20 Oct 2014

ADEL AF 2014 TERSINGKIR, APA KATA HATTAN PENGETUA AKADEMI FANTASIA 2014

Adel AF 2014 Tersingkir nampaknya masih belum berakhir baranya kerana ramai yang tidak menyangka ADEL AF akan tersingkir pada konsert yang berlangsung semalam.

Di Laman Sosial juga mereka (PEMINAT ADEL AF) adalah orang yang paling terasa kehilangan ADEL kerana ada di antara mereka yang menonton rancangan Realiti TV itu semata-mata hanya mahu megikuti perkembangan mantan peserta UNDUK NGADAU SABAH ini.

Memetik komen salah seorang peminatnya di Laman Sosial, "apabila Adel AF  SELFIE diumumkan terkeluar perkara yang bermain dalam fikiran saya adalah menukar rutin harian" kerana menurutnya dia sudah "fixkan" masa untuk menonton televisyen rancangan astro yang menyiarkan rancangan Akademi Fantasia.         [Adel AF kena cari ini urang belanja makan.. hihi]

Selain peminat ADEL AF sudah pasti individu yang turut merasa kehilangan itu adalah Pengetua AF Hattan. Ikuti Komen Hattan :
djkupang & Friends
APA KATA HATTAN PENGETUA AKADEMI FANTASIA 2014
Menurut Hattan, Adel tak sepatutnya tersingkir. Walaupun persembahannya malam tadi kurang menyengat, tetapi kawalan vokalnya sangat baik. 
Adel merupakan pelajar yang konsisten setiap minggu. Malah, dari mula AF, dia seorang pelajar yang bagus. Saya rasa ini sangat kejam. Saya harap satu hari nanti, pengundi dapat berfikir dan lihat kembali persembahan pelajar yang lepas-lepas, konsisten atau tidak. Jika dia bagus, maknanya dia baguslah. 
Saya terbayang Adel adalah salah seorang finalis, tak pernah terlintas di fikiran bahawa Adel akan keluar. Tapi, apa yang boleh saya bantu, nama-nama ini akan saya bawa di setiap konsert saya. 
Mungkin saya akan berduet dengan Adel dan berikan dia peluang dalam industri kerana saya rasa perjalanan dia tak sepatutnya berakhir disini. Dia natural born singer, berilah lagu apa, dia tiada masalah.
Sudah pasti Hattan mempunyai rancangan tersendiri terhadap semua pelajar dan mungkin ada Projek Besar untuk ADEL yang tidak dapat dilaksanakan kerana terpaksa akur dengn Undian SMS yang rendah.  

Teruskan Beri Sokongan kepada seorang lagi peserta dari Sabah iaitu FIRMAN AF
djkupang.com 

MODEL TOYOTA TERBARU PALING GEMPAK !!!



Bagikan

Jangan lewatkan

ADEL AF 2014 TERSINGKIR, APA KATA HATTAN PENGETUA AKADEMI FANTASIA 2014
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"