1 Jul 2014

Rogol Anak : Bapa Dipenjara 20 tahun serta 12 sebatan

KOTA BHARU - Seorang bapa hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana kesalahan merogol anak kandungnya berusia 14 tahun pada Jun tahun lalu.

Hakim Mohd Yusuff Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berumur 33 tahun itu setelah tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Tertuduh yang tidak bekerja itu didapati bersalah merogol anaknya yang ketika kejadian berusia 14 tahun di sebuah kawasan kebun getah, Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, dekat sini antara pukul 11 malam hingga 11.10 malam, 13 Jun 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun, dan boleh dikenakan tidak kurang 10 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditahan pada 16 Jun 2013.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nur Hilwani Mat Rifin. - Bernama -djkupang.com

Bagikan

Jangan lewatkan

Rogol Anak : Bapa Dipenjara 20 tahun serta 12 sebatan
4/ 5
Oleh

Subscribe via email

Suka dengan artikel di atas? Tambahkan email Anda untuk berlangganan.

"Komenlah secara Berhemah dan yang Membina"