang pelajar berusia 14 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Gan, semasa serbuan di lokasi terakhir awal pagi semalam, selain menangkap suspek ketiga dan keempat, polis turut menahan tiga individu lain kerana disyaki terbabit sama.

Bagaimanapun, katanya, ketiga-tiga lelaki terbabit kemudian dibenarkan dibebas dengan jaminan polis setelah siasatan awal polis mendapati mereka tidak terlibat.

Sementara itu, keempat-empat suspek yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang semalam diperintahkan supaya direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan lanjut polis dan tempoh reman akan tamat pada 22 Jun ini.

Baca selengkapnya

15 Jun 2014

Remaja Lelaki 13 tahun cubaan rogol di tandas

Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mencabul kehormatannya dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah

Kenyataan Kekasih mangsa di Facebook

Lareece Low Mei Yuet memuat naik cerita tersebut di laman sosial Facebooknya, mendakwa kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.25 petang Isnin apabila tiba-tiba seorang remaja lelaki meluru ke arahnya ketika dia sedang keluar daripada tandas tersebut.
"Saya sedang meninggalkan tandas itu ketika dia meluru ke arahnya dan segera menutup mulut dia 
Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri,dakwa Low
Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu.

Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya,” katanya
Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit.

Suspek ditahan oleh polis ketika berada di tempat kejadian dan daripada soal siasat yang dijalankan mereka mendapati remaja berkenaan baru berusia 13 tahun.

MYSUMBER
Baca selengkapnya

13 Jun 2014

Remaja 13 tahun mangsa rogol tentera


Pontian: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang anggota tentera manakala rakan lelakinya berusia 16 tahun disamun dalam kejadian di tepi pantai berhampiran Pontian Besar di sini, Selasa lalu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama rakannya dikatakan bersiar-siar di tepi pantai sebelum ditahan sekumpulan enam lelaki berpakaian seragam tentera dan menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak baik. 

Remaja perempuan itu dikatakan menafikan perkara itu sebelum diarah melakukan hubungan seks dengan seorang daripada suspek. 

Keengganan remaja berkenaan berbuat demikian menyebabkannya dirogol suspek berkenaan. 

Difahamkan, seorang rakan suspek memaksa remaja perempuan itu melakukan seks oral manakala telefon bimbit rakan lelakinya turut disamun.

Kedua-dua remaja itu dilepaskan kira-kira sejam selepas itu manakala suspek dikatakan berada bawah pengaruh dadah ketika melakukan jenayah itu. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, mengesahkan penahanan enam lelaki bagi membantu siasatan.
Baca selengkapnya

30 May 2014

Kes 38 rogol dua pelajar: Tiga beranak turut direman

Pasir Mas: Tiga beranak adalah antara 14 suspek ditahan polis setakat ini, untuk siasatan kes dua pelajar yang didakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki, dalam kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu. 

Suspek berusia 38 tahun itu bersama dua anak lelakinya masing-masing 15 dan 17 tahun, ditahan di Ketereh kelmarin, bagi membantu siasatan berhubung kejadian dan semua suspek kini direman seminggu. 

Terus buru suspek 

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng, berkata polis masih meneruskan operasi memburu individu lain, yang disyaki terbabit dalam kes itu. 

Dalam kejadian 20 Mei lalu, dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalamkejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, sehingga kemaluan mangsa cedera. 

Seorang rakan lelaki mangsa pula dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh kumpulan lelaki berusia 20-an hingga 40-an terbabit. 

Mangsa tinggalkan rumah 
Sementara itu, gadis yang menjadi mangsa rogol 38 lelaki terbabit, sudah meninggalkan kediaman bersama keluarganya, sejurus keluar dari Hospital Kuala Krai, pada Isnin lalu. 

Mangsa yang dikatakan mengalami trauma teruk, menyebabkan keluarganya mengambil langkah meninggalkan rumah mereka di Kuala Krai, bagi mengelak diganggu mana-mana pihak. 

Malah, usaha pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke hospital pada hari mangsa dirawat untuk menawarkan bantuan khidmat kaunseling kepada mereka sekeluarga, turut ditolak bapanya dengan alasan mahu menjaga sendiri mangsa. 

Sementara itu, dalam satu lagi kes rogol membabitkan mangsa berusia 12 tahun di Tawang, Bachok, pada Rabu minggu lalu, Yong Heng berkata, dua suspek sudah ditahan abang mangsa sebelum membelasah mereka. 

“Abang mangsa yang berang dengan kejadian rogol itu, menahan dua suspek terbabit di Tumpat dan Panji pada dua hari lalu sebelum membelasah mereka hingga cedera, menyebabkan seorang daripadanya masih dalam rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia. 

“Susulan kejadian itu, dua suspek terbabit kini disiasat polis mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. 

“Manakala abang mangsa yang berusia 20 tahun pula kini disiasat mengikut Seksyen 326 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan,” katanya.

BERITA HARIAN
Baca selengkapnya

29 May 2014

Hukuman Penjara Bomoh Perogol Dilanjut

MAHKAMAH Tinggi Kuching semalam melanjutkan penjara ke atas pesalah rogol dari sembilan tahun kepada 15 tahun selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang memohon tempoh dilanjutkan kerana hukuman asal tidak memadai.

Hakim Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya mengemukakan rayuan agar tempoh penjara dilanjutkan ke atas seorang bomoh, Rais Mursyid Thoyib.

Yew berkata, walaupun niat tertuduh dari Indonesia itu mahu membantu orang yang mahu mendapatkan rawatan alternatif, dia tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap seorang gadis dengan memperkosakannya.

“Ini adalah ancaman kepada masyarakat dan adalah lebih selamat untuk melanjutkan tempoh penjara anda,” katanya.

Pada 10 Mac lepas, Rais dijatuhkan hukuman oleh hakim Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah merogol gadis berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Dagang, Lundu kira-kira jam 5.35 pagi pada 23 Februari tahun lepas.

Dia disabit di bawah Sek­syen 376 (2) (f) Kanun Kes­eksaan.

Tertuduh datang ke rumah mangsa di Kampung Dagang di Lundu untuk merawat ibu mangsa, bagaimanapun tertuduh merogol dan men­cabul mangsa ketika emaknya sedang tidur.

Selain dikenakan hukuman penjara kerana kesalahan rogol, Rais turut dipenjara kerana melakukan kesalahan mencabul.

Dia dijatuhkan huku­man penjara 13 tahun dan dua sebatan kerana men­cabul gadis sama pada 7 Mac serta dikenakan denda RM10,000.

Hakim juga mengarahkan agar Rais menjalani hukuman baharu dikenakan ke atasnya secara berturutan dengan tempoh penjara sekarang menjadikan dia akan dipen­jara selama 28 tahun.

Sementara itu di kamar mahkamah sama, hakim melanjutkan tempoh pen­jara ke atas pesalah rompak dari dua tahun kepada enam tahun.

Sata Daong, 42, juga menerima teguran daripada hakim selepas tertuduh mem­beritahu mahkamah tentang nasib keluarganya.

Yew berkata dengan kead­aan fizikalnya yang sihat, banyak cara untuk tertuduh mencari nafkah yang halal ber­banding merompak orang.

Pada 14 Mac lepas, Mahkamah Sesyen men­jatuhkan hukuman ke atas Sata selepas mengaku mer­agut beg tangan seorang wanita Indonesia yang men­gandungi pasport mangsa di Jalan Sungai Moyan pada 31 Mac sekitar jam 9.50 pagi.

Sata dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan dua sebatan. Dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaaan.

DPP Poh Yin Tinn selaku pendakwa raya bagi kedua-dua kes tersebut.

BORNEOPOST
Baca selengkapnya

Pelajar 13 tahun dakwa dirogol teman Facebook


SANDAKAN: Seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun membuat laporan polis di sini mendakwa dirogol teman lelakinya yang dikenali melalui Facebook.

Mangsa memberitahu pada Isnin lepas kira-kira jam 3.30 petang bertempat di sebuah bangunan, Jalan Singapura, Bandar Sandakan, selepas pulang dari sekolah dia telah dipanggil seorang lelaki.

Lelaki terbabit iaitu suspek membawa mangsa ke tingkat atas blok berkenaan untuk bercerita dan kemudian merogol mangsa tanpa kerelaannya.

Hasil siasatan mendapati suspek berumur 18 tahun adalah teman lelaki mangsa yang hanya dikenali melalui Facebook dua minggu yang lalu.

Kali pertama mereka keluar bersama pada Ahad lepas (25 Mei) dan kemudian berjanji untuk berjumpa lagi keesokan harinya (26 Mei). Selepas pulang dari sekolah kira-kira jam 3 petang, mangsa berjumpa dengan suspek di Bandar Sandakan dan kemudian pergi makan dan berjalan-jalan.

Selepas itu, suspek mempelawa mangsa untuk menghantarnya pulang ke rumahnya di Flat Jalan Singapura. Namun, semasa melalui sebuah bangunan lain, suspek mengajak mangsa naik ke tingkat atas (bumbung) untuk berbual-bual di situ. Apabila sampai di tingkat 6, mereka dapati pintu ke bumbung berkunci, jadi mereka duduk di tangga loteng dan berbual-bual.

Suspek mengajak mangsa mengadakan hubungan seks, mangsa pada mulanya enggan tapi selepas dipujuk rayu mangsa mengikut sahaja.

Selepas kejadian itu, kedua-duanya pulang ke rumah masing-masing. Disebabkan mangsa pulang lewat, ibu mangsa mendesak mangsa memberitahu ke mana dia pergi. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan ibunya, mangsa menceritakan kejadian itu dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Mangsa juga dibawa membuat pemeriksaan doktor dan pemeriksaan pakar mendapati terdapat kesan koyakan baru pada hymen mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Fadzil Mohd Ali yang mengesahkan kes berkenaan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan suspek berkenaan.

BORNEOPOST
Baca selengkapnya

28 May 2014

Remaja Dirogol 38 Lelaki

Kuala Lumpur: Dua pelajar Tingkatan Tiga dirogol beramai-ramai oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh, Kelantan sehingga kemaluan mangsa cedera.

Dalam kejadian pada 20 Mei lalu, seorang rakan lelaki mereka dipaksa menyaksikan perbuatan kejam itu oleh lelaki berusia 20 hingga 40-an terbabit.


Bagaimanapun, dua daripada suspek berjaya ditahan kelmarin dan polis sedang menjalankan gerakan besar-besaran memburu 36 lagi suspek.

Berita Harian

Baca selengkapnya