Insiden sekitar jam 10 malam itu berlaku apabila suspek berusia 22 tahun yang dikatakan di bawah pengaruh alkohol cuba menarik adik angkatnya ke kawasan semak untuk mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh gadis tersebut.
Baharu genap sebulan diambil menjadi anak angkat oleh sebuah keluarga dari Petra Jaya, seorang lelaki mula buat perangai apabila cuba merogol adiknya di Panggung Udara, Jalan Budaya, kelmarin.
Insiden sekitar jam 10 malam itu berlaku apabila suspek berusia 22 tahun yang dikatakan di bawah pengaruh alkohol cuba menarik adik angkatnya ke kawasan semak untuk mengadakan hubungan seks namun ditolak oleh gadis tersebut.
Berang pelawaan ditolak, suspek kemudian bertindak agresif lalu menikam lengan mangsa dengan botol kaca.
Seorang lagi abang angkat mangsa yang turut berada di tempat kejadian menghubungi bapanya untuk mendapatkan bantuan.
Gadis itu telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan dan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu.
Difahamkan, suspek dari Gita itu diambil menjadi anak angkat dalam tempoh lebih kurang sebulan.
Dalam kes berasingan, cubaan seorang pelajar tingkatan tiga untuk membawa lari sebuah motosikal di pasar Kota Sentosa, Batu Tujuh gagal apabila disedari orang awam, kelmarin.
MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!
MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!
Tindakan suspek berusia 15 tahun dari Serikin yang dikatakan cuba membawa motosikal itu lari dengan menolaknya disedari orang ramai yang kemudian mengejar dan menangkapnya.
Seorang lagi lelaki yang menunggu di atas motosikal, dipercayai rakan subahatnya lari meninggalkan tempat kejadian apabila menyedari jenayah mereka disedari ramai.
Suspek menerima pengajaran menyakitkan daripada orang ramai, sebelum diserahkan kepada polis peronda.
Dia dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan sebelum dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan. -UTUSAN BORNEO
Bagikan
SEMASA : Seorang Lelaki Buat Perangai Cuba Rogol Adiknya
4/
5
Oleh
admin
"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"